"Abang..no IC abang berapa?" pinta isteri dengan suara lembut sengaja dimanja-manja pada suatu hari.
"Awat pula minta no IC..nak isi borang izin kawin lagi satu ka?" suami cuba menduga.
"Tu saja yang dia ingat, kawin kawin kawin...No IC berapa?" ulang isteri lebih keras sambil tangan memegang pena biru di atas sebuah borang.
Entah kali ke berapa isteri dok tanya no IC sejak perkahwinan yang dah menjangkau lebih 20 tahun ini. Kadang-kadang heran juga mengapa susah sangat nak ingat no IC suami yang cuma 12 digit saja tu? Bukan 120 digit pun!
Sedang si-suami pula bukan saja ingat nombor IC isteri, malah no IC lama isteri yang 7 digit itu pun masih dalam ingatannya. Lebih dari itu, nombor pin ATM isteri juga suami hafal dalam kepala. Sedang kalau suami serah ATM untuk isteri tolong jolok di bank, soalan lazim isteri ialah:
"No pin abang berapa? Tolong tulis atas kertas sat, nanti lupa pula.."
Masih ingat masa isteri bertugas di Langkawi, dia pernah pesan JR beli barang di Cosway.
Wanita Cina yang bertugas di Cosway tu memang kenal JR, maklumlah selalu escort isteri ambil barang di kedainya.
"Boleh tolong bagi nombor IC isteri encik?" kata wanita Cina itu sambil tangannya bersedia di depan komputer.
Lalu JR bacakan nombor IC isteri dengan lancar...
"Bagusla you" puji wanita itu, "Husband I nombor IC I pun dia tak ingat!!"
"Bukan saja nombor IC isteri, semua nombor IC enam anak kami pun I ingat tau!" kata JR. "Bukan itu saja...nombor IC mak dan bapa I yang dah lama mati itu pun I masih ingat lagi!"
"Wowwwww..hebatnya you!". Bangga juga bila ada wanita cantik lagi seksi memuji kita begitu, hahaha...
Tapi benarkah begitu: isteri payah nak ingat nombor IC suami?
Rasanya bukan begitu kot! Tak ingat nombor IC bukan kerana faktor suami atau isteri, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Seperti wanita Cina di Cosway itu, suaminya tak ingat nombor IC nya...
Kepada mereka yang suka mengambil berat pasangannya, dia akan ingat apa saja tentang pasangannya. Bukan saja ingat nombor IC, malah berapa tahi lalat dan di mana tahi lalat yang ada di tubuh pasangannya, termasuk di tempat-tempat yang sangat tersorok pun dia akan ingat!!!
Biasanya suami yang susah nak ingat bab nombor2 ni. Tapi mak & ayah saya ok jer. Cuma kadang-kadang ada ayah lupa nama penuh anaknya. Itu macam sedikit terkilan.
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeleteHuhuhu ni kisah benar ni..hehehe
Bg tirana aduka dlm pengkogsian hidup perlu ada pemahaman yg mendalam dipupuk hari demi hari di bajai dgn ketulusan dan di sirami dgn kasih sayang
ROmantik gitu JR ni . hahaa no ic pun ingat . bolat birthday family pun x brapa ingt . ehm
ReplyDeleteJR memang romantik....huhuhu
ReplyDeleteHa... Ha... Ha...
ReplyDeleteIM cuma ingat no mykad ibu_suri saja. Itupun sejak sakit-sakit gini.
Tapi ibu_suri ingat hampir kesemua tarikh lahir adik beradik dia, adik beradik IM dan kawan-kawan dia...
Sedangkan tarikh lahir IM sendiri, IM tak ingat bila tiba masanya..
yg geramnye asben sy ni,sume no die sy yg kne ingtkan .no pin atm card die pun sy yg kene ingtkan.
ReplyDeletedalam rumahtangga saya dgn suami, rasanya suami yg lebih mengingat nombor2 ni. Tapi saya ingat no ic dia. Sbb nak ingat tu senang je, ingat befday dan tempat lahir. Yang betul2 kena hafal yg belakang tu je. JR mmg dasat la kalo no ic lama pun JR ingat. heheh.
ReplyDeleteApa no ic saya ye...?no crv pun sy x ingat..adoii..no kelisa sy ingat sbb ada 3 no je...hehehe...
ReplyDeleteSekarang ni,apa2 maklumat semua simpan dlm hp...jd x pernah menghafal...kalau rosak memorikad..maka hilanglah segala ingatan,berbeza dgn mak sy,semua no dia ingat,jgnkan no ic,no hp kesemua kenalanpun mak hafal je sbb nak x pandai nak cari kat 'contack name' tu