Seperti kata Pak Menteri yang bernama Ongkili itu dua hari lepas, mulai tahun depan (2014) tarif elektrik akan naik. Kata Pak Menteri naiknya tak banyak, masih munasabah katanya, sebab kenaikan cuma antara 10 hingga 20 peratus saja. Kata Pak Menteri, jika 20 peratus itu dikira munasabah:
Memang munasabah pun wahai Pak Menteri. Munasabah sangat-sangat!
JR congak-congak bil elektrik di rumah JR sekarang antara RM180 hingga Rm220 sebulan. Cuti sekolah biasalah bil akan naik mendadak, maklumlah anak-anak pasang kipas, lampu dan aircon ikut suka depa saja ketika mak bapa pergi kerja. Kesian kat TV selalu nampak bercakap sorang-sorang dengan dinding di ruang tamu kerana tak ada orang di depannya bila anak-anak masuk bilik..
Kalau naik tarif elektrik 20 peratus itu maknanya bagi rumah JR kenaikan adalah antara RM36 hingga RM44 sebulan. Ya lah, bagi sesetengah orang tambah belanja elektrik RM36 hingga RM44 sebulan masih munasabah. Tapi bagi orang-orang lain mereka akan kira RM36x12=RM432, RM44x12=RM528, jadi kena bayar bil tambahan elektrik antara RM432 hingga RM528 setahun. Itu tak kira musim panas dan kemarau awal tahun depan di mana aircon akan di pasang di ruang tamu hampir sepanjang hari, mungkin kena bayar tambahan RM80 hingga RM100 sebulan kot??
Tapi mengapa tarif elektrik naik ye?
Sebab seperti di bawah ni kot?:
Tahun ini TNB untung hingga RM4.61 bilion, sebab tu tarif elektrik naik kot? Lagi untung banyak, lagi tinggi tarif elektrik dikenakan kepada rakyat? Jika tahun 2013 TNB dapat untung RM4.61 bilion, tahun 2014 lepas tarif elektrik naik agak-agak berapa pula keuntungnya: RMRM6 bilion, RM8 bilion, RM10 bilion??
Memang seronok bil elektrik naik kan?
Pertama yang seronoknya, bertambahlah kenaikan gaji dan elaun CEO dan pegawai-pegawai atasan TNB (pegawai bawahan termasuk meter reader jika naik pun tak banyak mana).
Kedua yang seronoknya, mungkin pejabat TNB akan bertambah cantik lepas ini. Mungkin untuk pelanggan yang nak bayar bil elektrik, mereka akan dihamparkan karpet merah dari tempat parking hingga ke mesin bayaran bil elektrik!!
Ketiga yang seronoknya, kita sebagai pelanggan kena lebih banyak bawa wang berwarna merah dan hijau-biru untuk bayar bil elektrik. Kata orang Cina warna merah itu ong (tuah), jadi lagi banyak kita bawa wang merah untuk bayar bil elektrik bertambahlah ong kita....
itu takdir Tuhan.:)
ReplyDeleteTakdir? Hahaha..teringat kata2 seorang ulamak bahawa harga minyak naik kerana takdir...
Deletebila semua dah naik camni mesti sesetengah rakyat hepi kan..hepi kerana pilih kerajaan yg suka menaik..:(
ReplyDeleteTak semuanya naik, ada juga yg turun...sekarang ni hari2 hujan turun...
Deletealahai... kesian kita... :(
ReplyDeleteApa lagi yg akan naik....??
ReplyDeleteTerpaksalah berjimat cermat dlm segala hal walhal org2 atasan sana,bil letrikpun ditanggung,kita yg dibawah ni yg menanggung bebannya....
Fadeup bila semua naik,..minyak, gula, gst..pendek kata semua nak naik lah..tapi saya masih tak faham...apakah "pengikut setia" masih tak nampak? tidakkah engkau berfikir sehingga sukar untuk ubah.
ReplyDelete