»

22 April 2014

Bayangan Cumbuan Geli Geleman


Bila sesekali TERtengok (tak sengaja tengok) adegan suami isteri bercumbu atau sepasang kekasih bercumbu dalam drama Melayu ke, filem Melayu ke kat TV, JR selalu tertanya-tanya dalam hati:

~ Apa perasaan pelakon yang melakonkan babak-babak intim itu - tak rasa apa-apa ke?
~ Apa perasaan isteri dan suami mereka, tunang mereka, kekasih mereka - tak rasa cemburu dan menyampah ke?
~ Apa perasaan anak-anak mereka, anak saudara mereka - tak rasa malu ke?
~ Apa perasaan ibu bapa, abang, kakak, adik dan orang-orang yang ada hubungan persaudaraan dengan mereka - tak rasa meluat ke?

Mungkin bagi pelakon itu dia akan berkata mereka pelakon profesional, mereka tak rasa apa-apa pun. Lagipun apa salahnya, lakonan adalah kerja HALAL. Ia cuma lakonan, bukan betul-betul pun. Lagi pun ada saksi terdiri dari pengarah dan kru drama/filem di depan mereka, apa nak takut. Allah tahu nawaitu hambaNya cuma untuk cari rezeki halal, begitulah kata mereka.

Halal? Yalah tu kerja halal. Bagi sesetengah orang kerja  TAK HALAL cuma merompak, mencuri, melacur.....selain dari itu semuanya halal. Tak kisahlah melakukan adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk yang tak halal di sisi agama yang melibatkan percampuran melampau lelaki perempuan bukan muhrim, bagi mereka ia tetap halal.

Sekarang cuba korang pejamkan mata sekejap. Bayangkan korang sedang berlakon sebagai suami atau isteri dengan seorang perempuan atau lelaki yang bukan muhrim.  Pengarah meminta korang berada di atas katil melakonkan babak-babak intim sebagai pengantin baru. Yang lelaki tak memakai baju. Yang perempuan memakai baju tidur tipis.

Cuba bayangkan ketika tangan bersentuhan, mata bertentang mata, bibir berada dalam jarak sangat dekat hingga dapat merasai hembusan nafas hangat pelakon yang menjadi pasangan korang.

Bayangkan, bayangkan, bayangkan apa yang sedang korang rasai...

JR tak dapat bayangkan dan tak mahu bayangkan. Geli geleman....
Sebab ada rasa geli geleman tu kot JR tak layak jadi pelakon!

15 comments:

  1. Itu pasal saya tak tengok tv sangat. Lagi-lagi drama Melayu. Typical sangat. Baju pun dah ikut omputeh sana. Huhu.

    ReplyDelete
  2. eh..mcm ada persamaan entri kita. :)

    kalau saya, jangankan sentuh2...suami dok sebelah pompuan lain pun saya tak bagi. hehee

    ReplyDelete
  3. terikut2 sangat dengan cara barat/ bollywood.. dorang takperlah tak perlu jwb dah diakhirat nanti..sudah tentu tempatnya kan kerana kuffarnya tuh...
    orng islam buatlah cara islam...ade filem yg berunsur islamik dr luar sy tengok bkn sahaja adegan cium mium gitu..bahkan pompuan pun takder dlm cerita tuh..tp ttp menarik jgk.

    ReplyDelete
  4. betul tu JR..saya pon perasan akan hal ini..tak berapa gemor..
    y orang2 kita pula..fefeeling lebih bila tengok drama camnih..

    ReplyDelete
  5. yg untungnya pelakon lelaki la JR hehe...
    ada kes pengarah berkata..dia reda utk ke neraka akibat adegan berkemban...astagfirullah...

    ReplyDelete
  6. Mereka2 itu lagi ditegur lagi dibuat....seolah2 hidup ini adalah lakonan segalanya.

    ReplyDelete
  7. bila adanya adegan macam tu, anak2 saya suruh tutup mata.. malu bila menjadi tatapan mata anak2.. jalan selamat tukar channel..
    tak mungkin takde perasaan langsung.. sebab dorang menghayati watak tu.. kalau tak hayati mesti lakonan tu jadi kaku.. tapi ntahlah.. tak berani nak komen lelebih..
    Hakikatnya kat rumah jarang kami tonton drama melayu sebenarnya sebab anak2 conquer tv tengok cartoon..

    ReplyDelete
  8. Saya mmg berharap, pihak JAKIM atau mana mana yg berkuasa ( di beri tanggungjawab & amanah), supaya dpt keluarkan satu garis panduan buat pelakon2 dan artis Melayu Islam kita.

    Sekurang kurangnya, bila di Mahsyar nanti, pihak yg berkuasa boleh bersaksi bahawa mereka telah jalankan tugas semampu mereka mencegah kemungkaran.

    ReplyDelete
  9. bak kata Kamisah kat atas tu, lelaki on saja...hehehe

    ReplyDelete
  10. Saya rasa geli dan rasa berdosa bercampur rasa kotor dan jijik.

    ReplyDelete
  11. ada dengar pasal satu ceramah kat radio kedah jumaat petang hari tu..dia ulas pasal isu ni la..belakon ka apa ka tak boleh...panjan lagi la ulasan dia..tak inagt..heheh

    ReplyDelete
  12. Agama mana pilih bulu...berlakon ka sungguh-sungguh ka haram tetap haram.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah sebab Allah tak dorongkan IM jadi pelakun.

    Dalam tak berlakun ni pun banyak dosa dah...

    ReplyDelete
  14. alasan depa nak menghayati watak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....