Masa balik kampung tak lama dulu, ada seorang anak saudara JR tanya apa tips rumahtangga JR dan isteri yang nampak sentiasa bahagia?
Dalam hati JR tergelak besar, tapi kesian juga nak gelak depan anak saudara perempuan yang baru saja kawin tu. Dalam hati berkata: sebenarnya tak semua yang orang nampak itu menggambarkan apa yang sebenarnya terjadi. Sejujurnya mana ada rumah tangga yang tak pernah berkocak? Mana ada mulut yang lidah dan gigi tak pernah tergigit? Bohonglah jika ada yang kata ada perkahwinan yang sempurna sesempurnanya....
Kerana anak saudara nak sangat tips, lalu JR pun bla..bla..bla bagi tip demi tip kepada anak saudara yang ternganga mulut mendengarnya. Antaranya kena simpan rahsia rumah tangga ketat seketat-ketatnya sampai anak-anak pun tak tau jika ada masalah, saling menghargai pasangan, selalu mengalah, bersikap jujur biarpun pahit, ringan tulang, kalau terpaksa boleh bohong sunat demi menjaga kerukunan rumah tangga, bla..bla..bla..
Anak saudara JR nampak seperti boring aje dengar tip yang 'itu-itu juga'. Macam tips ciplak ulang tayang rancangan TV!!
Hingga sampai kepada satu tip baru yang mungkin dia tak pernah dengar, baru nampak dia berminat:
"Tip terakhir" kata JR, "Suami isteri kena membiasakan diri selalu berjauh-jauhan"
"Macam Pak Lang ni" JR membahasakan diri 'Pak Lang' dengan anak-anak saudara, "Pak Lang dan Mak Lang hang selalu tak tinggal serumah. Mula-mula kawin Pak Lang di Penang, Mak Lang di Pahang. Kemudian Pak Lang di KL dan di Taiping, Mak Lang pula di Alor Setar. Lepas itu Pak Lang di Alor Setar, Mak Lang pula di Penang dan di Langkawi. Seminggu sekali baru kami bertemu..."
Memang perkahwinan JR dan isteri penuh warna warni. Walaupun dah lebih 20 tahun berkahwin tapi kebanyakan masa perkahwinan kami tidak tinggal serumah kerana nature of work yang berbeza. Hanya beberapa tahun saja di awal perkahwinan JR dan isteri kami pernah tinggal serumah di KL, kemudian masing-masing tinggal di rumah berasingan kerana kedua-dua kerja di negeri yang berbeza selepas itu. Walau bagaimanapun, sekarang dah lebih kurang 3 tahun kami tinggal serumah semula seperti di awal perkahwinan dulu, alhamdulillah...
Tapi walaupun jarak tempat tinggal kami beratus kilometer, perkara wajib yang perlu dilakukan ialah pada setiap hujung minggu JR mesti pulang ke rumah untuk bersama isteri dan anak-anak di Alor Setar. Begitu juga bila isteri bekerja di Penang dan Langkawi, manakala JR di Alor Setar bersama anak-anak, setiap hujung minggu isteri wajib pulang untuk bersama JR dan anak-anak di Alor Setar. Kewajiban bersama pada hujung minggu sesuatu yang tak boleh disangkal, kecuali jika kebetulan masing-masing ada kerja out station yang diarahkan oleh agensi masing-masing di mana hujung minggu tak dapat bersama keluarga.
Anak saudara bertanya: apa yang indahnya perkahwinan jarak jauh, cuma bertemu seminggu sekali? Indah atau sengsara?
Sebenarnya banyak yang indahnya bila tinggal berjauhan:
Sebenarnya banyak yang indahnya bila tinggal berjauhan:
~ Diri sentiasa akan rasa kehilangan dan kesepian. Rasa kehilangan dan kesepian akan memarakkan lagi semangat untuk menghargai pasangan dan anak-anak. Jika tinggal berdekatan kadang-kadang terlupa mengucapkan kata-kata manja dan sayang kepada pasangan kerana menganggap ia sebagai suatu kebiasaan basi, tapi bila berjauhan dan rasa kehilangan, maka kata-kata mesra, frasa-frasa cinta dan kasih sayang sentiasa terucap sama ada dalam percakapan telefon atau SMS.
