Masjid juga dipanggil rumah Allah. Sepatutnya rumah Allah sentiasa selamat. Sebab itulah bila terjadi gempa bumi ramai orang Islam berlindung diri di masjid kerana percaya Allah akan menyelamatkan rumahNya.
Tapi manusia berhati iblis bukan kira itu semua. Tabung masjid dan surau dicuri perkara biasa. Alat PA System dalam masjid dan surau dicuri juga selalu berlaku. Kasut dan selipar kena kebas di tangga masjid pun ramai orang pernah mengalaminya, termasuk JR.
Kawan JR yang dalam perjalanan ke KL pernah hilang dompet duitnya ketika bersolat di sebuah R&R Lebuhraya PLUS. Mungkin salahnya juga bersalin kain ketika solat dan kurang berhati-hati dengan seluar yang dilondeh dan diletak di sisi, sedang di dalam poket belakang seluar yang dilondeh ada dompet duit.
Hari ini terbaca satu lagi kes yang serupa di Gua Musang, Kelantan:
Bukan sikit-sikit duitnya yang hilang....RM10,000.
Kadang-kadang kita terlupa orang masuk dewan solat bukan semuanya mempunyai niat murni untuk menyembahNya. Ada yang datang ke masjid dan surau memasang nawaitu berbeza. Nawaitu yang dipacu oleh iblis dan syaitan....
Orang yang mencurit tu tak beringat agaknye yang dia sedang dilihat Allah. Buat dosa kat tempat suci. Semoga Allah memberi kesedaran dan hidayah pd mereka2..
ReplyDeletesemua tempat dah rasa macam tak selamat nak gi je..
ReplyDeleteMasuk kemasjid perlukah membawa sejumlah wang yang besar ....simpan baik2 dalam kereta ..lock....aman nak solat.
ReplyDeletesetuju.. letak elok2 dalam kereta.. insyaAllah selamat.. nak pergi solat tak payah bawa beg bagai..
Deleterasanya org yg ambil tu sudah sedia tahu yg dlm tu ada byk 'harta' ... anggap jer la byr zakat ... ermmm
ReplyDeletebanyak tul duit makcik tu ; ke masjid bawa 10k... dimana2 pon boleh brlaku kecurian... lalai adalah punca segalanya.
ReplyDeleteSaya suka bwk back pack tapi sandang didepan. Masa wudhu dan solat bag ni pun tetap melekat di badan saya....bye bye nice beautiful handbags....
ReplyDeleteBila sebut bab kecurian ni saya jadi trauma..dua hari lepas baru berlaku pada diri sendiri..sekarang pencuri tak kira tempat mana yang mendatangkan hasil semuanya boleh jalan.
ReplyDeletesaya pun penah gak hilang kad atm masa kat masjid. masa tu zaman blajar dulu. dah la dlm akaun masa tu ada 200 je. yg naifnya saya masa tu, no pin kad atm siap tulis kat address book yg saya letak sekali dgn kad atm dlm purse. heheh.. bingai.
ReplyDeletePak Lang, tak selamat satu hal, tak bersih pun satu hal juga. Selalu saya perhatikan di tempat solat sampah berbentuk kertas atau cebihan kertas mesti ada. Terfikir juga mereka yang solat di sini tiada inisiatif kah mahu membersihkannya?
ReplyDeleteMak cik tue nak solat ke nak membeli belah. Segala duit dan mas letak dalam bag?
ReplyDeleteYang tua buat politik kotor dalm massjid, yang muda buat aktiviti kotor. Ummah akhir zaman...
ReplyDelete