Tadi JR baca berita tentang ramai suami-suami dari Tebing Barat, Palestin yang kini berada dalam penjara Israel menyeludup sperma mereka kepada isteri yang berada di rumah. Mereka terpaksa melakukannya kerana belum mendapat zuriat. Mereka juga kasihan kepada isteri yang kesepian tanpa anak kerana si-isteri tidak mungkin mendapat zuriat ketika suami berada dalam penjara.
Mengikut Dr Salem Abu Khaizarian dia telah melakukan 15 kelahiran melalui prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) sejak kejayaan
proses itu pertama kali dicipta di Tebing Barat pada Ogos 2012.
Semalam seorang lagi wanita Palestin bernama Suad Samir Abu Fayer melahirkan anak perempuan hasil sperma suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel.
Suad bersama anak perempuan yang dilahirkannya hasil sperma yang diseludup keluar dari penjara Israel.
Mengikut Dr Salem kos melakukan prosedur IVF biasanya mencecah antara AS$2,000 (RM6,500) hingga AS$3,000 (RM9,800). Tetapi dia dan doktor-doktor lain di negaranya menawarkan prosedur IVF secara percuma
kepada isteri tahanan atas sebab kemanusiaan.
Agak-agak korang apa hukum suami menyeludup spermanya kepada isteri untuk mendapatkan anak tanpa hubungan seks normal?
Haram?
Harus?
Makruh?
Ini jawapannya yang JR perolehi dari seorang ustaz apabila ditanya kes yang hampir serupa (kes isteri memperolehi sperma dari suami yang telah meninggal dunia):
(Sumber)
Alhamdulillah, hukumnya boleh...
boleh kalau memang benih dari suami yang sah kan....
ReplyDeletebang jr ingat lagi tak filem kerjasama malaysia-indonesia pasal ni, lupa tajuknya. kalau tak silap "bayi tabung" kot... babak filem tu ada sampai ke perbicaraan mahkamah.
ReplyDeleteHa ye lah...tajuk film tu bayi tabung uji kann. ..pompuan tu nak pakai duit. Mahkamah tetapkan bayi tu tinggal di rumah kebajikan.tapi akhirnya pompuan tu mengalah dan beri hak sepenuhnnya kpd lelaki pemilik sperm tu...
ReplyDeleteSama macam tabung uji jugak la ni kan? Cuma yg ni kira halal. Sebab dari benih suami sendiri. Camni pun boleh dapat anak, kan? Allahuakbar..
ReplyDeleteHukum nya haram, kalau dibuatnya ter tukar sperma suami dengan suami yang lain. Huhu.
ReplyDeleteThanks for sharing info JR.. baru tau hukum tentang ini
ReplyDeleteRamai jugak anak2 IVF kat Malaysia ni tapi kat Malaysia sekali buat berbelas ribulah.
ReplyDeleteAlhamdulillah tidak menyalahi hukum...kesian jgk tuk isteri2 yg ditinggalkan..kurang2 ade zuriat tidaklah kosong & sunyi sgt hidup..
ReplyDeleteIVF mmgh dah lama di praktiskan, termasuk di Malaysia. Tiada masalah ( halal) jika dari pasangan yg sah.
ReplyDeleteCuma saya tertanya tanya, bagaimana proses mereka menyeludup sperm tu..
Dibuatnya masa proses penyeludupan sperma tu huruhara....tertukar ...masyaallah.
ReplyDeleteklu rindu , blh lah pandang si anak tu kan ...
ReplyDeletealhamdulillah hukumnya harus. tapi omputih main ambik je benih sesape pun drpd bank sperma. ishh..
ReplyDelete