»

12 November 2013

Haiyan: Burung Itu Seperti Perempuan


Petang kelmarin JR berkesempatan bersembang dengan dua orang lelaki Vietnam, seorang berumur awal 20an, seorang lagi lewat 20an yang sedang membuat kerja binaan di rumah jiran JR. Kedua-duanya fasih berbahasa Melayu, walaupun yang berumur 20an itu baru 10 bulan berada di Malaysia. Kedua-duanya berkongsi kerisauan yang sama - mereka bimbang dengan keselamatan kedua-dua ibu bapa mereka kerana Vietnam kini sedang diserang taufan Haiyan.

3-4 hari lepas taufan ganas ini menyerang Filipina dengan kelajuan hampir 300 km sejam, menyebabkan kira-kira 10,000 orang mati dan 4 juta bangunan rosak. Kini Haiyan menyerang Vietnam dan China pula dengan kelajuan 160 km sejam.

JR tak boleh bayangkan bagaimana rupa kelajuan taufan hampir 300 km sejam atau 160 km sejam, kerana ribut 40 km sejam yang berlaku di Malaysia saja sudah menyebabkan bumbung rumah dan bangunan terbang, ini pula 160 km atau 300 km sejam!

Ketika bersembang dengan dua lelaki Vietnam itu, JR tanya mereka sama ada mereka tau tak apa makna Haiyan?

"Haiyan itu burung laut" kata lelaki umur 30an. Bila JR semak dalam internet malam tadi, apa yang dikatakan oleh lelaki Vietnam itu memang benar, Haiyan ialah nama sejenis burung laut dalam Bahasa China. 

"Heran juga" kata JR kepada dua orang Vietnam itu, "Selalu ribut, taufan dan puting beliung diberi nama perempuan, mengapa pula taufan dahsyat ini diberi nama burung pula?"

"Saya ingat sebab itu Haiyan burung jahat macam perempuan juga...!" kata lelaki Vietnam yang lebih muda. Kami ketawa terbahak-bahak.

"Jahat macam perempuan?". Memang kelakar lelaki Vietnam itu. Agaknya dia pernah frust dengan perempuan kot sebab tu dia kata perempuan jahat?

Memang biasanya puting beliung, taufan dan ribut yang paling ganas di dunia diberi nama mengambil sempena nama perempuan. Antara puting beliung, taufan dan ribut ganas yang diberi nama perempuan ialah:

Able
Barbara 
Carol
Dolly
Irene
Sandy
Katrina
Wilma

Mengapa puting beliung, ribut dan taufan ganas selalunya mengambil nama perempuan? Bukan tak ada ribut dan taufan bernama lelaki seperti ribut tropika Alvin, Mike dan Erick, tapi kebanyakannya diberi nama perempuan.

Sekarang selepas Haiyan membadai Filipina, ada satu ribut tropika lagi dijangka menyerang Filipina tak lama lagi. Ribut tropika itu dinamakan Zuraida. Eh, macam nama perempuan Melayu ler pulak?

Kononnya puting beliung, ribut dan taufan ini diberi nama perempuan kerana sifatnya yang menyerupai perempuan - cepat sensitif, cepat mengamuk dan cepat naik angin....

Sebenarnya semua taufan dan ribut dahsyat di dunia diberi nama oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada 1968 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 14 negara, termasuk Malaysia. Kebanyakan ahli jawatankuasa yang bertanggung jawab memberi nama puting beliung, taufan dan ribut ini adalah terdiri dari perempuan.

Walaupun kebanyakan ahli jawatankuasanya perempuan, tapi ribut dan taufan kebanyakannya masih diberi nama perempuan. Mengapa agaknya perempuan  suka menamakan ribut dan taufan ganas sempena nama perempuan?
Mungkin agaknya kerana perempuan juga yang lebih mengenali sifat-sifat perempuan.........

7 comments:

  1. Betul tu ..sudah lumrah dan fitrah perempuan 1 akal 9 nafsu manakala lelaki 9 akal 1 nafsu...

    Oleh kerana itu lelaki yang mempunyai 9 akal patut menjadi khalifah,pembimbing dan contoh yang baik kepada perempuan sekiranya terlebih emosi dengan 9 nafsu yang ada...

    Jangan pulak jadi sebaliknya... Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. Ade yg nama lelaki.cam taufan kat fiji 3 tahun yang lepas namanya thomas..itu katogeri 3 lah kekuatannya..
    yg tahun lps kat fiji teruk taufan, kwsn UA pun kena kelajuan dalam 200km/j lebih..tuh pun bnyk rumah musnah..kalau 300km/j mmg dasyat..orng yg tak pernah lalui takleh nak bygkan...

    ReplyDelete
  3. hehe...walaupun perempuan dianggap lemak..sekali mengamuk..bisa meranapkan dan memusnahkan segalanya....:)

    ReplyDelete
  4. heheh... lawak plak lelaki vietnam tu. Burung laut tu burung apa? Camar ke?

    ReplyDelete
  5. Bagus entry ni...Membuka minda saya...Dapat belajar juga tentang nama2 taufan....Andai taufan Haiyan tu sampai ke Malaysia...kelajuan nya dah lagi berkurangan...mungkin 65km/h...selayaknya kita panggil Taufan Ayam Serama! hahaha

    ReplyDelete
  6. Masa sekolah dulu,cikgu geografi kata,ribut taufan tu semua diberi nama perempuan sbb taufan tu ganas jd bila boh nama perempuan,tak merisaukan sgt sbb lembut didengar...wallahualam....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....