»

27 April 2014

Nasib Baik Tak Jadi Apa-Apa..



Petang Jumaat lepas JR, isteri dan 3 daripada 6 anak kami pergi bercuti ke dalam hutan di kaki Gunung Jerai dalam daerah Yan, Kedah. Jarak perjalanan dari rumah ke destinasi percutian di Yan sejauh kira-kira 50 km saja.


Jangan terkejut dan gelak ketika orang bercuti ke destinasi tepi pantai, pulau peranginan atau kota penuh kemegahan, JR dan keluarga memilih bercuti dalam hutan.

Tapi hari ini JR tak bercadang nak ceritakan percutian dalam hutan itu. Nanti JR akan ceritakannya dalam entri akan datang, insyaallah...

Hari ini JR nak cerita mengenai pemanduan kami ke destinasi dalam hutan itu. Sepanjang pergi dan balik ke destinasi percutian itu JR lah yang menjadi pilot kereta Hyundai Elantra kami. Co-pilot (isteri) tak nak pandu kereta, dia asyik main henset sepanjang perjalanan pergi. Masa perjalanan balik pula (hari Sabtu), baru saja bergerak 10 km co-pilot dah terlelap. Sampai ke laman rumah baru co-pilot tersedar. Letih kot dengan pelbagai aktiviti sepanjang 2 hari dalam hutan itu.

Pagi tadi ketika dalam kereta, entah mengapa tiba-tiba JR teringat tentang lesen memandu kereta. Eh, bila lesen memandu aku tamat tempoh? Kalau tak silap tahun depan baru lesen memandu mati. Tapi elok check dulu, entah-entah lesen memandu dah dekat-dekat nak tamat tempohnya.

Lalu JR check lesen memandu.

Yang penting info di sebelah belakang. Dan inilah yang tertulis:


Ha....tu dia...rupa-rupanya lesen memandu JR dah tamat tempoh 3 hari lepas!! Maknanya tanpa sedar JR memandu kereta pada 25 dan 26 haribulan ke kaki Gunung Jerai sejauh 100 km pergi dan balik tanpa lesen memandu yang sah!

Nasib baik juga tak kena tahan polis di tengah perjalanan walaupun memang ada beberapa road block. Dan nasib baik juga perjalanan pergi balik selamat, tak terjadi sesuatu yang tak diingini, jika tidak memang susah nak jawab....

6 comments:

  1. Nasib baik! Di buatnye kene tahan. Tak dopek den nak nolong. :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Kira nasib baik lah tu.kalau nasib tak baik belum sampai sekerat jalan dah kena dah...

    Cuba kalu budak2 yang lalai pasai lesen memandu tu...dah lama dah kena bletiaq kan...ni bapak budak senyap ja lah kan...

    ReplyDelete
  3. kalau sedar awal memang tak jadi memandu, atau memandu juga bila berdepan road block dgn debaran tgk polis atau co-pilot take over sepenuhnya...kesian pulak dia memandu juah2 tu... ; bukan ke tarikh lesen sama dgn hari lahir ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke tarikh lesen sama dgn hari lahir ?
      Itu la pasal!!?

      Delete
  4. Inilah kita sebagai seorang manusia.....tidak terlepas dari membuat kesilapan.........tersangatlah bernasib baik kan . Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Boleh tak cakap, "Saya memang ingat lesen saya dah tamat tempoh, tapi saya tak cukup duit nak pi renew. Boleh tak maafkan saya untuk kali ini?"

    Polis tu pun memang nak maafkan tapi selepas tengok kereta yang dipandu adalah Hyundai Elantra, maka tak jadi la nak cancel saman. Huhu.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....