~ Kerana jarang-jarang bertemu suami isteri sering rasa rindu-rinduan bila berjauhan. Oleh itu bila bertemu rasa cinta sangat hangat dan membara, rasa tak sabar untuk menunaikan impian. Sebab itu jangan terkejut jika pasangan yang jarang-jarang bertemu mempunyai lebih ramai anak dari yang selalu berkepit siang malam!!
~ Bila sesekali bertemu, pasangan suami isteri lebih hormat menghormati, jika ada perbezaan pendapat ia tidak diperbesar-besarkan. Rasa sangat sayang jika masa terluang suami isteri yang sangat terhad di hujung minggu itu digunakan untuk bertengkar, berpolemik, berkonfrantasi. Sebaliknya jika ada sedikit-sedikit rasa tak puas hati, masing-masing sentiasa beralah untuk menjaga hati dan perasaan pasangan yang jarang-jarang ditemui itu.
~ Bila berjauhan adalah masa terbaik untuk bermuhasabah diri dan membaiki kesilapan masa lalu, jika ada. Ketika berseorangan di kamar sepi bertemankan cicak-cicak di siling adalah masa terbaik untuk memikirkan kesilapan-kesilapan silam yang pernah dilakukan kepada pasangan dan anak-anak yang jauh di mata. Bila bertemu di hujung minggu segala kesilapan akan ditebus sama ada melalui percakapan dan perbuatan yang lebih santun dan tertib, pemberian hadiah dan sebagainya.
Mungkin ada kata perkahwinan jarak jauh juga ada keburukannya. JR tak nak nafikan ini. Tapi JR cuma suka bercerita tentang sisi baik berdasarkan pengalaman sendiri. Sisi tidak baik, jika ada sikit-sikit tu, simpan saja dalam peti besi dan kunci ia rapat-rapat...
Macam anak menantu dgn mertualah kan..menantu perempuan terutamanya. Selalu dekat2 kebanyakannya ada saja yg tak kena...pendekatan PJJ juga boleh diaplikasikan.. Biar jrg jupa tp sekali sekala jumpa tambah mesra.
ReplyDeleteSaya setuju tu. Dikala berjauhan ikatan kasih sayang semakin utuh. Biasanya tak sabar nak tunggu pasangan balik!
ReplyDeletePak Lang JR, kalau dekat tapi selang seli hari nya, kasih sayang makin utuh tak?
ReplyDeleteOrang tua2 selalu cakap ...dekat berbau tahi....jauh berbau wangi
ReplyDeleteTips yang baik buat anak saudara dalam melayari alam rumahtangga.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteBila pasangan jauh dari mata, tak sabarnya nak jumpa..
Bila dah jumpa depan mata ada je perkara yang dilakukan bersama.. ;)
Banyak jugak ujian kalau berjauhan ni kan JR. Hehe. Banyak tips dari orang lama ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah, perkahwinan jarak dekat IM masih bahagia hingga ke hari ini.
ReplyDeletesaya pulak,tak pernah berenggang dgn suami,kecuali dia berkursus ja...
ReplyDeleteraya posa th lepas,dek kerana dia mula bercuti pada hari raya,dia suruh saya blk kg dulu,...
saya katakan,kalau tak larat,tak payah blk la..sbb saya pun akan pulang ke kg 2,3 hari ja..
tau2 ptg raya pertama,dia dah terconggok sampai kt kg saya di kelantan,naik motor...
katanya dia tak tau nak buat apa,tak reti nak duduk rumah sorg...
hahahah..tips yg bagus tu JR...no wonder JR ada ramai anak! :P
ReplyDelete