»

17 November 2013

Bagaimana Nak Hilangkan 'Double Post' Dalam Blog?


Masalah..masalah. Bagaimana nak atasi masalah ini?
Dah le JR ni bukan terrer sangat dalam bab-bab blog ni (kecuali taip entri bolehlah), dugaan ini pula yang terpaksa dihadapi.

Dah dua hari JR pening kerana masalah ini. Bila search google, memang ramai yang bagi petua macam mana nak selesaikan masalah ini, tapi bila JR try tak jadi pula. Malang betoi....

Masalah blog JR (dah 2 hari ia terjadi) ialah terdapat 2 post yang sama dalam satu kolum. Mungkin korang pun perasan kan?


Dah le blog JR berat, bila jadi macam ni (post berkembar) bertambah heavyweight lah ia...

Mengikut blogger-blogger yang pernah hadapi masalah yang sama, cara nak atasinya ialah dengan pergi ke blog tamplate dan delete saja kod ini:
<b:widget id='Blog2' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/>

Tapi dalam kes JR, dah cuba banyak kali delete kod itu dan kemudian save, tapi bila buka blog, masalah sama masih berulang. Post berkembar (double post) dalam satu kolum masih berlaku. Hodoh sungguh blog bila jadi macam tu...

Ada yang pernah hadapi masalah yang sama? Ada cara lain ke selain dari delete
<b:widget id='Blog2' locked='true' title='Blog Posts' type='Blog'/>
tapi masih tak berjaya itu?

Nampaknya kalau masalah ini masih tak dapat diselesaikan, cuma ada satu penyelesaian lagi: pindah saja ke rumah baru (buka blog baru)!!

6 comments:

  1. Alamak... Mesti ada cara, tapi belum ketemu. Sayang kalau pindah.

    ReplyDelete
  2. Adaaa tu JR salah coding ke takpun trlupa apa apa ke . takkan ler smpai kne buat blog bru . ada jalan ni :) jgn risau

    ReplyDelete
  3. Yerlah mmg nampak ade 2 post tuh dalam blog..hmmm nak tulun pun takder pengalaman..cuba pegi kat setting display post tuh letak 1 jer tak leh?
    setting>post & comments>post>show at most - 1 jer?

    ReplyDelete
  4. Ye la.. ada 2 post. Wp masalah ni tak mengganggu pembaca, tapi JR mesti rasa tak best kan? Ke masalah kat layout?

    ReplyDelete
  5. sungguh mencabar kesabaran kan..??

    ReplyDelete
  6. Saya lai la tak tau....masa mula berblog,tau tulis entry,pastu gmbar org lain yg tolong masukkan....tak best la buat blog baru..entry yg lama ni blh pindakan ke blog baru ke nanti...?moga selesai masalah tu nanti....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....