Maaf cakap. Bukan nak ungkit. Itu duit depa, depa punya pasallah, mungkin itu kata orang.
Memang betul, itu duit depa, depa punya pasallah, yang hang sibuk buat apa? Tapi ini soal pembaziran. Kerana bukankah mereka yang membazir itu saudara syaitan (Al-Israa' ayat 26-27)?
Maksud JR tentang musim kenduri kawin sekarang. JR selalu nampak majlis kenduri kawin zaman sekarang bukan setakat nak jamu tetamu makan, tapi seperti nak menunjuk-nunjuk kekayaan (atau kehutangan?) dan kemampuan tuan rumah menyediakan makanan yang begitu pelbagai. Contohnya satu dua kenduri kahwin yang JR hadiri hari ini dan kelmarin, penyediaan makanan nampak sangat melampau. Boleh habiskah semua makanan yang berlambak itu sebab hingga pukul 4 petang masih banyak makanan dalam periuk, sedang dalam kad tertulis makan dari pukul 12 tengahari hingga 5 petang saja?
Hari ini JR menerima jemputan 3 kenduri kawin. Masa mulanya ingat cuma 2 kenduri, rupanya 3 kenduri. Salah satu rumah kenduri makanan yang dihidangkan sangat hebat. Sudahlah nasi 2 jenis (nasi minyak dan nasi hujan panas), lauk pula semua ada - ayam masak merah, ayam goreng berempah, gulai daging, kurma daging, ikan kering masak nenas, acar dan 2 lagi lauk yang dah lupa nama.
Menu iringan pula macam-macam:
- laksa
- bihun sup
- bubur kacang
- spagheti
- cendol
- teh tarik
- ABC
- tapai
- kuih muih
- lain-lain (dah tak tersebut, semua ada..)
Selagi lagi maaf cakap. Bukan nak mengumpat, cuma nak peringat. Bukan nak meroyan, tapi yang buruk jadikan sempadan...
Makan dan minumlah,
tetapi jangan berlebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
berlebih-lebihan (Surah Al-A'raf ayat 31)
Maka sesungguhnya orang yang paling lama
lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di
dunia (Hadis Riwayat Baihaqi dan AtTirmizi)
Ade sekali tu ana pernah tnye nape byk sgt menu. Tuan rumah ckp, sebab tak tau citarase org. Dia ckp lg, tiap org citarasa lain2. Huhu..tak tau la yg mmg jenis suka lauk pauk berlambak2 kt meja hidangan. :D
ReplyDeleteOrang zaman sekarang ni kebanyakkannya kahwin sebab nak menunjuk-nunjuk kekayaan masing-masing. Tengoklah sebelum kahwin, hantaran sampai puluhan ribu, sehingga ada yang sampai menyusahkan bakal pengantin lelaki.
ReplyDeleteHasilnya...?
Setuju sangat dengan statmen ini.
Deletekadang-kdang bila pergi kenduri terlalu byk hidangan, bukan lagi seronok..tapi naik ngeri..
ReplyDeleteOrang yang ada duit dengan orang yang takde duit ni lain....selera lain...cara berbelanja lain...
ReplyDeleteOrang ada duit ni dok fikir kalau tak berbelanja lebih nanti apa pulak orang kata...takkan ala2 ja berbelanja kenduri...malu kot...ramai orang2 penting dijemput...
Orang takder duit ni...dok fikir jugak...cukup ka makanan ni....jemputan tak ramai pun...menu sekadar mampu jaa...
Cukup kaa...nak berlebih lebih nanti membazir pulak...
macam2...
,mudah2an kita tak melakukan perkara sedemikian bila giliran kita membuat majlis utk anak2 kita pulak..
ReplyDeletetapi kadang2 ada tuan rumah yg dapat sponsor. saya pernah hadir kenduri sorang kenalan.dia hanya sedia makanan berat saja. yang ringan semua sudara mara sponsor..camtulah..
sy bab makan tu ok lagi JR.sbb sy mmg kuat makan.hihihi.. tapi tang pakaian pengantin, goody bag. blum kira pelamin..perhiasan.bayar 3-4 ribu utk perhiasan yg tak bagi manfaat langsung.huiiii..
ReplyDeletepasal makan kenduri, saya suka stail orang jawa. nasi ambeng! hehehee...
ReplyDeleteBuat kenduri hanya untuk buat org lain impress. Cuba bayangkan... kalau duduk dalam hutan terpencil, kawen pun hanya dihadiri orang2 kampung dan org asli, agak2nya nak ke buat grand2? Mesti tak kan? Jadi, jngan nak kelentong la kata buat kenduri hebat tu utk kepuasan diri sendiri dan kenangan.
ReplyDeleteMusim kawin musim berlumba-lumba nak tunjuk sapa yang grand.. permudahkan apa yang patut dan perlu dipermudahkan untuk kesejahteraan pasangan pengantin kemudian hari..
ReplyDelete