»

17 May 2014

Bila Budak Sekolah Dan Cikgu Gatal-Gatal


Bahaya juga kan bila kebanyakan budak-budak sekolah tak kira lelaki dan perempuan semuanya gatal-gatal belaka. Yang lebih bahaya bukan saja murid-murid sekolah, tapi cikgu juga tak kira lelaki dan perempuan gatal-gatal juga. Tentu risau ibu bapa di rumah memikirkan anak-anak dan cikgu-cikgu mereka gatal-gatal semasa berada di sekolah. Suami isteri yang pasangan mereka mengajar di sekolah itu juga tentu risau sesuatu yang lebih buruk bila-bila masa boleh berlaku.

Macam mana budak-budak nak belajar, macam mana cikgu nak mengajar jika seluruh tubuh asyik gatal-gatal dan merenyam saja? Kacau sungguh!!!

Kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di Perlis - Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara. Hampir 400 murid dan kakitangan sekolah itu terpaksa berdepan masalah gatal-gatal kulit kerana terpaksa menghidu habuk tebal  daripada pelabuhan darat yang terletak bersebelahan sekolah tersebut.
 
Selain dari mengalami gatal-gatal ada yang selalu diserang sesak nafas yang teruk akibat pencemaran itu kerana jarak sekolah dengan pelabuhan darat tersebut tak sampai lima meter. Mengikut Pengerusi PIBG sekolah itu keadaan berhabuk ini dah berlaku sejak pelabuhan itu beroperasi 20 tahun lepas. Dah empat kali pilihanraya, tapi janji untuk menyelesaikan masalah sekolah itu tak pernah ditepati - janji dicapati!!

Sudah lali garu sambil belajar
Seorang pelajar menunjukkan kaki dan tangannya yang berkudis akibat abuk yang mencemari sekolah 24 jam (Gambar: SH).

Ramai cikgu sekolah mengadu mereka turut menghadapi masalah pernafasan dan alahan kulit sehingga terpaksa berhabis wang untuk mengubati masalah kulit. Malah ada guru yang mengidap penyakit asma hanya bertahan tiga bulan mengajar di sekolah itu kerana penyakit bertambah kronik disebabkan habuk dan terpaksa minta tukar sekolah. Kesian budak-budak sekolah, pelajaran mereka merosot kerana sudah la tak boleh fokus terhadap pelajaran yang diajar cikgu kerana asyik menggaru badan saja, guru pula selalu bertukar kerana tak tahan dengan masalah gatal-gatal kulit.


Bagi murid-murid sekolah itu, menggaru kulit sambil belajar dah menjadi rutin biasa mereka, malah ada murid yang terkena penyakit kulit bertambah parah sehingga menyebabkan bernanah dan kesakitan melarat.

Rata-rata murid di sekolah itu ketika ditemui mengakui mereka selalu gatal seluruh tubuh dan asyik berulang alik ke klinik untuk mengambil ubat, tapi penyakit tak baik-baik juga kerana pelabuhan darat itu masih mengeluarkan habuk dan beroperasi 24 jam.

Tinjauan Sinar Harian ke sekolah itu mendapati pakaian murid-murid sekolah cepat kotor dan menjadi hitam kerana habuk turun seperti salji di sekolah itu. Kerusi dan meja di dalam pejabat pentadbiran sekolah itu juga kotor dipenuhi debu biarpun baru dibersihkan pada sebelah pagi kerana pelabuhan darat itu beroperasi selama 24 jam tanpa henti.

Jika korang nak tau berita selanjutnya sila baca Sinar Harian hari ini....

6 comments:

  1. Moga ada jalan penyelesaian bagi masalah sekolah tersebut.

    ReplyDelete
  2. tak elok dibiarkan berterusan begitu..kesian anak2 serta guru yg mengajar disitu...baik jer mrk carik sekolah lain yg lebih selamat kan..

    ReplyDelete
  3. Alahai siannya kat adik tu......

    ReplyDelete
  4. Dengar cerita pun dah dapat bayangkan macam mana sengsaranya mereka menghadapi keadaan yang tak selesa itu...
    Kalau dah makan bertahun keadaan yang sama tak diberi perhatian dan masih tinggal janji apa nak jadi...
    Macam mana lah prestasi pelajar dalam suasana pencemaran begitu...
    Usahkan pelajar tapi tenaga pelajar juga pasti tak selesa...

    ReplyDelete
  5. Kesian dekat budak2 yg belajar kt situ. Belajar dlm keadaan sambil menggaru..hmm

    ReplyDelete
  6. salah satu kena tutup, sama ada sekolah atau pelabuhan tu. heheh.. Sian cemana anak2 nak belajar kalo gitu gayenya.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....