»

30 May 2014

Benda Haram Yang Melayu Kata Tak Haram


Dah 3-4 hari isu DNA babi dalam cadbury menjadi bahan diskusi orang Melayu. Punyalah dahsyat cara berfikir Melayu sampai sanggup nak samak perut dan mulut demi untuk mensucikan diri yang dah tertelan DNA babi. Malah sampai nak tukar darah kerana jijik dengan diri sendiri yang dah termakan benda haram. Gila!!

Pelik sungguh Melayu, babi haram memang sah haram, tapi mengapa benda-benda haram lain lagi ramai yang tak kisah? Contohnya:

1. ArakPeminum arak boleh teguk bergelas-gelas arak, tapi jika diberi sepinggan mee yang ada beberapa ketul daging babi, mereka mesti menolak sambil maki hamun tak cakup mulut kerana berani menghidangkan benda haram kepada mereka. 
Arak juga masih sah dijual di kedai-kedai kepada orang Islam. Mengapa tak minta kerajaan mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam?

2.  Judi: Judi juga haram dalam Islam, tak kira judi orang kaya-kaya atau judi orang biasa-biasa. Tapi jika mereka yang berjudi ini diberi makanan yang ada babi di dalamnya mesti mereka akan muntah sampai lembik.
Judi berlesen juga masih 'halal' di Malaysia. Mengapa tak minta kasino di Genting Highland yang memberi pendapatan berbilion ringgit kepada kerajaan ditutup?

3. Zina: Kalau pasal zina, rogol dan lain-lain yang sewaktu dengannya memang Melayu adalah juaranya. Walaupun zina itu haram, tapi jika penzina  diberi babi panggang, mesti mereka muntah hijau punya!

4.  Rasuah: Semua orang tau, bangsa yang paling banyak menerima rasuah di Malaysia ialah Melayu. Malaysia juga adalah antara negara paling tinggi rasuah di dunia, pada tahun 2013 menduduki ranking ke-53 dunia di kalangan negara yang paling bersih rasuah. Singapura adalah antara negara paling bersih rasuah di dunia di ranking ke-6, negara nombor satu paling bersih pula Denmark.

Tapi bayangkan pelahap rasuah di Malaysia yang bercuti di luar negara, mereka akan mencari restoran halal untuk makan. Begitu jijik mereka dengan babi, tapi makan rasuah yang haram tak pula jijik.

5.  Merokok:  Walaupun dah 19 tahun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan merokok adalah haram di sisi Islam tapi siapa peduli? Orang Melayu merokok boleh  kelihatan di mana-mana, pak imam yang pandai berhujah tentang agama itu pun tak kisah tentang fatwa haram merokok. Tapi bila disebut cadbury mereka akan maki hamun syarikat coklat itu kerana dikatakan menipu orang Islam. Jijik dengan babi tapi tak jijik dengan rokok, sedang kedua-duanya haram.




Itu yang menyebabkan aku bangga jadi Melayu. Otak Melayu sangat sofistikated, mereka boleh melihat sesuatu dari variasi yang pelbagai. Ada benda haram dan diiktiraf haram oleh orang Melayu. Tapi ada juga benda haram yang Melayu nampak tak haram. Pelik tapi tak pelik...

10 comments:

  1. Diorg tu tengah membenarkan hadis nabi, iaitu "menghalalkan yang haram".

    ReplyDelete
  2. Harap2 dgn isu cadbury ni, ramailah..terutama yg merokok tu tersentap. Selama ni diorg tak rasa apa kalau ckp..
    Sy lebih xfaham kalau yg merokok tu org yg berapi2 ckp pasal hukum-hakam agama. Bukan mempertikai..tapi..

    ReplyDelete
  3. Cam tu lah .....lagi haram lagi lah sedap. Lagi dilarang lagi nak dibuat.

    ReplyDelete
  4. Satu lagi JR, perkara haram yang lebih teruk daripada zina yang orang selalu buat dan tak sedar dia buat benda haram serta kesannya bukan untuk diri sendiri sahaja malahan melibatkan seluruh umat manusia... iaitu... riba.

    ReplyDelete
  5. saya rasa, sbb tradisi didikan org kita (termasuk keluarga saya). Kita dididik jauhi anjing, babi. Selalu disebut/dimomok. Tapi tidak pada hal rokok, zina, riba. Jadinya, walau tau haram tapi tak berkesan pada hati, berbeza dgn anjing babi ni.

    ReplyDelete
  6. semutapi8930/5/14 1:31 PM

    Cer 38 budak melayu yg rogol 2 gadis di Ketereh tu diberi 38 ketul daging babi suruh mereka makan, mesti termuntah punya, yg rogol anak dara orang tak per pulak..

    ReplyDelete
  7. Itulah melayu. Konon2 lebih alim dan berilmu. Padahal apa pun tarak. Hanya pandai bercakap. Tapi kosong.

    ReplyDelete
  8. JR cuba tengok pak pak lebai..serban tebal..tapi sayangnya, ada yg selamba merokok...Mmg sofistikated pemikiran mereka...sunnah yg SUNAT hukumnya(pakai serban) di sanjung beria ia, tapi benda yg haram,buat tak nampak

    ReplyDelete
  9. Setuju Jay.. ramai nampak kt mana2 perlakuan yang haram tp tak pulak muntah hijau!

    ReplyDelete
  10. Bak kata kuman seberang laut nampak...gajah depan mata buat2 tak nampak...
    Yang dah tertelan tu kalu nak dicucikan jugak kena telan clorok kot...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....