»

07 April 2014

Dunia Kejam Seorang Kidal


Mungkin JR adalah salah seorang manusia kejam itu. Korang juga mungkin sebahagian dari manusia kejam itu.

Kita kejam kerana kita tak memahami keupayaan orang kidal. Kita mencipta sesuatu alat dan menggunakan sesuatu alat tanpa memikirkan bukan semua orang menggunakan tangan kanan seperti kita. Sedang di dunia ini ramai juga orang kidal (dianggarkan 15% penduduk dunia adalah kidal) tapi alat yang dijual di pasaran jarang memikirkan keupayaan orang kidal.

Walaupun adik-beradik JR dan isteri tiada yang kidal tapi 2 daripada 6 anak kami adalah kidal:

                  Atas: anak no 6, bawah anak no 2, kedua-duanya kidal...

Petang kelmarin ketika meminta JR membantunya mengupas buah mangga,  anak bongsu JR, Sha berkata agak sukar baginya untuk menggunakan pisau pengupas buah kerana ia dicipta untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Bagi mereka yang memegang pisau dengan tangan kiri untuk mengupas buah mereka perlu terbalikkan pisau, kupas dari bawah naik ke atas dan bukannya dari atas ke bawah seperti pengguna tangan kanan.. Agak pelik melihat mereka menggunakan pisau, seperti peliknya ketika mereka menulis guna tangan kiri. Tapi apa nak buat tak ada pisau pengupas buah mesra kidal di Malaysia...


Kerusi ketika di kuliah juga menimbulkan ketidak selesaan untuk orang kidal kerana tempat menulis terletak di sebelah kanan sedangkan mereka menulis guna tangan kiri:

























Banyak lagi masalah untuk orang kidal, misalnya ketika penggunaan mouse untuk komputer, penggunan gunting, alat pembuka tin dan lain-lain yang semuanya dicipta untuk pengguna tangan kanan.

Seperti kata anak perempuan JR, dunia sangat kejam kepada orang kidal!

Tapi sebagai orang kidal mereka perlu menyesuaikan diri dalam banyak perkara termasuk makan dengan tangan kanan dan kadang-kadang perlu membiasakan diri menggunakan tangan kanan ketika buat kerja walaupun rasa tak selesa. Apa boleh buat mereka perlu terima realiti dunia agak kejam dengan orang kidal dan mereka perlu mengalah dalam banyak hal kepada dunia yang dikuasai oleh pengguna tangan kanan...

9 comments:

  1. betul...tak perasan pulak selama ni sbb tiada ahli keluarga yg kidal...

    ReplyDelete
  2. saya punkidal jugak JR..alhamdulilah dah lama hidup takder masalah ngan penggunaan alat tuh semua..taklah kekok sangat..
    anak lelaki sy pun mcm mengikut kidal jugak..suami marah guna tangan kiri nie katanya tangan syaitan..orng islam kena guna tangan kanan baru ikut sunnah..:)

    ReplyDelete
  3. Istimewa orang kidal ni....ada jugak kidal tapi mahir guna tangan kanan.

    ReplyDelete
  4. susah jugak jadi orang kidal ni...rasa kekok kan

    ReplyDelete
  5. hehehee, kita ada hari kidal sedunia. tapi macam tak membantu langsung nak menyedarkan perihal kesukaran golongan minoriti ni.

    ReplyDelete
  6. sebagai seorang yang kidal, sangat memahami masalah yang dihadapi oleh golongan kerabat kidal. hehe :)
    tapi mungkin sebab tu la yang kidal ni dikatakan insan yang kreatif. mungkin sebab banyak benda tak dibuat untuk cater left-handed ni, pasal tu perlu berinovasi along the way.

    jaga diri JR.
    comel anak perempuan.haha XD

    ReplyDelete
  7. Dah terbiasa dari kecik lg... Guna peralatan yg org tangan kanan guna, bila menulis atau guna peralatan dgn tgn kiri dah rasa mcm alien plak semua org pandang. Yang bagusnya saya mahir guna kedua-dua belah tgn. Tapi tangan kiri tetap dominan... Yang tak bestnya slalu konfius kanan dgn kiri. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Zaman belajar dulu ada seorang kawan yang kidal. bila duduk di kerusi kat dewan kuliah memang jadi satu masalah. terpaksa pusingkan badan dan membelakangkan orang di sebelah kirinya..

    ReplyDelete
  9. saya kidal. tapi banyak jugak guna tangan kanan. yang part kerusi kt bilik kuliah tu mmg saya cukup benci. terpaksa menulis dgn tak selesa.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....