Sepanjang kehidupan JR ini banyak juga peristiwa yang tak dapat dirungkai dalam bahasa mudah untuk dicerita. Masa tinggal di sebuah kuaters di Sungai Bakap, Pulau Pinang, selalu juga kami yang menghuni rumah itu (semuanya ketika itu belum kahwin) terlihat bayangan hitam melintas. Tapi bayangan hitam itu tak mengganggu, ia selalunya muncul dengan cepat dan hilang juga sepantas kilat. Bila sudah biasa melintas, kami tak kisah lagi dengan kewujudannya. Bersangka baik, menerima kehadiran bayang hitam itu seadanya...
Pengalaman semasa kerja di Taiping lain pula. Makhluk itu agak mengganggu, kadang-kadang menarik kaki ketika tidur. Mungkin dia nak menggoda JR yang ketika itu dalam fasa perkahwinan jarak jauh, hehehe... (boleh baca cerita di sini...).
Kita tak boleh nafikan dalam dunia ini bukan manusia saja satu-satunya makhluk Allah. Dalam Quran dah dijelaskan, dalam hadis juga ada cerita mengenai kewujudan jin.
Bagaimana nak mengesan kewujudan jin dalam rumah?
Ini antara tanda-tandanya yang JR pinjam dari sebuah blog:
Tanda-tanda umum:
1. Masakan selalu cepat basi ( rosak).
2. Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai.
3. Kedengaran seperti ada
orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam.
4. Sering nampak
kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.
5. Penghuni rumah sering merasa
seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
Selain itu, ini juga 13 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:
1. Selalu rasa tak tenteram bila berada dalam rumah tanpa tahu apa sebabnya.
2. Bagi orang yang lemah semangat merasa takut berseorangan dalam rumah tanpa sebab yang munasabah.
3. Selalu terjadi pertengkaran, pergaduhan atau perasaan benci membenci seisi rumah, perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar, malah mungkin juga dendam kesumat.
4. Selalu ada orang sakit dalam rumah, sama ada orang yang sama atau berganti-ganti, sama ada orang tua, dewasa atau kanak-kanak dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan ia dengan gangguan jin.
5. Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong, misalnya mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di
dalam rumah itu bila ditinggalkan, mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan
rumah atau jelmaan-jelmaan pelik samada secara jelas atau bayang
serta kelibat-kelibat makhluk aneh. Atau mungkin orang yang melintas
di depan rumah yang ditinggalkan akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela dan sebagainya.
6. Malah yang lebih berat semasa didiami penghuninya pun berbagai perkara ganjil berlaku seperti suara berbisik, berbual-bual atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka, tertutup, bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya di waktu malam.
6. Malah yang lebih berat semasa didiami penghuninya pun berbagai perkara ganjil berlaku seperti suara berbisik, berbual-bual atau berbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka, tertutup, bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya di waktu malam.
7. Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana penghuninya merasa panas, terhidu bau busuk atau bau aneh, merasa seram tanpa sebab, malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika melintas atau berada di tempat berkenaan.
Kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil.
8. Ada kanak-kanak dalam rumah yang selalu kencing malam walaupun berbagai ikhtiar dibuat untuk mencegahnya, suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau dan sebagainya.
9. Penghuni rumah sukar tidur di waktu malam, rasa resah gelisah tanpa sebab atau selalu terjaga diwaktu malam atau ada yang merasai seolah-olah ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur.
10.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah, penghuni rumah mungkin merasa pening, gelisah, takut, malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba atau pitam atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan.
11. Isi rumah merasa sukar mengerjakan ibadah terutamanya solat.
12.Timbul berbagai masalah antara suami isteri seperti selalu bertengkar, cemburu buta atau marah tak tentu pasal pada pasangan.
13.Selalu ada kelibat bayang hitam melintas pada pandangan ekor mata atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh.
(sumber: http://carigold.com)
akak n anak buah saya ada gangguan tu kat rumah bunda . alhamdulillah , saya dan bonda x pula diganggu ...ada baiknya kita on ayat2 rukyah menjelang maghrib juga nak tido . biarkan ayat rukyah tu berulang2 hingga subuh .
ReplyDeleteUshhhhhh....hehe....seram plak baca entri mcm ni waktu begini...jiran sebelah sy ni...bilik kami kira bertemu sebelah menyebelah(rmh teres),setiap mlm sy dgr anak2 jiran tu,umur 3 dn 6 tahun main guli...entah mcmana,satu hari tu sy tegurla kakak tu,sy kata...rajinnya anak2 akak main guli ye....setiap mlm sy dgr...kemudian akak tu buat isyarat tutup mulut....dia kata...bukannnn....sypun dgr,memang ada sesuatu di bilik sy...hehe...sejak tu,sy baca yasin setiap mlm...dh sebulan tkde pdhal dh lima tahun sy beli rmh ni....hehe....
ReplyDeletealhamdulillah..setakat ni belum ada tanda2 tu kat rumah ni..saya jugak sering 'on' surah Al Ruqyah dari youtube ...
ReplyDeletekalau kita dengar dr umah org lain???
ReplyDeleteSesungguhnya org yg berpeluang mengalami perkara mistik begitu adalah org yg terpilih ....sbb ramai org yg sengaja menjejaki tapi tak berjaya kiranya anda org tepilih dan bernasib baik
ReplyDeleteSesungguhnya anda yg berpeluang mengalami perkara mistik seperti itu adalah org yg terpilih dan bernasib baik kerana bukan semua org dpt .
ReplyDeleteSaya alami rasa takut bl tgl d rumah sorg. Rmh tu da 5 th saya beli tp kami pulang sskali sbb bkje d ada rmh ln. Bl blik, sy bc jg zikir d ayt al quran slain bdoa rmh sy sntiasa dlindungi allah. Insyaallah. Tksih ats pkongsian di ats.
ReplyDelete