»

06 April 2014

Ketika Sakura Mengembang Bunganya...


Sekarang Kedah sedang diselimuti musim bunga. Tak dapat merasai musim bunga di Eropah dapat menikmati musim bunga di Kedah seperti sekarang pun jadilah.. Sejuk mata memandang setiap kali keluar rumah melihat kiri kanan jalan di Alor Setar, Kuala Kedah, Sungai Petani, Jitra diseliputi bunga yang sungguh cantik. Ada bunga berwarna kuning, pink, putih dan merah. Tapi JR paling suka yang berwarna pink itu, sungguh mendamaikan mata...



Orang Kedah gelar sekarang musim bunga sakura. Sakuralah sangat...hihihihi..! Orang Jepun tentu tersenyum kambing bila dengar ini. Sebenarnya pokok yang sedang berbunga mewarnai seluruh Kedah sekarang itu bukan pokok bunga sakura. Nama saintifik pokok itu ialah tabebuia, nama Melayu tak taulah pulak. Pokok yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah ini dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengubati beberapa penyakit terutama malaria. Biasanya pokok ini akan berbunga selepas musim kemarau panjang seperti yang melanda Kedah baru-baru ini. Sayangnya musim bunga sakura berkembang sekarang ini tak lama, cuma antara 2 hingga 3 minggu saja. Maknanya tak lama lagi fenomena bunga sakura itu akan lenyap di mata, tinggallah pokok itu cuma dengan dedaunan hijaunya. Rindulah pulak nak tunggu setahun lagi kot untuk menikmati musim bunga sakura ini...

Kawan JR beritau demam musim bunga sakura ini bukan saja melanda Kedah, tapi juga beberapa negeri di Utara Semenanjung lain termasuk Pulau Pinang dan Perlis. Negeri di tengah dan selatan Semenanjung tak pasti sama ada sedang dilanda musim bunga sakura juga. Tapi isteri JR yang baru pulang dari Kelantan dan Terengganu semalam kata dia tak perasan pula bunga sakura sedang berkembang di sana seperti di Kedah sekarang...

9 comments:

  1. Sekitar PJ ni takdelah pulak.. kalau ada pasti dah cite kat dalam blog.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Ramai betul yang tangkap gambar dekat pokok ni sebab cantik..

    ReplyDelete
  3. kat depan umah saya ada pokok ni n sepanjang tmn perumahan ni mmg ada pokok ni . suka dgn gambar last tu . ada pemandangan sawah padi . blh lwn winter sonata tu .

    ReplyDelete
  4. Dekat Melaka pun sama. Tengah musim 'sakura'... Dekat taman saya ni keluar rumah je dh blh nampak sepanjang jalan. Dekat bandar Melaka pun ada. Warna bunga putih dan pink mewarnai sekitar jalan.

    ReplyDelete
  5. Kat bahagian selatan pun ada bunga ni jugak. Terasa macam ada musim bunga pulak kat malaysia sekarang.

    ReplyDelete
  6. bunga ni mmg cantik..feeling ala2 dok kat jepun/korea hehe...tp bila dilenyek tayar kereta...ianya melekat kat jalan ,susah nak sapu (itu rungutan tukang sapu kat opis suami saya)

    ReplyDelete
  7. Betul lah sian saya tengok orang menyapu bawahpokok tu tak abes2 gugurnya.

    ReplyDelete
  8. memang comel..tambag plok kalau dah penuh berbunga satu pokok

    ReplyDelete
  9. mmg bijak majlis perbandaran yg tanam pokok ni. sebagai daya penarik org utk ke kedah. kalau di tanam buat satu taman betul, lagi best.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....