»

28 April 2014

Easy Come Easy Go


Kawan JR yang seorang tu memang selalu bertuah. Kalau masuk peraduan, dia kerap menang. Kalau ada cabutan bertuah di pejabat memang dia salah seorang yang selalu menang. Pingan mangkuk, kipas, basikal, barang elektrik dah berkali-kali dia dapat hasil dari masuk peraduan yang dianjurkan oleh syarikat produk-produk tertentu dan cabutan bertuah dalam majlis-majlis yang dihadirinya.

Dia pernah beritau JR hadiah paling kecil dia dapat hasil dari masuk peraduan dan cabutan bertuah ialah pen parker. Hadiah paling besar pula ialah sebuah kondo. Dia juga pernah dapat hadiah pakej pelancongan bersama isteri ke London apabila menang satu peraduan bolasepak.

Berita terbaru yang JR dengar tadi dia baru saja dapat hadiah kereta Mercedes. Untungnya dia!! Sekejap lagi nak hantar SMS mengucapkan tahniah kepadanya..

Sebenarnya tak rugi jika kita rajin masuk sesuatu peraduan. Cuma sekarang JR tengok dah tak berapa banyak peraduan-peraduan di dalam akhbar seperti dulu. Mungkin syarikat-syarikat dah tak untung besar seperti dulu lagi. Kalau dulu, buka saja akhbar ada pelbagai syarikat yang menawarkan hadiah untuk peraduan yang mereka anjurkan. Cuma beli produk mereka, dapatkan borang peraduan di dalamnya, tulis nama dan alamat dan kemudian tulis sedikit karangan mengenai syarikat mereka dan terus hantar.

Masa dulu-dulu ketika tak sesibuk sekarang, JR juga suka masuk peraduan-peraduan ini. Bahagian yang paling susah ketika mengisi borang peraduan ialah bila perlu menulis sesuatu tentang syarikat penganjur, biasanya tidak lebih beberapa puluh perkataan. Kenalah pandai membodek dengan bahasa cantik dan bombastik untuk menarik perhatian juri.

Tapi hasil masuk peraduan sebegini lumayan juga. Walaupun JR tak pernah merasa hadiah kereta dan rumah tapi pernah juga dapat hadiah-hadiah lain seperti hamper, barangan elektrik, kamera dan baucer bayaran. Pernah dapat baucer bayaran dari sebuah supermarket di Kajang bernilai RM1,000.00. Penuh Nissan Serena kami dengan pelbagai barang untuk habiskan baucer itu.

Hadiah paling mahal JR pernah dapat ialah jam tangan tag heuer buatan Swiss. Bila pergi ke kedai jam untuk menyemak harganya, terkejut juga kerana jam tag heuer yang JR dapat tu berharga RM6,800. Itu harga dekat 10 tahun dulu, sekarang tak tau berapa harganya.

Malangnya seperti kata orang putih: easy come easy go. Jam tangan tag heuer itu bersama kamera Nikon isteri telah dikebas oleh penyamun yang memecah masuk rumah JR tak berapa lama dulu...

Hukum Masuk Peraduan:


                                    (zaharuddin.net)

11 comments:

  1. Pak Lang, dulu pun saya pernah masuk peraduan. Simple je pun. Tak sangka menang pulak. Menang CD. Kira okay la tu kan? Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah sekali dapat cabutan bertuah..walaupun hadiahnya tidaklah seberapa tapi gembira sangat kira itu rezeki jugak la

    ReplyDelete
  3. JR kenal blogger wak gelas tak..

    bg saya,dia satu2nya org kat mesia ni yg 'pasti' menang tiap kali masuk contest..PASTI..!!

    http://wakgelas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kena try masuk peraduan lah mcm ni..manalah tahu bertuah.

    ReplyDelete
  5. agaknya kena ade sifat rajinkan tuk masuk peraduan nie dan jangan mudah putus asa...sy takder kedua2 ciri tuh..cam baru2 nie beriya suruh anak mewarna tuk peraduan..amek byk borang last2 tak anta jugak..hehhe..

    ReplyDelete
  6. masa thn terakhir di U dlu aktif jgk msk peraduan..biasanya sy memilih sikit jenis2 peraduan... kalau suruh buat ayat slogan ke apa tu mmg sy reject awal2..Sebab tak reti nak membodek dan berayat manis!!
    Sy pun perasan jgk skrg agak kureng je peraduan..
    btw..terer btl kawan JR tu..kagumss

    ReplyDelete
  7. Masuk peraduan pun tak pernah cam ner nak dapat hadiah!

    ReplyDelete
  8. saya paling suka masuk peraduan.tapi kalau peraduan yang kena beli barang banyak2 lepas tu dikira melaui mata,itu tak suka nak join..hadiah paling besar saya dapat samsung galaxy tab..dan yang terbaru menang susu tepung 5 bungkus dari dumex..heheheh..hadiah yang kecik2 banyak jugak..seronok bila menang..;)

    ReplyDelete
  9. Tak pernah masuk ape2 peraduan pun.. bile memikirkan berapa ribu atau juta yg join, trus demotivated.. haha.. *teruknye Nurul ni..huh!!

    ReplyDelete
  10. A'ah laa xpernah pun rase nak join mane2 peraduan. Sbb dulu, abg ana amek peraduan. Menang tmpt kdua, kene tuntut adiah. Tapi tak tuntut pun sbb mase tu arwah ayah sakit, xleh drive. Sedih.

    ReplyDelete
  11. Sepupu saya, hari2 update kat Fb menang banyak contest. Sume dia dah menang. Rumah jer belum pernah dapat. Hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....