Malam tadi, sekitar pukul 11.00 malam, sambil lepak di depan TV, JR tonton segmen 'Soal Jawab' di TV3. Biasanya Soal Jawab adalah antara rancangan TV yang paling JR tak minat tengok kerana hanya dipenuhi bual bicara politik yang entah apa-apa...
Tapi malam tadi tajuknya agak best juga: "Obesiti". Mengapa JR kata best? Kerana JR salah seorang yang sangat takut menjadi ahli kelab obesiti dan sentiasa berusaha tidak mendekati kelab itu dengan bersenam secara regular dan cuba mengawal pemakanan.
Antara beberapa perkara yang diperkatakan oleh panel rancangan Soal-Jawab ialah:
- Malaysia negara nombor 6 paling gemuk di Asia. Di Asia Tenggara pula, Malaysia berada di kedudukan nombor 1 sebagai negara paling gemuk. (Dalam hati: Hahahaha...Tahniah, Malaysia berjaya mendapat pingat emas negara paling gemuk Asia Tenggara!).
- Cara pemakanan orang-orang sekarang sangat menakutkan kerana terlalu banyak makanan segera yang menyumbang kepada obesiti berada di sekeliling kita.
- Kesan obesiti menyebabkan peningkatan penyakit kronik termasuk darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis termasuk di kalangan mereka yang usianya masih muda.
- Seorang panel "Soal Jawab" berkata pada zaman dia budak-budak dulu, jarang sangat menemui budak-budak berbadan gemuk. Semua budak-budak zaman dulu, kurus-kurus belaka, katanya.
JR sangat setuju dengan kata-kata panel "Soal Jawab" pada zaman dulu sangat sukar mencari budak gemuk dalam masyarakat. Masa JR di sekolah rendah dulu, semua rakan-rakan sekelas, malah rakan-rakan satu sekolah, boleh dikatakan semuanya berbadan slim. Cuma di sekolah menengah ada seorang kawan (sekarang jadi pegawai Bomba) berbadan agak sasa. Tapi kawan JR tu hanya berbadan sasa, bukan gemuk sangat pun. Dia seorang saja seingat JR yang berbadan sasa di sekolah menengah Kepala Batas ketika itu. Yang lain-lainnya kalau tak slim pun, kurus melidi (termasuk JR).
Sebaliknya zaman sekarang bila pergi ke sekolah hantar anak, kelihatan ramai budak-budak yang berbadan montel dan debab, muka comel sangat-sangat penuh isi macam rasa nak cubit.....Yang lelaki selalu nampak baju keluar dari seluar kerana diterjah oleh perut yang terlebih besar. Yang perempuan pula pakai baju kurung besar bagi menyembunyikan perut yang besar menyebabkan mereka nampak makin besar.
Mereka besar kerana genetik besar? Rasanya tidak juga. Ramai yang bapanya kurus melidi, tapi anaknya punyalah comel...
Yang paling lucu bulan lepas bila hantar mak mentua ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Jururawat yang membantu doktor mengambil darah mentua menasihatkan mentua agar menjaga makan bagi mengelakkan bacaan kencing manisnya meningkat. Yang lucunya jururawat itu sendiri tersangatlah debab, seolah-olah dia pun tak pandai menjaga makan! Doktor India lelaki di sebelah jururawat itu juga nampak macam dalam kategori heavyweight juga...
Tapi kalau orang dewasa gemuk mungkin masih tak apa juga. Maklumlah bila usia makin meningkat kadar metabolisme tubuh makin menurun. Tapi kanak-kanak debab, itu sangat menakutkan. Kecik-kecik lagi dah debab, bila besar pula badan entah macam mana??
Soalnya mengapa ramai orang sekarang terutama kanak-kanak yang debab-debab berbanding dulu?
Faktornya mungkin:-
1. Budak zaman sekarang terlebih makan, budak zaman dulu tak cukup makan: Masih JR ingat masa kecil-kecil dulu cuma makan seadanya saja. Biasanya makan nasi + sayur yang ditanam di belakang rumah + ikan yang dipancing di sungai atau sawah + sambal belacan. Hanya bila ada kenduri kawin atau masa Raya baru dapat makan yang sedap-sedap - ada resepi ayam dan daging. Budak-budak zaman sekarang kalau hidang makanan macam tu, mogok laparlah mereka!
