»

01 April 2014

Apa Patut Buat Jika Terjumpa Pocong??


Sejak Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka pada 1 Mac lalu, pelbagai cerita mengenainya tersebar. Ada yang betul ada yang sangat disangsikan betul atau tak betul. Antara cerita yang betul termasuk percubaan anak saudara seorang Timbalan Menteri yang cuba membunuh diri dengan terjun jambatan itu tapi dia berjaya diselamatkan.  Itu memang cerita betul.

Cerita yang entah betul atau tidak betul memang banyak. Antara yang paling popular ialah kononnya pocong selalu muncul di tengah jambatan itu pada waktu tengah malam. Cerita ini beserta imejnya sekali dah tersebar di laman sosial sejak 2 minggu lepas. Hari ini cerita itu masuk Sinar Harian pula. 

                                        (foto: sinar harian)

Sapa-sapa yang nak mengesahkan betul atau tak betul cerita itu, cubalah melalui jambatan itu di tengah malam. Seeloknya boleh cuba melaluinya setiap tengah malam selama sebulan. Kalau tak ada gangguan, cerita itu memang sah karut. 

Tapi jika ditakdirkan korang memandu kereta atau motor sorang-sorang di jambatan itu, atau di mana-mana jalan lain dan tiba-tiba ada sesuatu yang aneh berada di depan korang, menghalang laluan korang,  apa korang nak buat? Elakkan kenderaan korang dari melanggarnya atau.....?

JR pernah berhadapan dengan situasi cemas itu, korang boleh bacanya di sini.....

Pada ketika itu kerana tak sempat mengelak JR langgar saja imej putih besar yang bergolek-golek kemudian berhenti di tengah jalan itu. Memang ada bunyi kuat selepas melanggar lembaga putih tersebut. Tapi bila sampai di rumah bila periksa bumper kereta, kereta tak kemek sikit pun. Pada hal bunyi kesan pelanggaran benda putih itu bukan main kuat lagi..

Jadi nasihat JR kalau jumpa sesuatu yang pelik di tengah malam ketika korang memandu, jangan cuba mengelak benda yang menghalang laluan korang.  Langgar saja dia!!  

Memang tempat yang JR nampak imej putih itu (dekat pekan Air Hitam, Kedah) selalu berlaku kemalangan, kebanyakannya kerana pemandu kenderaan cuba mengelakkan imej pelik yang tiba-tiba muncul menghalang laluan mereka. JR pada malam itu membuat keputusan yang tepat dengan melanggar saja benda putih itu. Jika JR tak melanggarnya mungkin JR tak dapat bercerita kisah imej putih yang dijumpai itu kepada orang lain, kerana kalau tak patah kaki dan tangan akibat terlanggar pokok, mungkin juga JR sudah berada di alam lain....

Kerja iblis memang selalu mahu menyesatkan manusia. Mereka ingat dengan ilmu boleh menghilangkan diri yang diberi Allah kepada mereka, mereka boleh menakut-nakutkan manusia. Tak sedar diri mereka cuma diperbuat dari api, sedang kita manusia diperbuat Allah dari tanah. Oleh itu jangan takut jika berhadapan dengan mereka. Jangan hormat sangat dengan makhluk tu - kalau menghalang laluan kita, langgar saja!!

Hantu hantam kelopak jantung
Hang menentang ku sepak melambung!!
(Ini mentera yang diajar oleh orang-orang kampung JR masa kecik-kecik dulu jika bertembung dengan sesuatu imej pelik..)

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu " (Yasin 36: 60)

13 comments:

  1. Ahahaha...JR nenek saya pon ada dok baca mentera tu...ahahahaa...

    Kat Air Hitam tu memang selalu accident kan? Sekarang sejak jalan Arau-Jitra dah cantik tak lalu dah jalan sana.

    ReplyDelete
  2. tak pernah lalu lg jambatan baru waktu malam..mesti cantik..lampu lip lap lip lap hehe...

    ReplyDelete
  3. Seram juga tu JR.. tapi kakak akak pernah berjumpa pocong ni secara life tapi bukan Di jambatan tu, di kg kakak akak.. terpaku tak terkata kakak akak masa tu.. hanya melihat lembaga itu terloncat-loncat.. keesokan harinya terus demam..

    ReplyDelete
  4. Ok, saya ingat. Langgar je!

    Mantera tu kelako jugak. :)

    ReplyDelete
  5. Andainya saya bertemu benda alah tu putih tapak kaki kot....mentera tu menjadi ye en JR....kot tak ingat jek time tu..

    ReplyDelete
  6. kemalangan yang kerap berlaku diwaktu malam selalunya sebab nak elak benda camtu lah .

    ReplyDelete
  7. Lain kali kalau lalu tempat berisiko 'seram' macam tu...bukak kaset mengaji kuat2...jangan pandang kiri kanan...buat tak nampak dan tak dengar jer apa2 yang pelik2...(cakap bolih lah bunda oii....awak tak pernah hadap lagi situasi macam ni)

    JR ni bikin seram jer ...dah lah bunda tengah online subuh2 sepii ni...tunggu bujang bunda tu singgah...nak g outstation, Pahang...

    ReplyDelete
  8. Rsnya kalau sy akan cuba baca jer mana2 surah yg diingat berulang2..harap2 kalau terjadi pd saya (nauzubillah) sy akan ingat tuk terus langgar jer..:)

    ReplyDelete
  9. tak nak la try jumpa..
    buat apa.

    ReplyDelete
  10. setakat ni memang tak pernah lagi nampak sesuatu yang dari alam lain.. dan memang taknak pun..
    Moga kita semua selamat dari sesuatu yang cuba berbuat tidak elok pada kita hendakNYA..

    ReplyDelete
  11. Pagi-pagi gelak baca mentera..hehe

    ReplyDelete
  12. panggil je "detik 12 malam' buat rakaman..sy selalu gak tgk racanga tv nih...cerita pengalaman dari orang yg betul2 jumpa dan di minta pergi bersama wartawan utk mengesahkan kejadian dari kacamata kamera..

    ReplyDelete
  13. JR, tp benda tu pun pilih org jugak utk dia kacau kan. Kalo tetiba ada org yg menyahut cabaran jr utk lalu kat situ tiap2 tgh malam selama sebulan tp tak jumpa apa2 sbb hantu tu tak hingin nak mengusik dia, nnt takleh jgk nak sahkan kesahihan cerita tu kan. Hehehe.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....