Jika ada orang tanya JR malam tadi makan apa?
Reaksi pertama JR ialah senyum. Reaksi kedua menjawab sambil ketawa kecil, "Tak...malam tadi saya tak makan.."
Sebenarnya bukan malam tadi saja tak makan malam. Sebenarnya dah hampir satu setengah tahun JR tak makan malam, kecuali hari Isnin kerana mulai Syawal tahun ini JR berpuasa setiap Isnin, jadi hari Isnin perlu makan malam...
"Tak makan tak rasa lapar ke?"
"Tak makan tak sakit perut ke?"
"Tak makan tak letih ke?"
Itu soalan wajib sesetengah orang bila tahu JR tak makan malam.
Memang masa mula-mula tak makan malam dulu ada juga rasa lapar. Tapi seperti rasa lapar di bulan puasa, ia cuma di peringkat permulaan. Lama-lama bila dah biasa tak rasa apa-apa lagi. Lagi pun JR cuma tak makan malam bukan bermakna tak makan dan minum waktu malam. Bulan puasa tak makan dan minum boleh tahan, jadi apalah ada sangat jika cuma tak makan tapi masih minum. Cuma yang diminum tu ialah air kosong, kadang-kadang susu rendah lemak.
Mengapa JR tak makan malam?
JR tak makan malam bukan kerana takut badan terlebih chubby. JR bukan selebriti, badan macam mana pun permaisuri dekat rumah tetap panggil JR "abang", anak-anak yang 6 orang tu tetap panggil JR "abah". Cuma bila usia dah semakin meningkat, penjagaan kesihatan perlu lebih diberi perhatian. Takut juga senasib dengan beberapa kawan yang dah kena penyakit 3 serangkai, setengahnya 1 atau 2 serangkai, sesetengahnya memang dah lengkap 3 serangkai: kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Tapi nak jaga kesihatan ni bukan sekadar diet. Exercise kena juga dilakukan secara regular. Bagi JR setiap hari JR joging 6 km sehari (kecuali Jumaat dan Sabtu atau hari hujan lebat)..
Tapi nak jaga kesihatan ni bukan sekadar diet. Exercise kena juga dilakukan secara regular. Bagi JR setiap hari JR joging 6 km sehari (kecuali Jumaat dan Sabtu atau hari hujan lebat)..
Ramai yang berkata mereka tak boleh menahan makan waktu malam, walau mereka tahu waktu malam adalah waktu untuk tidur panjang dan bukan waktu untuk makan banyak.
Ini tips JR untuk melawan rasa lapar. Tips ini pengalaman sendiri dan mungkin tak sesuai untuk semua orang:
~ Jangan berhenti makan malam secara mengejut kerana ia boleh membuat korang diserang kelaparan yang lebih melampau dan rasa tak selesa di tengah malam. Peringkat permulaan makan malam seperti biasa dalam kuantiti kecil. Sebelum makan, minum dulu segelas cawan air putih bagi mempercepatkan rasa kenyang. Makan malam juga perlu diawalkan, sebelum atau sebaik saja lepas solat maghrib. Kemudian kurangkan kuantiti pemakanan dan akhirnya secara beransur-ansur berhenti secara total.
~ Rasa lapar selain dari tindak balas fizikal tubuh, ia juga ada kaitan dengan emosi yang dikawal oleh mental. Maknanya mental kita boleh menguasai rasa lapar dan kenyang. Mengapa bulan puasa biasanya kita tak rasa lapar sedang kita tak makan selama 8 jam tapi waktu malam cuma 4 jam (8 hingga 12 malam) tak boleh menahan rasa lapar? Ia kerana mental kita berkata malam perlu makan, jadi kita kena makan. Jika kita sudah terbiasa tak makan waktu malam, mental kita akan berkata malam bukan waktu makan dan kita lama-lama tak rasa lapar lagi di waktu malam.
~ Kalau rasa lapar datang juga di peringkat tak boleh tahan dan boleh jejaskan kesihatan, pergilah makan dalam kuantiti kecil. JR biasanya akan makan sekeping roti gandum penuh (wholemeal) dan jika lepas sejam masih ada rasa lapar, tambah satu lagi!
~ Banyakkan minum air putih, kerana jika banyak minum, rasa lapar akan hilang dengan sendiri.
~ Sibukkan diri di waktu malam. Di rumah banyak godaan untuk makan dan minum, apa kata jika ada kelapangan berjemaah di surau? Di surau tak ada peti ais yang menyimpan makanan dan minuman kan? Bagi blogger, waktu malam boleh buat entri baru, blog walking dan macam-macam lagi. Yang penting aktiviti malam jangan diselangi dengan mengunyah makanan tinggi kalori.
Selamat mencuba. Seperti JR kata di awal tadi, cara JR mungkin tak sesuai untuk semua orang....
saya kalau tak makan malam pun sebab petang dah pekena makanan berat. tapi waktu tengok tv nak kena makanan sampingan la, contohnya keropok...
ReplyDeleteCikgu kesihatan saya dulu kata, makan keropok sekeping kena lari padang 3 round baru dpt bakar balik kalorinya...
DeleteSy pun jrsng sangat makan selepas maghrib keatas..kecuali bila tak sempat nak minum petang..biasanya kalau tidur awal lps isyak taklah lapar sangat kalau tak makan malam..lgpun sunnah kan tidur awal agar blh pagar awal pg..
ReplyDeleteKalau lapar sangat kena mkn juga, kena gastrik susah pula...
Deletekalau knduri acane ? haaa
ReplyDeletehehe
Kalau kenduri kena la pi mkn jugak...takut nanti kecik hati tuan rumah...
Deletebagus tips ni jr. mind setting tu kena tukar. saya ni selalu je berazam tanak makan malam. tapi tak tahan godaan. lapar pastu makan banyak plak tu. heheh.
ReplyDeleteMasih muda mcm Lyd tak apa mkn mlm 2 kali pun, saya ni dah masuk usia asar kena banyak pantang, hehehehe...
Deletesaya suka sangat tips dalam blog ni, sangat best dan mudah
ReplyDeleteBila lapar elak kan dari fikir pasal makan. Cuba pergi buat bende2 yang melekakan macam main facebook ke, games ke. baru la diet terpelihara. Boleh baca pasal taktik ni kat Sado Street
ReplyDelete