2. Budak zaman sekarang selalu makan makanan segera - KFC, Mc D, Pizza atau mi segera yang tinggi lemak, kolestrol dan karbohidrat dah jadi sebahagian budaya makan orang zaman ini. Budak zaman dulu pula, makanan segera yang menggemukkan itu tak ada. Makanan segera bagi mereka ialah buah rambutan, manggis, sentul (di Utara dipanggil setoi), janggus, keriang dan lain-lain buah yang banyak terdapat di kampung.
3. Budak zaman sekarang tak banyak bergerak: Budak sekarang pergi balik ke sekolah dihantar oleh ibu bapa atau menaiki bas. Mereka tak perlu guna tenaga untuk ke sekolah kerana dihantar dan diambil hingga ke depan tangga. Budak zaman dulu pula pergi sekolah jalan kaki atau naik basikal berpuluh kilometer. Setiap hari beratus atau beribu kalori lemak dibakar ketika berulang alik ke sekolah. Masa di sekolah menengah dulu JR setiap hari kayuh basikal ke sekolah yang jauhnya 12 km, maknanya sehari kayuh basikal 24 km. Tak payah pergi gym!
4. Budak zaman sekarang banyak duduk di depan TV dan komputer. Bila lapar pergi dapur ambil makanan dan minuman yang berkalori tinggi. Budak zaman dulu pula jarang lekat di rumah, dari matahari terbit hingga matahari terbenam banyak dipenuhi aktiviti di luar rumah bersama kawan. Kaki tak pernah duduk diam, peluh sentiasa keluar, kalori sentiasa dibakar!
Itu antara punca budak-budak sekarang terlebih berat badan. Agak JR lah, mungkin tak tepat 100%.
Bagi yang membaca entri ini dan kebetulan badan agak sihat, apa yang JR tulis ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau sudah mati. Jangan ambil hati nooooo...
Byk sgt makanan segera maka segeralah membesarnya....
ReplyDeleteHaih, tu la pasal. Makanan berkolestrol di mana-mana. Susah nak kawal. Kalau kawal pun, cuma kawal tak makan malam je la.
ReplyDeletedtg menyokong fakta yg JR utarakan..mmg tepat dan betollah...bebudak sekarang..asyik nak makan kfc mcd.pizza..pastu dok main games..tu pakat dok chubby...bahaya betol
ReplyDeletebkn cam zaman kita dulu...makan nasi je..pastu melasak lari lompat panjat ..aktiff kan main...ehe..
item no.3 mmg sangat betul... pegi sekolah turun naik bas / kereta je...
ReplyDeletetapiii... ada tapi ni... zaman skrg ni klu nak lepas anak jalan kaki atau turun naik bas sendiri pegi sekolah, mmg tak yakin langsung... karang kalau hilang kena culik - haru weh... banyak faktor yg mengubah keadaan...
sama juga mcm makanan... dulu pokok manggis, ciku, jambu keliling rumah... klu lapar sementara tunggu mak masak tengahari - petik je la buah2 tu... sekarang... nak petik apa tepi rumah... hihihi
part no 3 tu setuju bebenor. tapi rasanya sebab mak ayah takde pilihan. sebab malaysia walaupun aman tapi tak selamat utk biarkan anak2 bersendirian. dalam rumah pon bleh kena culik, kat luar apatah lagi.
ReplyDeleteyg no 4 tu pun setuju gak. bukan anak2 je yg camtu. mak ayah pun sama. dalma fridge tu kalau boleh segala stok makanan ada. coklat, air kotak, air bergas, jajan. bila2 rasa nak makan, gi je amik dlm peti sejuk. dah tu cemana.
betul tu budak2 sekarang kurang bergerak...permainan hanya dirumah..budak2 dulu kalau tak menolong mak ayah kat ladang atau bendang...mereka bermain lasak...kat luar rumah..
ReplyDelete