»

20 February 2014

Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayah..Mengapa?


Malam tadi jadi perang dingin antara anak perempuan JR dengan ibunya. Nama pun perang dingin, sekejap saja berlaku perang kata-kata, lepas itu baiklah. Seperti biasa kalau jadi peperangan dalam rumah melibatkan anak-anak, JR lah yang jadi pendamainya. Anak perempuan JR itu pula bila hatinya panas kerana disakat oleh abang-abangnya atau seperti malam tadi berperang dingin dengan ibunya, pada JR lah tempat dia mengadu...

Kadang-kadang kerana anak perempuan lebih rapat dengan ayah, terdengar sindiran kecil dari si-ibu (seperi cemburu) kerana lebih mendahului anak dari ibu...huhuhuhu...

Sebenarnya situasi anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding ibu manakala anak lelaki lebih rapat dengan ibu berbanding ayah adalah sesuatu yang normal. 

Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud,  secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesraan dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah.

Mengikut teori Freud keadaan ini berlalu kerana rangsangan seks yang berbeza dan tarikan magnetik di mana adalah perkara biasa elemen negatif akan tertarik kepada positif menyebabkan anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Keadaan yang sama juga berlaku dalam hubungan anak lelaki dengan ibunya.
JR tak tau sama ada teori Freud ini boleh dipakai 100%, tapi apa yang pasti anak perempuan tunggal JR juga seperti teori Freud lebih rapat dengan JR berbanding ibunya. Jika ada masalah peribadi dia lebih suka membincangkannya dengan JR dan bukan ibunya, malah 'masalah dalaman perempuan' yang sepatutnya ibunya lebih tahu  juga diadukan kepada JR. 

Bila pertama kali dia 'bertukar dari budak perempuan menjadi wanita' ketika berusia 12 tahun dulu pun, JR tempat dia mengadu 'masalah dalamannya' (ketika itu ibunya bekerja di Penang, seminggu sekali baru balik rumah). JR lah yang tergopoh-gopoh ke kedai membeli tuala wanita untuknya...memang melucukan!!

Bila berjalan pula walaupun usia dah remaja masih suka memegang lengan ayah, sedangkan anak-anak bujang JR yang lelaki seramai 5 orang itu tidak berbuat demikian, kecuali masa mereka kecik-kecik dulu. 
 
Mungkin betul kata Freud, anak perempuan lebih dimanjakan ayah berbanding anak lelaki, kerana sifat si-ayah sendiri yang menganggap dirinya sebagai pelindung kepada anak-anak. Bila anak-anak bergaduh, ayah lebih cenderung memenangkan anak perempuan (walaupun sepatutnya seri) kerana ingin melindungi mereka yang dianggap lebih lemah dari anak-anak lelaki.
Masa JR kecik-kecik dulu juga sama - JR lebih rapat dengan aruah ibu berbanding ayah yang sangat garang dengan anak-anak lelaki. Isteri JR juga menceritakan pengalaman yang sama, dia lebih rapat dengan aruah ayahnya sehingga menimbulkan rasa cemburu abang-abangnya.
Mungkin setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Mungkin ada anak lelaki yang lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibu dan anak perempuan yang lebih rapat dengan ibunya.  Mungkin...

7 comments:

  1. entah kenapa... kalau dtg cni.. pc saya jem.. tak boleh klik apa apa.. kn tgg lama br ok... huhuuh..

    mmg betollah tuu..anak pompuan saya pon rapat sgt ngan papanya....

    ReplyDelete
  2. Selalunya memang keadaan macam tu kan bro JR. jadi berlawanan pulak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Ramai yang macam tuh..anak synie masih kecil lagi nak banding..cuma kalau ibu garang, suka ayah..ayah garang..carik ibu...so and so lah...
    pun begitu sy perhatikan anak lelali sy masih nak tido dilengan sy, tp lengan bapaknya tak mau..begitu jugak kalau tido tak suka bapaknya peluk..mak peluk tak kesah..suka lg...

    ReplyDelete
  4. Kalau saya macam balance kot. Cuma ada part yg saya akan refer to ibu. Certain part refer to ayah. Tapi ayah best sikit sebab sempoi, kelakar & yg best skali protective :)

    ReplyDelete
  5. Mmg betul ank pompuan rapat ngan ayah dia. Anak saya siap cakap nak kawin dgn org mcm ayah dia..

    ReplyDelete
  6. Tapi anak-anak lelaki IM, semuanya rapat dengan IM. Agaknya, mungkin sebab ibu_suri agak garang sikit...

    ReplyDelete
  7. Mungkin sbb waktu dia perlu nak mengadu kat ibu, ibu takde, yang ada hanya JR. So, bila dah selalu cerita kat ayah, jadi rapat dgn ayah. Kot la kan. Teori je. hehe.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....