»

18 November 2013

Misteri Villa Nabila: Berita Terkini


Tiba-tiba heboh pula dalam media sosial hari ini kisah kehilangan 30 remaja ketika berada dalam sebuah villa terbiar berusia 40 tahun yang dikatakan villa berpuaka di Johor Bahru.  Kononnya seperti tersebar di facebook, 30 remaja masuk ke Villa Nabila sejak malam tadi, tapi 7 dapat keluar, manakala 23 lagi masih hilang. Berita kehilangan remaja-remaja tersebut telah menyebabkan kesesakan teruk di jalan masuk ke villa tersebut.

Walaubagaimanapun mengikut sumber polis cuma seorang saja remaja yang hilang bernama Mohamad Izzat Izzudin.  

Mengikut berita Bernama, salah seorang remaja yang masuk ke villa itu bernama Megat Irfan Abdullah Shariman, 16 tahun, mengesahkan 30 orang remaja memasuki Villa Nabila malam tadi. Malangnya beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," kata Megat Irfan. 

Dikhabarkan ada sekumpulan budak seramai 30 orang masuk ke dalam kediaman Villa Nabila ini kira-kira jam 3.30 pagi tadi, 18 November 2013. Tapi yang peliknya bila keluar hanya ada 7 orang sementara 23 orang lagi hilang, lenyap tapi suara mereka dapat didengari.
Namun berita ini disahkan palsu.
- See more at: http://fuh.my/misteri-remaja-hilang-di-villa-nabila-johor-bharu/#sthash.l37telul.dpuf
Dikhabarkan ada sekumpulan budak seramai 30 orang masuk ke dalam kediaman Villa Nabila ini kira-kira jam 3.30 pagi tadi, 18 November 2013. Tapi yang peliknya bila keluar hanya ada 7 orang sementara 23 orang lagi hilang, lenyap tapi suara mereka dapat didengari.
Namun berita ini disahkan palsu.
- See more at: http://fuh.my/misteri-remaja-hilang-di-villa-nabila-johor-bharu/#sthash.l37telul.dpu
Yang JR hairan mengapalah di tengah-tengah malam ada orang nak pergi ke villa berpuaka Tak ada kerja lain ke budak-budak yang sebangsa dengan JR ni?? Orang nak menjauhi iblis yang mereka pula nak memburu iblis? 

Sepatutnya di tengah malam orang berada di dalam rumah, tidur...Kalau rajin bangun seketika untuk buat solat malam. Bukan pergi cari iblis. Mendekati iblis seolah-olah kita mahu berkawan dengan musuh Allah itu.

Atau pengaruh dari filem Highland Tower yang sedang ditayangkan di pawagam kita kini??

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada Aku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. (Al-Kahf 50)

Nota Kaki: Nampaknya masalah double post dalam blog JR seperti yang diceritakan semalam masih tak selesai. Tak tau nak buat apa lagi...sabar ajelah...
 

14 comments:

  1. tak tahulah. tindakan remaja ni kadang2 tak diduga..berminat dengan SEEKERS agaknya..
    yang dilarang tu nak dicabar..
    mudah2an takde apa2 yang tak diingin berlaku

    ReplyDelete
  2. eh,...jadi 2 lak pos entry yer..huhu...

    bebudaak tuu bersifat ingin tahu yg kuat...tapi silap langkah agaknya..sepatutnya kn ada ilmu juga nak masok tempat camtu

    ReplyDelete
  3. Sahih ke citer hilang ramai ramai ni? Sb skrg zaman org suka mereka citer

    ReplyDelete
  4. Kemudian ini akan menjadi pengalaman dan pengajaran yang praktikal untuk mereka...

    ReplyDelete
  5. Rasanya pd usia mereka nie semangat ingin tahu tuh tinggi..makin orng cakap ade sst makin kuat depa nak tgk sendiri..tp jin setan mmg wujud spt dlm quran pon..

    ReplyDelete
  6. Dah takde la double post tu JR. Saya buka blog JR dah kembali waras dah ni. Takde pun 2 post yg sama.

    Nampak sangat budak2 ni takde keja. Anak bangsa 'kita' ni mmg camtu kot suka buat benda2 yg tak mendatangkan manfaat.

    ReplyDelete
  7. bagus ada yg hilang! buat pengajaran mereka dan yg lain2..

    jin/setan tak perlu dicari, mmg dah ada kat diri sendiri. Tu yg kita lalai solat, tak tutup aurat.

    ReplyDelete
  8. pi masjid ada jugak faedahnya...

    ReplyDelete
  9. Ikut ikutanlah ni.....biasalah remaja,mcm2 cara keseronokan yg diorg nk cuba...sedap plak nama villa tu....

    ReplyDelete
  10. kita dgr lagu cinta utk nabila je lah bang heheee :)

    ReplyDelete
  11. Remaja sekarang suka cabaran...cabaran yang munasabah dan tak menyusahkan mak bapak dan orang lain tak per lah...

    ReplyDelete
  12. Remaja sekarang suka cabaran...cabaran yang munasabah dan tak menyusahkan mak bapak dan orang lain tak per lah...

    ReplyDelete
  13. Remaja sekarang suka cabaran...cabaran yang munasabah dan tak menyusahkan mak bapak dan orang lain tak per lah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....