»

19 December 2013

Kalau Tak Suka, Tak Payah Bayar Cukai!


Malam tadi isteri JR merungut sakan lepas dapat surat cinta dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang meminta dia menjelaskan tunggakan cukai pendapatan tahun 2010 yang jumlahnya dekat RM1,000 juga. Kata isteri setiap bulan dia buat PCB (Potongan Cukai Bulanan) melalui gajinya, kemudian setiap tahun isi penyata cukai pendapatan dan menghantarnya secara online ke LHDN, tapi mengapa lepas 3 tahun baru mereka nak korek balik masih ada tunggakan?

"Banyak juga kena bayar tu. Dah la bulan dua belas ni banyak pakai duit bila sekolah dibuka nanti. .." rungut isteri.

"Tak payah bayar cukai pun tak apa" kata JR "Ikut saja nasihat Menteri kalau kita tak mau tak payah bayar". 

"Menteri ada kata ke tak payah bayar cukai kepada LHDN? Biar betul?" isteri JR macam tak percaya.

Nah, tengok kenyataaan Menteri ni kata JR:

~ Bila harga ayam naik, Menteri kata tak payah makan ayam, makanlah benda lain.
~ Bila ada yang kata pilihanraya Malaysia tak adil, Menteri kata sapa yang tak suka dengan sistem di Malaysia mereka boleh berhambus ke negara lain yang mereka pikir lebih baik.
~ Bila harga gula naik, Menteri kata tak payah ambil gula dalam minuman, ia dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
~ Bila kadar tol naik, Menteri kata tak payah guna tol, guna jalan alternatif lain (walaupun di sesetengah tempat 'jalan alternatif lain' itu hampir tak ada)

"Jadi selari dengan kata-kata Menteri, kalau tak setuju dengan cukai pendapatan, kita tak payahlah bayar cukai pendapatan kepada kerajaan" kata JR kepada isteri....

Kerajaan tak kan marah jika kita tak bayar cukai pendapatan atau apa juga cukai lain, seperti mereka tak marah jika kita tak mau makan ayam, tak mau ambil gula atau tak mau guna tol...

Lagi pun seperti kata Menteri kalau tak mau makan ayam, makanlah makanan lain - daging ke, ikan ke; tak mau bayar tol, gunalah jalan lain; kita juga boleh kata kita tak mau bayar cukai pendapatan kepada LHDN kerana kita dah bayar zakat pendapatan kepada pejabat zakat di negeri masing-masing...
 

5 comments:

  1. menteri kita ada banyak tekanan perasaan. tu yang diorang selalu sangat bergurau. heheheee... (agaknya la)

    ReplyDelete
  2. Gurauan menteri paling best tak suka duk malaysia boleh keluar duk negara lain......hu..hu......

    ReplyDelete
  3. terbaik entry ni JR. Betul gak tu. Kalo tanak bayar cukai, takyah bayar cukai.

    ReplyDelete
  4. betul tu. . bayar je zakat. .
    menteri yg kata kalau tk mau bayar tol ikut jln lain tu bekas pengarah maybankkan. . org kaya mana peduli kesusahan org lain

    ReplyDelete
  5. dengar2..tahun depan tambang bas sekolah pun nak dinaikkan jugak..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....