Masa zaman JR budak-budak dulu, pada usia 11 tahun kami cuma pandai main wau, main guli, main kotak, main gasing, main lastik dan pelbagai main-mainan lain. Mainan orang dewasa kami memang tak pandai langsung, dengar pun tak pernah. Tak pernah langsung tercapai oleh akal fikiran budak-budak masa itu pada umur 11 tahun dah pandai nak 'main' perempuan!
Masa tu budak-budak lelaki biasanya bersunat pada usia 10 hingga 12 tahun. Zaman sekarang darjah 1 atau darjah 2, malah masih tadika dah bersunat.
Tapi bersunat awal tak apa, yang jadi masalah mengapa sesetengah budak akal dewasa dan imaginasi seksnya terlalu awal?:
(Klik untuk berita selanjutnya)
Zaman dulu usia 11 tahun baru nak bersunat, zaman sekarang usia 11 tahun dah gatal nak cari bini!
Kenapa jadi macam tu???? Nak pecah rekod sebagai budak lelaki paling muda di Malaysia dapat menikmati seks? Nak pecah guinness world records? Atau kerana selalu tengok video lucah di internet???
Apa pun ia memang perbuatan gila!!!
Banyak sangat terdedah dengan unsur negatif (seksual), sampaikan matang sebelum waktunya. Sedangkan perkara2 lain masih belum matang pun. Aduhai...
ReplyDeleteMatang tersilap tempat...
DeleteHebat......
ReplyDeleteHebat tak kena gaya. Kalau budak 11 tahun hebat boleh angkat kereta kebal bolehlah salute, tapi hebat kerana merogol...?
DeleteSalah guna intenet le tu...membimbangkan..org tua sendiripun tak blh nak kawal diri,kd lebih teruk dr remaja..mcm kejutan budaya je cumanya yg tua tu bila buat,diorg pandai cover atau memang suka sama suka,x kira anak atau isteri org...byk sgt terjadi....
ReplyDeleteItulah jadinya bila nafsu menjadi Raja dan iman menjadi hamba. Jika bapa dan ibu kencing berdiri apa nak dihairankan anak2 kencing berlari?
DeleteRemaja zaman sekaràng macam tak dapat nak fikir mana baik atau buruk. Entah lah macam2 kes sekarang dah jadi. Ini masih budak-budak dah pandai buat macam ni. Tiba-tiba terfikir zaman anak2 saya nanti, apa pulak.
ReplyDeleteLepas baca berita tuh semalam kat paper, sampai bw ketidur sy dok pikir takutnya ngan kes mcm nie tambah2 ade anak pompuan..dah tak boleh nak percayakan siapa dah sekarang nie..kesian anak kecik yang tidak berdosa tuh jd mangsa..
ReplyDeleteada jugak baca..tak tahu apa yang ada dalam fikiran budak2 sekarang ni...mungkin terdedah dengan gajet2 yang serba canggih leni..
ReplyDelete