»

31 May 2014

Hari 5 Mengawan


Hari ini bermulalah pesta hari mengawan. Kad kawin bertimbun atas meja, kalau tak teliti memang ada rumah rakan, jiran dan kenalan terlupa pergi.

Memang boleh pecah perut hari ini jika satu pinggan penuh nasi diisi pada setiap rumah yang mengundang majlis kawin. Maklumlah hari ini ada 5 undangan perkahwinan. Paling banyak boleh makan pun 2 pinggan, 2 rumah saja boleh rasa nasi, selebihnya cuma boleh minum air saja agaknya..Kecualilah ada doktor bedah yang boleh besarkan ruang perut untuk 2 minggu cuti sekolah ni, bolehlah isi banyak-banyak tanpa mengecilkan hati tuan rumah yang cuma melihat tetamu yang kekenyangan cuma mampu minum air....

Hari ini ada 5 majlis mengawan @ kenduri kawin, nasib baik esok cuma ada 2 majlis mengawan, kurangkah tersiksa perut....

Selamat mengawan pengantin baru. Harap bahtera perkahwinan bahagia selama. Semoga di musim hujan seperti ini, setiap malam badan kesejukan,  harapan ibu bapa untuk menimang cucu akan berjalan lebih cepat dan lancar...

8 comments:

  1. Tulah. Cuti ni byk pulak org kawin.

    ReplyDelete
  2. kalau kena org Jawa yg buat majlis..mau 3hari 3mlm berturut..

    ReplyDelete
  3. Banyak tu terima kad saman Jay.. makan sikit2 la.. 5 rumah tu bahagi kepada 5bahagian nasi kat pinggan tu.. heheee

    ReplyDelete
  4. ni kan dah start cuti sekoloh....memang lah banyak undangan..ita sendiri pun ada 3 undangan

    ReplyDelete
  5. memang byk jemputan.... ada yg tak dapat pergi..

    ReplyDelete
  6. hihi..suspen punya tajuk.saya ni lagilah susah hati. kenduri kahwin merentasi negeri. kalau dalam satu negeri, senanglah dan takle nipis kocek, huhu

    ReplyDelete
  7. Cuti sekolah biasalah...kenduri sana sini...yang bertunanglah...kawenlah...berkhatan...ada jugak aqiqah dan bercukur jambul...

    Siap ja lah ang pau nyaa...

    ReplyDelete
  8. Pekata tuan rumah sediakan nasik utk tapau bagi yang tanak makan kat situ. hehehe. Kan lagi baik.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....