Kejadian ini berlaku di Taiping ketika JR bekerja di sebuah agensi di bandar penuh bersejarah itu lebih 5 tahun lalu. Sebagai weekend husband, JR menyewa satu unit rumah kedai yang agak selesa di tingkat satu di mana di bawahnya ada kedai buku dan kedai makan. JR tinggal berseorangan kerana mahukan privacy dan kemudahan untuk keluarga yang datang melawat bila cuti sekolah.
Rumah kedai yang JR sewa itu mempunyai 2 bilik tidur, ruang tamu yang agak besar dan sebuah bilik mandi dan dapur. JR cuma tinggal di rumah itu pada hari Isnin hingga Jumaat kerana hari Sabtu dan Ahad JR biasanya pulang ke Alor Setar menjenguk keluarga.
Apa yang JR nak ceritakan ini ialah pengalaman ketika tinggal di rumah kedai itu di bulan pertama JR mula berpindah.
Minggu pertama pindah semuanya berjalan seperti biasa. Tapi di minggu kedua JR sering diganggu mimpi-mimpi menakutkan.
Satu malam tidur JR terganggu kerana terasa seperti ada 'seseorang' yang menghimpit katil bujang yang JR tidur. Bila JR perhatikan di sebelah...ya Allah, 'seseorang' berambut panjang berkain batik tidur di sebelah JR. JR cuba bangun, tapi badan terasa lemah, mulut rasa seperti dikunci. Ia memakan masa beberapa detik sebelum JR berjaya bangun dari katil dan lembaga perempuan berkain batik itu ghaib begitu saja.
Gangguan seperti itu berulang lagi selepas itu beberapa kali, bukan setiap malam, tapi ia memang kerap berlaku. Objek yang mengganggu tetap sama: seorang perempuan berkain batik. Kadang-kadang 'dia' tidur di sebelah JR dan kadang-kadang 'dia' menarik kaki ketika kita sedang tidur.
Ada dua tiga kali JR pernah nampak lembaga perempuan itu tidur bersama seorang bayi di sebelah JR.
Kedatangan lembaga tidak diundang itu sangat mengganggu, tidur tidak cukup dan di pejabat rasa mengantuk.
Satu hari JR menceritakan hal itu kepada staf di pejabat.
Beberapa hari kemudian seorang staf dari Unit lain datang selepas mendengar cerita gangguan yang sering JR alami di rumah itu.
Dia meminta JR perbanyakkan membaca al-Quran terutama di waktu malam. Sebelum tidur dia meminta JR mengamalkan bacaan al-fatihah, bacaan subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar sebanyak 33 kali, ayat kursi dan ayat 3 qul diikuti satu doa yang ditulisnya dalam satu kertas. Selepas itu JR diminta berdoa dalam Bahasa Melayu tentang hajat JR dan kemudian menyapu kedua tangan dari muka hingga ke kaki.
JR ikuti semua petua yang diberi oleh staf itu dan akhirnya gangguan itu tidak datang lagi.
Lama juga JR tinggal di rumah kedai 2 bilik itu, lebih kurang selama 3 tahun sebelum JR berpindah semula ke Alor Setar.
Di hari terakhir JR bekerja di Taiping, seorang staf bertanya sama ada terdapat penyewa baru yang nak tinggal di rumah kedai itu. JR kata itu kena tanya pemilik rumah kedai itu.
Mengikut staf itu sebenarnya rumah kedai JR tinggal itu agak "keras" dan ramai orang hairan bagaimana JR boleh kekal tinggal di situ selama 3 tahun kerana biasanya orang akan bertahan tidak lebih dari sebulan.
Selepas ditanya beberapa kali barulah staf itu memberitahu pernah berlaku tragedi di rumah itu apabila seorang wanita Melayu membunuh diri bersama bayi lelakinya.
"Semua staf di sini tau cerita itu, tapi sengaja tak mau ceritakan kepada Cik J. Lagi pun tengok Cik J pun macam relax saja duduk kat situ..kalau cerita nanti takut pula.."
Patutlah ada wanita dan anaknya tidur di sebelah JR dulu.....
NOTA: Mereka yang dah meninggal dunia tidak akan kembali lagi ke dunia ini. Jika ada yang menyerupai orang yang meninggal, ia cuma gangguan iblis yang suka menyesatkan manusia....
Dah hujung2 baru nak cerita... Haih.... Boleh tau k
ReplyDeleteRumah kedai tu kat mana? Kot la sesekali balik tepen boleh melawat tempat tu..hehehe
kalau saya,usahkan 3 th..sekali kena ja,dah cabut lari...
ReplyDeleteKalau saya, walau dah hilang gangguan tu tetap nk cari tempat lain. Terbayang bayang pulak..
ReplyDeletekira kuat semangat juga JR ni..setengah orang dah klua lama dah..
ReplyDeletemenyesal gi baca...
ReplyDeletedah teringat2 plok..huhuhu