Mujurlah dia anak teruna. Kalau anak dara kami yang sekarang sedang galak mengawan tu, tak lama lagi JR dapat cuculah....
Ini anak teruna, dia nak mengawan dengan berapa ramai girl-friend pun JR tak kisah. Yang mengandung tu sebelah sana, yang beranak tu sebelah sana, yang nak jaga anak-anak nanti pun sebelah sana. Yang sebelah sini, sebelah JR pakai tau lepas saja, tak perlu bertanggung jawab, hehehehe..
Inilah foto anak teruna kami:
Jeeb di pangkuan anak JR
Hensem tak?? Hensem kan???
Dah lebih kurang dua minggu lebih kucing jantan JR jarang-jarang balik ke rumah. Kalau dulu dia sentiasa berlengkar dalam rumah dan banyak tidur. Jika tak berada dalam rumah pun dia akan berada di halaman rumah. Tak pernah keluar dari pagar. Sebab dia ni bukan jenis berani sangat, takut dengan bapa-bapa kucing di luar yang macho-macho tu.
Tapi sejak dua minggu lebih ni kucing jantan bernama Jeeb ini asyik berada di luar rumah aje. Kadang-kadang 2-3 hari baru balik. Risau juga JR, sebab Jeeb satu-satunya kucing belaan kami. Buat dipukul orang atau kalau jumpa dengan orang Vietnam, silap-silap dibuat gulai, anak bongsu JR menangis tak berlagulah...
Masa mula-mula tu, dua minggu lepas, memang heran juga ke mana Jeeb selalu menghilang. Tapi lepas disiasat JR nampak dia dengan beberapa ekor kucing jantan lagi sedang mengerumuni seekor minah yang sungguh cute di halaman rumah jiran komuniti kami. Nak tergelak juga tengok seekor kucing betina dapat melayan beberapa ekor kucing jantan bergilir-gilir. Yang paling JR respect kesabaran kucing-kucing jantan itu menunggu giliran untuk memuas nafsu mereka. Biasanya kucing jantan kalau berjumpa mesti gaduh, tapi untuk kes ini mereka seperti berkompromi dan begitu sabar menunggu giliran. Agaknya mereka ada buat perjanjian atau buat cabutan nombor giliran tak??
Gambar hiasan...
Yang JR paling kesian dengan Jeeb ialah tubuhnya semakin hari semakin susut dan kurus. Maklumlah dalam 2 minggu lebih ni makan minumnya langsung tak teratur. Kalau dulu satu hari 6-7 kali dia makan sampai gemuk gedempol, tapi sekarang perutnya nampak dah mengecil, bila balik nampak jalan pun macam dah tak betul. Jeeb ni bukan kucing jenis makan ikan dan daging macam kucing-kucing lain. Dia cuma makan makanan kucing dalam bungkusan. Kalau 3 hari dia outstation untuk memuas nafsu bermakna 3 harilah dia tak makan. Bila sesekali balik memang Jeeb nampak kebulur sangat. Tapi lepas saja perut kenyang dia terus lari keluar rumah untuk misi mengawan yang belum selesai...Dan bila hari ini keluar belum tentu pagi esok dia balik. Entah bila nak balik tak boleh jangka, pakai ikut suka dia aje, dia ingat rumah ni hotel ke hape?...
gatai meow meow ni
ReplyDeleteHmmm...dah baligh kan begitulah...nak menambah zuriat plak..
ReplyDeleteDah tibe mase nak bercucu pulak. Kn bang JR. Hihi. Da beso panjang Jeeb tu, terbukak hati nak ade anak pulak. Haha
ReplyDeletehahahaha...dah nak jadi bapak dah tu
ReplyDeleteuish, `awek' comel tu berpoligami! hehee, kesian si jeeb ni sampai kurus sebab tengah mabuk cinta...
ReplyDeletegambau tuyg xbleh blah..ahaha..kalau kucing jntn nk mngawan mmg xdulik makan agaknya..
ReplyDeleteGiler suspen pada awal nya.....biasa lah....dah besarkan.
ReplyDeletedasat penangan mabuk cinta ni... kucing sy Mikhael belum sampai tahap ni lagi kut...masih anak2 lagi... :)
ReplyDeleteJR, apakata JR hantar kucing jantan ni untuk dikasikan? Bukan sahaja dari segi kesihatan lebih baik utknya kerana dapat mencegah penyakit2, secara tak langsung JR tidak menyumbang kepada pertambahan stray cats di luar sana. Kesian anak2 kucing terbiar yg tersiksa disepak terajang manusia. Lagipun JAKIM telah menjatuhkan hukum harus mengkasi kucing utk kebaikan bersama ummah.
ReplyDeleteSorry, nak tambah lagi, http://myanimalcare.org/2014/05/20/hello-dolly-another-rescue-and-rehome-story/
ReplyDeleteYou can read this, an example of one of the hardship pregnant stray cats have to go through out there. Ni belum lagi melahirkan anak2 kucing yg lagi defenseless..