Kisah benar ini berlaku di Pakistan (tahun 1990an):
Seorang doktor pakar bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa
menuju ke lapangan terbang. Beliau perlu menghadiri satu seminar perubatan sedunia yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang
perubatan.
Setelah pesawat dinaikinya bergerak kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami masalah yang menyebabkan juruterbang perlu mendarat cemas di sebuah lapangan terbang berdekatan sebuah bandar kecil.
Dr Ishan yang tidak berpuashati dengan kejadian itu pergi ke kaunter
penerangan lapangan terbang dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa
manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu
pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"
Pegawai itu menjawab:
"Tuan, tempat tuan hendak pergi itu cuma 3
jam perjalanan menaiki kereta. Tuan boleh menyewa kereta untuk ke sana"
Dr. Ishan setuju dengan
cadangan pegawai tersebut lalu dia menyewa sebuah kereta. Tapi ketika kereta yang disewanya baru bergerak 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat
yang mengakibatkan jarak pandangan sangat terhad.
Dua jam memandu dalam cuaca buruk, Dr Ishan tersedar yang dia telah tersesat jalan, tubuhnya pula mula rasa keletihan. Di depannya kelihatan sebuah rumah kecil, lalu dia mengambil keputusan untuk
singgah di rumah tersebut.
Dia mengetuk pintu rumah dan terdengar suara
seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"
Dr Ishan meminta wanita tersebut meminjam telefon rumahnya kerana dia perlu bercakap dengan pihak penganjur seminar yang akan dihadirinya (ketika itu telefon bimbit belum wujud lagi).
Wanita tua itu
tersenyum dan berkata: "Telefon apa, wahai anak? Apa kamu tidak sedar kamu berada di
mana? Di sini tidak ada elektrik, apa lagi telefon. Apa pun,
masuklah dahulu untuk berehat. Saya akan buatkan teh dan
sedikit hidangan untuk menyegar dan mengembalikan kekuatan kamu. "
Sambil mengunyah makanan yang disediakan, Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu. Wanita tua itu
pula selepas menyediakan makanan terus bersolat.
Tiba-tiba Dr Ishan ternampak seorang
kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil tidak jauh dari wanita tua yang sedang bersolat itu. Kanak-kanak tersebut kelihatan gelisah seperti menderita satu penyakit yang berat.
Selepas selesai solat, wanita tua itu kelihatan berdoa panjang.
Selepas selesai solat dan berdoa, Dr Ishan mendatangi wanita itu dan berkata: "Demi Allah, puan telah membuat saya kagum dengan keramahan dan kemuliaan akhlak puan, semoga Allah mengakbul doa-doa puan."
Selepas selesai solat dan berdoa, Dr Ishan mendatangi wanita itu dan berkata: "Demi Allah, puan telah membuat saya kagum dengan keramahan dan kemuliaan akhlak puan, semoga Allah mengakbul doa-doa puan."
Berkata wanita tua itu:
"Nak, semua doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali
satu..."
Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"
Wanita tua itu
berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita
sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini.
Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah di kota yang mampu
menyembuhkan penyakitnya, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan
tidak mungkin untuk saya membawa anak ini menemuinya. Saya bimbang jika
berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan menemuinya. Saya cuma mampu berdoa kepada
Allah agar memudahkan penyakitnya diubati."
Menitik air mata Dr. Ishan
mendengar kata-kata wanita itu. Dengan suara bergetar dia berkata: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa
billah. Demi Allah, sesungguhnya doa ibu telah dimakbulkan Allah. Allah lah yang membuat pesawat yang saya naiki rosak dan
perlu diperbaiki dalam tempoh yang lama. Kemudian Allah lah jua yang membuat cuaca buruk sehingga saya tersesat jalan kerana Dia mahu menghantar saya ke sini bagi memakbulkan doa puan. Sayalah
Dr. Ishan, sesungguhnya Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini untuk memakbulkan doa hambaNya yang tidak berputus asa. Ini adalah perintah Allah yang menghantar saya ke sini untuk merawat anak ini."
(Sumber: detikislam & islampos.com)
Pengajaran kisah benar ini: Jangan henti berdoa kepada Allah kerana Dia pasti akan menunjukkan jalannya....
hikmah disebalik setiap kejadian kdg2 tak terjangkau dek akal kita...sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia2..hatta sehelai rumput sekalipun
ReplyDeleteMemang kisah benar ke ni bro JR? Sungguh besar kekuasaan Allah tu.
ReplyDeleteAllah Maha Besar.
ReplyDeleteHebatnya wanita itu hingga Allah makbulkan segala doanya...
ReplyDeleteKuasa Allah dan kehebatan berdoa dengan ikhlas.
ReplyDeleteSubhanallah..jgn putus bdoa kpd allah.
ReplyDelete...dan jangan cepat rasa kecewa bila ditimpa malang, bukankah itu pun salah satu jalan yang tuhan tentukan. siapa tahu, itu mungkin juga yang terbaik untuk kita.
ReplyDeleteAllahuakbar! Kuasa Tuhan..
ReplyDelete