»

20 February 2014

Cerita Malam Jumaat: Tak Tahan Ni!!!


JR tak malu untuk mengaku ini adalah antara petang Khamis malam Jumaat yang JR paling tak tahan. Bukan tak tahan main-main, tapi tak tahan yang sungguh-sungguh tak tahan...serius!

Dari dalam kereta lagi petang tadi dah rasa sangat tak tahan..Rasa tak sabar  nak sampai rumah cepat-cepat, buka pakaian, capai tuala dan kemudian melampiaskan rasa tak tahan tu...

Bila saja nampak muka  isteri di dapur tanpa malu JR beritau dia: "Tak tahan ni!!"

Isteri yang sedang buat lemon ais tercengang, tapi kemudian tersenyum bila JR perjelaskan...

"Kalau dah tak tahan...pi basah-basahkan lah" syor isteri.

Dia minta basah-basah lagi?? Berapa kali nak basah-basahkan diri sehari?
Tapi eloklah basahkan diri banyak-banyak, cuaca panas macam ni mandi 5 kali sehari pun macam tak puas. Kena mandi banyak-banyak, kurang mandi boleh akibatkan demam, ramai kawan-kawan JR dan anak isteri mereka demam kerana kurang basahkan diri di musim kemarau membahang ini.

Bukan panas sebarang panas, panas sungguh-sungguh sekarang ni. Bacaan tengahari tadi 35.9 darjah celcius di Alor Setar, tertinggi di Malaysia!! 

Dalam kepanasan ini pasang kipas tak berkesan, pasang aircond cuma boleh tahan setakat dalam bilik saja, nampaknya kena basahkan badan sebanyak mungkin dalam bilik air  baru sejuk sikit kot..

Nota: entri ini ditaip pada pukul 5.15 petang, ketika cuaca sedang panas  membahang. Sori, terlewat publish hampir tengah malam...

10 comments:

  1. Kalau suhu dah mencecah 35.9'c tu memang tak tahan rasanya tu... panas terik tu huhu

    ReplyDelete
  2. Memang panas sungguh la ni.. tapi alhamdulillah kami dapat hujan sikit petang tadi...
    Kalau kat Aloq staq, mandi petang ayaq pun hangat jugak.. lepss mandi makin berpeluh...

    ReplyDelete
  3. Berdebar hati nie bila start baca n3 ingatkan tak tahan amenda lah.....rupanya dah tak tahan nak bersiram.

    ReplyDelete
  4. waktu malam...tak tahan panas...takleh lelapkan mata...tgk2 suhu 32 darjah...

    ReplyDelete
  5. cuaca kt sini sekarang agak redup, rasa nak berstokin jer, pagi semalam hujan renyai2..

    ReplyDelete
  6. Kat rumah mak di Perlis pun macam tu agaknya...kesian mak... dah le rumah beratapkan zink.

    Buat sapen jah...ahahaha...

    ReplyDelete
  7. Memang tak tahan cuaca tengah panas sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. Amboi jr. buat saspen je. Tak tahan panas rupanya.

    ReplyDelete
  9. Anak IM pun gauh tak tahan panas sampai bolen ( tak pakai baju) bagai. Tapi IM rasa ok jerr...

    mungkin IM dah biasa dulu masa kecil duduk rumah beratap zing. Tidur tengahari berpeluh-peluh pun, no problem..

    ReplyDelete
  10. Amboi! bikin panas bikin suspen jer...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....