HUKUM TUNDUK UNTUK MENGHORMATI
Soalan
Menghormati seseorang dengan menundukkan kepala di hadapannya, apakah dibenarkan Islam?
Jawapan;
Bismilllah, Dalam Sunan at-Tirmizi, Anas bin Malik RA menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW; ‘Wahai Rasulullah, jika seorang dari kami bertemu sahabatnya, bolehkah dia membongkok kepadanya?’. Jawab baginda; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia memeluk dan mengucupnya?’. Baginda menjawab; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia berjabat tangan dengannya?’. Baginda menjawab; ‘Ya, boleh’ (Sunan at-Tirmizi; 2728. Berkata at-Tirmizi; hadis hasan).
Berdasarkan hadis ini, kita boleh memahami bahawa menghormati seseorang dengan membongkok di hadapannya tidak disukai agama. Menurut ulamak; jika membongkok itu sampai ke paras yang menyamai rukuk dalam solat, hukumnya adalah haram kerana ia menyerupai sembahan kepada Allah. Jika atas dari kadar rukuk (seperti sekadar menundukkan kepala sahaja), hukumnya makruh dan sebolehnya tidak dilakukan (rujuk; al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23/135, perkataan; ‘ruku’’. Dalil al-Falihin, bab Istihbab al-Musafahah).
Wallahu a’lam bis-shawab

(Sumber: imudanulamak.blogspot.com - 5.5.2014)
zaman dulu2 lagilah..bukansetakat tunduk malah menjunjung menbongkok sehabis-habisnya..sib baik dah mansuh dah adat tuh..
ReplyDeleteEncik JR,
ReplyDeleteSaya rasa hadis di atas lebih kpd menunduk utk menghormati sahabatnya, itu yg tak boleh.Kalau tunduk utk menghormati org tua kita spt yg dilakukan anak2 kita, ia tiada kaitan dgn hadis ini.Kalau tunduk utk membodek pemimpin seperti gambar di atas, memanglah tak boleh, HARAMMM..
Saya rasa pun mcm tu juga sebab dlm hadis tu kata bila bertemu sahabatnya. Kalau orang tua lain pula keadaannya.
DeleteTapi betullah gambar di atas tu nampak sangat ciri-ciri kebodekkannya. Hahaha.
hashashas..y ni saya setuju! kikikiki
DeleteSaya setuju anon 12.24
DeleteSetuju jgk. hgehehe... Kalo cium tangan pemimpin tu kita boleh faham lagi wp rasa mcm tak setuju sgt. Tapi ada yg siap cium tgn isteri pemimpin. Huhu.. Sungguh tidak patut.
DeleteSetuju ngan cik Anon. ^^ tunduk mcm nk rukuk tu dah melampau sgt tu.
ReplyDelete