»

17 May 2014

Dia Yang Bernama Dyana Sofya


Siapa Dyana Sofya? Dia bukan artis, bukan penyanyi, bukan pelakon, bukan pelawak. Dia cuma seorang Dyana Sofya:

                                                           Dyana Sofya

Tiba-tiba saja nama peguam muda bernama Dyana Sofya ini meletup. Beberapa hari lepas namanya meletup selepas satu foto wanita berpakaian bikini yang tak sesuai dengan identitinya sebagai seorang wanita Melayu tersebar.

Tapi lepas itu baru diketahui foto itu bukan foto dirinya, tapi foto seorang aktres wanita Filpina bernama Pauleen Luna yang kata orang menyerupai wajahnya:

                                     Dyana Sofya                                Pauleen Luna

Hari ini nama Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun meletup lagi apabila dia dipilih secara rasmi oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan menentang calon BN yang juga pengerusi Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

Dyana, lulusan undang-undang UiTM adalah Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Dyana yang juga anak gadis kepada orang kuat Wanita Umno Ipoh Barat, Yammy Samat telah menyertai DAP pada 2011.

Jika Dyana memenangi pilihanraya kecil Teluk Intan pada 31 Mei ini dia akan memecah beberapa rekod Parlimen. Dia akan menjadi Ahli Parlimen wanita Melayu pertama DAP dan menjadi Ahli Parlimen ketiga Melayu DAP dalam Parlimen sekarang selepas Datuk Mohd Ariff Sabri (Raub) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera).

Selain dari itu dia akan menjadi Ahli Parlimen wanita paling muda di Dewan Rakyat sekarang dan mungkin juga antara Ahli Parlimen wanita paling anggun di tengah-tengah Ahli Parlimen wanita yang kebanyakannya sudah dimamah usia.

Tapi bagi JR, Dyana Sofya akan kelihatan lebih anggun dan menarik jika dia mengenakan tudung. Jika dia mengenakan tudung dan menang dalam pilihanraya Teluk Intan dia akan memecah satu lagi rekod Parlimen menjadi Ahli Parlimen wanita pertama DAP yang bertudung.

Tapi mampukah Dyana memenangi pilihanraya pada 31 Mei akan datang  kerana yang ditentangnya bukan sebarang orang. Calon BN, Datuk Mah Siew Keong adalah presiden sebuah parti berpengaruh yang suatu masa dulu pernah memerintah negeri tempat kelahiran JR: Pulau Pinang..

                                                         Datuk Mah Siew Keong

5 comments:

  1. Mainan politik, centu ah. Gatal tgn betul org yg edit gambar ni. =.=

    ReplyDelete
  2. Lawa juga budak ni. Kalau belum berpunya nak juga aku sunting, untung-untung dapat jadi suami YB, bertuah badan....

    ReplyDelete
  3. Melayu tak sedar diri..........

    ReplyDelete
  4. semutapi8918/5/14 7:00 PM

    Saya adalah seorang anak muda melayu yg mengundi Dap dlm pilihanraya dulu (pilihanraya pertama saya).Ramai lagi pengundi melayu kawan2 saya memilih Dap, spt juga ramai anak muda bukan melayu menyokong Pas.Stigma Melayu takut Dap sudah lama berlalu, Melayu sekarang lebih takut Umno/Bn yg telah setengah abad menipu & menindas Melayu.Saya yakin 300% Dyana akan menang di Teluk Intan kerana org Cina tak akan beri undi kepada apek BN dan org melayu juga sudah keluar dari perkauman sempit ciptaan Umno yg cuma utk memanjangkan hayat politik mereka agar terus menindas rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  5. Kenapa DAP letak calon muda pastu pompuan plak? Boleh ke ni? Mcm tak yakin je. Betul ke dia ni ada keluarkan statement pasal bantah hudud tu?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....