»

19 February 2014

Bila Anak Dara Tak Puas Hati Dengan Ayahnya....


Semalam JR ada buat entri mengucapkan selamat hari jadi kepada anak dara JR, Sha (nama penuh Farisha Amira). Sebelum ini JR tak pernah pun beritau Sha, JR buat satu entri khas dalam blog ini mengenai hari jadinya. 

Hari ini baru dia tau tentang entri tu bila kebetulan berada di sebelah JR yang sedang melayari blog.

"La...awat abah boh (letak) gambaq tu....Tu gambaq Sha yang lama la bah... gambaq masa sekolah rendah tu, gambaq candid pula tu, tak cantik.. Nak boh pun boh la gambaq terkini..." katanya tak puas hati.

"Gambaq lama pun gambaq juga kan...Lagi pun gambaq bukan penting sangat, yang penting isi cerita yang abah sampaikan tu..." jawab JR.

"Pentinglah bah, sangat penting..." pandai pula budak ni jawab cakap abahnya, "Sha la ni dah Tingkatan Tiga, tu gambaq masa Darjah Enam. Mesti orang gelak tengok budak 15 tahun tapi muka macam budak sekolah rendah, malulah..."

Sebenarnya masa JR masukkan gambar anak gadis JR dalam blog ini semalam, JR pakai tangkap muat saja. Kerana gambar itu yang pertama JR nampak dalam simpanan, gambar itulah yang JR masukkan dalam entri yang terbit semalam:

                                   gambar Sha dalam entri semalam

Selepas didesak bertalu-talu oleh Sha, akhirnya JR meminta dia edit semula entri tu dengan memasukkan gambar terkininya dan memadam gambar semalam. Dan ini lah hasilnya...gambar terkini Sha dalam entri itu:

                                     gambar terkini anak dara sunti 15 tahun..
 
Ada beza ke gambar yang JR letak semalam (ketika berusia 12 tahun) dan gambar terkini (berusia 15 tahun)? Lebih kurang sama saja kan....?

Susah juga budak-budak zaman sekarang. Terlalu menjaga penampilan....

Benarlah seperti yang JR kata dalam entri semalam tu, kadang-kadang JR terlupa anak bongsu JR itu dah dewasa. JR pula masih selalu menganggap dia seperti budak-budak, melayan dia seperti budak-budak, sedang dia sudah mula berfikir seperti orang dewasa.....

Tiba-tiba teringat ibu mentua JR yang kawin pada usia 14 tahun. Anak gadis JR bukan budak-budak lagi, dia dah berusia 15 tahun, orang zaman dulu 14 tahun dah kawin, huhuhuhu...

6 comments:

  1. biasalah remaja..penampilan kena jaga....hehehhe....

    ReplyDelete
  2. gambar terkini nampak matang sedikit...tp tetap comei..

    ReplyDelete
  3. Alahai memang cantik anak abah.

    ReplyDelete
  4. nampak serupa tapi makin comelah..remaja kan semua tuh nak kena amek kira..tambah2 dah 15tahun usia...:)

    ReplyDelete
  5. tentulah gmbar terkini lebih terserlah keremajaan, comel jer..

    ReplyDelete
  6. Haha, kalau saya pun mesti la nak ayh saya letak gambar terkini. Tapi dia xde blog. Mak saya pulak kawin 20 tahun. Maknanya sepatutnya saya pun dah boleh kawin laaa. Haa

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....