Seperti hari minggu biasa, pagi ini aku joging di tempat favouriteku, mengelilingi tasik buatan manusia yang sangat cantik itu. Seperti biasa juga hari minggu orang sangat ramai. Ada yang beriadah berseorangan dan ada yang bawa famili.
Lepas joging sekitar 6-7 km aku berhenti. Tekak rasa kering. Pekena teh ais kurang manis segelas tentu dapat legakan sikit tekak.
Aku menuju ke gerai minuman di bawah pokok.
"Abang nak minum apa?" tanya seorang wanita. Agaknya dia pemilik gerai itu.
"Teh ais kurang manis, ais lebih sikit.." balasku.
Tiba-tiba perhatianku tertarik kepada seorang lelaki berkulit agak gelap, berkacamata gelap dan berbaju gelap dan seluar gelap di sebelahku. Apa kena dengan orang ni, detik hatiku, semuanya gelap?
Mengapa dia asyik memandangku. Dia kenal akukah? Tapi aku tak kenal dia pun!
Lupakan tentang dia...Tapi mengapa dia masih memandangku?
Akhirnya minuman sampai.
Ku capai gelas dengan bernafsu. Tapi belum lagi straw mencecah bibir terdengar seperti bunyi mercun dibakar dekat telingaku. Eh, Raya Haji dah lepas, Deepavali dah lepas, masih nak bakar mercun?
Tiba-tiba ku lihat teh ais di depanku berwarna merah. Meja juga berwarna merah. Bila ku pegang dadaku, darah memenuhi tangan.
Ketika pandanganku mula berpinar dan bunyi meja dan kerusi tumbang menimpaku terdengar suara seseorang:
"Alamak bos...kita tersalah tembak orang!!"
Cerita di atas cuma fiksyen JR. Kadang-kadang JR merasakan itu: mungkin suatu hari kita yang menjadi mangsanya? Mangsa tembakan?? Seperti kata seorang kawan:
"Hari ini kita baca berita orang kena tembak
esok lusa mungkin orang pula baca berita kita kena tembak"
"Hari ini kita baca berita orang kena tembak
esok lusa mungkin orang pula baca berita kita kena tembak"
Terlalu banyak kes jenayah di Malaysia sekarang. Terlalu banyak...terlalu banyak! Bukan setiap hari ada kes tembak, tapi boleh dikatakan setiap minggu ada yang mati kena tembak. Nyawa orang Malaysia dah lebih murah dari harga sebungkus pisang goreng!
Petang tadi pun ada yang mati kena tembak:
Sekarang kes tembak-tembak ni bukan lagi kira tempat. Di depan rumah, di tepi jalan, di dalam kedai, di mana-mana...risiko kena tembak sentiasa ada.
Dua hari lepas Freddie Joseph, kanak-kanak lelaki Britain berusia setahun lapan bulan dicolek di rumah mereka sendiri. Maknanya penjenayah sekarang semakin berani!
Selalu saja JR rasa seperti dah tak selamat lagi tinggal di Malaysia. Tapi nak lari ke mana? Selamat atau tak selamat, inilah saja satu-satunya negara milik kita....
Nota Lewat: Takziah kepada keluarga pelawak terkenal era 1980an dan 1990an, Ahmad Busu yang baru meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kelang. Allayarham terkenal dalam siri komedi TV "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" menerusi watak Mat Deris bersama pelakon Imuda. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman, al-fatihah....
Alfatihah...
ReplyDeleteBetul2, kawan saya pun motor dia hilang di rumahnya. Sekarang kat mana-mana pun dah xde tempat yg selamat.
ReplyDeleteAl fatihah utk arwah.
Ai sey tuan... kenapa suspennya kejap je. Kasi panjang sikit la...
ReplyDeleteJR hidup semula?? Heheh...
ReplyDeleteSama plak motif entyr kita pagi ni JR. Saya pun memikirkan ketakutan yang sama. Takut yang betul2 takut ni. Bukan takut gedik2.
malaysia masih aman...katenyeeee..
ReplyDeleteMujurlah Malaysia masih aman..huhuhu
ReplyDelete