Korang jururawat terlatih? Berapa gaji korang?
Kalau Jururawat U29 di hospital kerajaan Malaysia, gaji pokok minimum RM1,300 lebih hingga maksimum RM5,000 lebih. Kalau Ketua Jururawat U32 dapat lebih sikit, kalau Penyelia Jururawat lagi lebih. Kalau sampai tahap Jururawat U41, gaji maksimum RM8,000 lebih.
Tapi jika korang cuma jururawat biasa gred U29 dan nak pendapatan lebih sikit, ada satu peluang yang terhidang. Gajinya besar RM26,000 sebulan, kalau kumpul-kumpul jumlah gaji dapat RM312,000 setahun. Lumayan kan?
Tapi gaji besar, risikonya pun besar juga. Kena berhati-hati selalu agar tubuh tidak dijangkiti wabak maut yang sedang menular.
Berita dari Riyadh menyatakan Kementerian Kesihatan Arab Saudi merancang mengambil 304 paramedik
bagi membantu menangani virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di
negara itu. Kementerian itu telah melantik sebuah syarikat
antarabangsa untuk menyediakan kakitangan perubatan khas bagi merawat pesakit Mers.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan membayar 60,000 Riyal (RM51,000) sebulan kepada doktor dan 30,000 Riyal (RM26,000) kepada jururawat.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan membayar 60,000 Riyal (RM51,000) sebulan kepada doktor dan 30,000 Riyal (RM26,000) kepada jururawat.
Kepada pegawai perubatan dan jururawat Malaysia yang berminat tunggu berita selanjutnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mungkin akan dihubungi oleh syarikat berkenaan bagi mendapatkan calon yang berminat. Bagi mereka yang berhati mulia, tidak gentar menghadapi cabaran dan risiko bolehlah buat permohonan nanti.
Kenapalah tak amek kursus jururawat ms dolu2..kalo tak tak melepaslah peluang nak jadi jururawat kayo nie...heheeh...syukurkan ngan apo yg ado..
ReplyDeleteMemang menggiurkan tawaran gaji tu tapi berbaloi la dengan risiko yang bakal dihadapi.. umpama menggadai nyawa
ReplyDeleteRisiko tinggi tu wpun gaji tinggi.. Tapi rase macam nak jee jadik nurse pulak. Wuuu..lumayan.
ReplyDeletetengok pada gaji tu memang bling2 mata..tapi gok risiko banyak tu nak kena tanggung
ReplyDeletepeliang keemasan untuk doc dan jururawat malayisa buat income tinggi ni.
ReplyDeletexsbar nk apply heeee
ReplyDeleteBole.apply lagi kah ni
ReplyDelete