»

21 April 2014

Tragedi Tersalah Isteri


JR ketawa terkekeh-kekeh membaca beberapa kes tersalah orang dalam Sinar Harian hari Jumaat lepas. Mula-mula kes tersalah masuk kereta, kemudian beberapa kisah tersalah suami dan tersalah isteri. Memang melucukan!

JR sendiri ada beberapa kisah benar tentang kes tersalah orang ini. Bukan saja tersalah isteri, juga tersalah ayah dan tersalah kereta.

Kisah 1: Tersalah Isteri

Peristiwa ini berlaku tahun lepas. Tarikh sebenar dan harinya dah tak ingat, tapi sangat yakin ia hari Jumaat atau Sabtu. Kerana dua hari itu JR wajib pergi market basah, kadang-kadang pergi secara solo, kadang-kadang beregu dengan isteri.

Hari itu pergi ke market Alor Setar (Pasar Besar) beregu dengan isteri. Dia jalan di depan, JR ikut di belakang. Biasalah jadi bodyguard Tuanku Permaisuri, kena ikut belakangnya, kalau ada ancaman senang dihadapi...hehehe..

Sebelum masuk ke market, kami melalui bazaar jual pakaian, kebanyakannya pakaian wanita. Itu yang paling tak selesa berjalan dengan perempuan, matanya mudah tertarik kepada pakaian yang tergantung. Tak beli pun tak apa, asal dapat pegang-pegang dan belai-belai..

Tiba-tiba tubuh montok isteri hilang dari pandangan. Eh mana pulak bini aku ghaib? 

Tiba-tiba, haa...tu pun dia di depan. Cepatnya, baru sesaat tadi di depan kini dah jauh dia di depan meninggalkan JR. 

Lalu JR mengejar wanita bertudung merah jambu dan t-shirt merah itu. Bila tiba di sebelahnya JR pun berjalan seiring dengannya..

Sampai dekat simpang masuk market, dia jalan lurus saja. Sepatutnya dia belok ke kiri... Eh bini aku ni orang nak cepat ke market yang dia jalan lurus saja, ada agenda apa pulak?

Lalu JR pegang lengannya sambil menarik manja dia ke kiri - ke arah jalan ke market.

Tapi tiba-tiba dia menepis tangan JR dengan agak kasar sambil mendengus kecil macam suara ular tedung, "Ishhhhhh!!". Haiii...main kasar pula nampak, pada hal malam tadi bukan main mesra lagi dalam bilik!!

Bila JR renung mukanya, alamak...orang lain rupanya!! Lengan bini sapa yang aku pegang tadi?? Muka dah jadi merah menahan malu.

"Sori..sori..sori..saya ingat isteri saya, dia  di sini tadi..sori!!" itu saja yang mampu diucap JR. Muka rasa tebal 20 cm. Kalau ada sayap rasa nak terbang sembunyi di celah bumbung market!

Wanita yang bentuk tubuh (kecuali muka), kulit dan warna tudung seiras dengan isteri memandang muka JR dengan wajah kelat dan mata bulat. Mulutnya terkumat kamit, tapi suara tak keluar. Nasib baik dia tak menjerit dan tuduh JR cuba mencabulnya!!

Lepas tu JR berpatah balik mencari isteri yang rupanya sedang meninjau-ninjau tudung di dalam salah sebuah bazaar di belakang. JR tak ceritakan pula peristiwa memalukan itu kepadanya takut dia ingat saja nak menggatal pula. Kalau cerita tentu dia akan menyindir sepanjang jalan balik ke rumah.

Kisah 2: Tersalah Ayah

JR simpanlah dulu cerita ini dalam entri masa lain pulak kot. Nanti korang boring pulak baca, semua nak disumbat dalam satu page!

Kisah 3: Tersalah Kereta

Edisi salah ini juga elok JR simpan untuk entri lain. Nak muat 3 cerita sekali gus panjang pula nooooo...

11 comments:

  1. Kah kah kah kah kah. Dah tu orang rumah mesti bantai gelak bila cerita balik kat dia kan?

    Hahaha.

    ReplyDelete
  2. hehe..saya pun pernah...tp bkn saya tersalah suami..ada suami org tersalah pandang ke apa..igt saya isterinya.....kt dalam supermarket...bkn main dia dok ikut...nasib baik dia tak pegang lengan mcm JR buat tu ja...suami saya yg dok pandang,dah tarik muka semacam...pastu membebel..apa punya jantan..rabun,tak kenal bini sendiri hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha... mesti pompuan tu dah kutuk jr macam2 tu kalau mulut dah terkumat kamit. Selamat la JR pegang tangan je, kalo JR peluk pinggang ke lagi le naya ke penampo buaya.

    ReplyDelete
  4. Ahahaaaa...nasib baik tu JR kalau nasib tak baik terus kena pelempang.

    ReplyDelete
  5. Malunya kan..sib baiklah pompuan tuh tak terluar 'ayat2 cinta'..kalu tak haru lah jadinya kan..

    ReplyDelete
  6. hahahahaha..

    Tapi mmg nasib baik dia tak jerit kata " Tolonggggggggggg..ada org nak cabol saya!!" hahahhaa

    ReplyDelete
  7. alamak, potong la...

    ReplyDelete
  8. Giler kelakar. Citer lah lagi.

    ReplyDelete
  9. Adoi...malunyee! Mmg nasib JR baik sbb pompuan tu tak panik dan terus jerit.

    ReplyDelete
  10. ha3.. dasat tul..

    sy pnah tersalah keta, hmpir2 nak naik, sib baik tersedar

    ReplyDelete
  11. saya pernah hampir tersalah kereta.. nasib baik tak terus masuk.. fuh.. kalau tak.. malu.. dan nasib baik en. suami tak nampak kejadian tu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....