Kalau tak silap ini kali kedua Ujie memberi komen yang hampir serupa tentang masalah blog JR:
Ujie kata dia susah nak beri komen di blog JR, kerana sering hang bila nak komen. Kata Ujie blog orang lain dia tak hadapi masalah, masalah cuma dengan blog JR.
Kalau masalah yang dikatakan Ujie ini dihadapi juga oleh kebanyakan pengunjung blog ini, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan blog JR ini. Something wrong somewhere....Bahaya besar tu, silap-silap nanti semua orang lari meninggalkan JR, kesian JR kan....
Masa mula JR ingat masalah yang dibangkitkan Ujie mungkin berpunca dari blog JR yang menghadapi masalah obesiti. Tapi lepas JR timbang blog JR ini rasanya tak lah berat sangat:
Cuma 98.99 KB, tak berat sangat kot..Kata orang, kalau di bawah 100 KB masih dikira OK, belum masuk kategori obesiti.
Tapi kalau blog ini tak berapa berat, mengapa ada yang menghadapi masalah seperti Ujie?
Oleh itu JR nak minta feedback korang sama ada korang juga menghadapi masalah ketika nak komen di blog JR ini. Semoga dengan feedback korang, jika ada kelemahan dan kekurangan di blog ini JR akan cuba ikhtiar untuk dibuat pembetulan.
Kepada Ujie, terima kasih kerana pemberitahuan itu. Jika tidak, JR tidak tahu kecacatan blog ini...
Tak de masalah la pulak . ok jer ...
ReplyDeleteSaya pun perasan beberapa kali ada masalah kalau nak komen dengan window 7. Ini pun online dengan telefon.
ReplyDeleteokey jer hihihi
ReplyDeleteOk sangat...blogpun x berat...sbb tu kalau dtg sini sy blh bc dn komen di entri2 yg sy dh terlepas.....
ReplyDeleteOk je
ReplyDeletesy ok jer blh komen tanpa mslh
ReplyDeleteBetul la kot mcm SM kata, laptop saya mmg guna window7. Langsung takleh komen. Ni guna ipad, boleh setelah try beberapa kali. Ayat nak komen pun bertukar-tukar...sbb asik hilang komen masa dok menaip.
ReplyDeletebuat masa ni ok je ..boleh komen macam biasa....
ReplyDeleteok je..ok je nak mengomen hehe..
ReplyDelete(saya suka guna pc yg besar gedabak ni berbanding lappy/hp)