Sapa sudah beli tapi belum makan, sila buang dalam bakul sampah.
Sapa sedang kunyah, sila luah balik.
Sapa sudah hadamkannya sila samak perut, apa nak buat, tawakal saja...
JR terbaca tulisan seorang doktor mengenai isu DNA babi dalam cadbury. Katanya dia sungguh pelik dengan perkara ini:
1. Melihat
kepada gambar foto keputusan ujian yang tersebar, tarikh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian makmal terhadap kandungan DNA babi dalam cadbury ialah pada 27 Februari 2014. Maknanya telah 3
bulan analisa kandungan coklat ini dijalankan KKM. Persoalannya kenapa lepas 3 bulan baru sekarang keputusannya diumumkan? Apakah kalau
perkara ini tak disebarkan melalui media sosial, ianya akan terus
didiamkan dan peminat coklat cadbury akan terus memasukkan unsur haram
ke dalam perut mereka?
KKM jangan marah kalau masyarakat meletakkan sangkaan, mungkin keputusan ujiannya dah lama diketahui,
tetapi kerana sesuatu kepentingan, maka ianya disembunyikan?
2. Masakan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd tak sedar bahawa mereka
telah memasukkan unsur babi ke dalam makanan yang
diletakkan tanda halal? (Disengajakan ke??)
Kalaulah perkara ini berlaku di negara China di mana pengilang memasukkan bahan yang tak dibenarkan ke dalam makanan, siaplah, mungkin kilang itu diarah tutup. Tapi untungnya pengilang kerana insiden ini berlaku di Malaysia, negara yang sangat baik hati dan pemaaf ini.....
Sib baik tak minat cadbury. Nk mkn lg la tak. Huhu. Selalu beli pastu simpan dlm peti lame2. Pastu bg kt org lain.
ReplyDeleteboikot aje utk selama-lamanya...kasi hancur syarikat kafir yang mempermainkan sensiviti umat islam
ReplyDeleteBanyak sangat perkara pelik tetapi benar di malaysia....apa nak buat ...dah telan berkeping .....semoga Allah menerima taubat ku.
ReplyDeleteastaghfirullah alazim.. minggu lepas mamaD dapat hadiah hari ibu 2 keping cadbury ; mulanya xdak sapa teringin makan tapi ..sebelum berita ni gempar tgk2 dalam peti ais..cadbury tersebut hilang. ...belum sempat tanya ke mana hilangnya....
ReplyDeleteade jugak makan yg kat sini baru2 nie..tapi kalau dahkat malaysia haram yg kat oversea apatah lagi...main bubuh jer tanda halal..apakah kesah dorang tak kafir takperlu jawab ngan tuhan..
ReplyDelete