»

23 November 2013

Johor: Seronok Sangat Ke Cuti Jumaat?


Pasti ramai orang yang dah tau kan, mulai 1 Januari 2014, Johor akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Tidak lagi cuti Sabtu dan Ahad seperti sekarang. 

JR pun dulu masa sekolah rendah dan menengah di Penang lebih suka cuti hari Ahad, maklumlah banyak siri TV yang best-best ada pada hari Ahad.  Kemudian bila kerja JR pernah kerja di KL, Penang, Perlis dan Perak. Jadi sejak kecil tak ada pengalaman cuti hari Jumaat.

Sekarang bila umur dah masuk usia asar baru berpeluang tinggal di Kedah - negeri yang  bercuti pada hari Jumaat. 

Tapi cuti hari Jumaat di Johor (di Kedah juga) adalah untuk sektor Kerajaan saja. Sektor swasta (termasuk bank) kebanyakannya masih bercuti hari Sabtu dan Ahad.

Apa yang best nya cuti hari Jumaat?

~ Banyak masa untuk ke masjid tunaikan solat Jumaat. Masalah terlewat ke masjid dan terponteng solat Jumaat tak timbul.
~ Lepas solat Jumaat tak perlu tergesa-gesa rushing untuk balik ke tempat kerja, hingga nak berdoa dan zikir bersama imam pun tak sempat...
~ Hari Jumaat boleh bawa anak-anak lelaki mengenali masjid. Kalau Jumaat hari kerja, tak sempat balik rumah untuk bawa anak ke masjid.
~ Malam Jumaat boleh ke masjid/surau dengan tenang, tak perlu risau dengan kerja ofis yang perlu disiapkan esok.
~ Malam Jumaat boleh bersama pasangan dengan tenang tanpa tension kerana esok tak kerja....
~ Pagi Jumaat - penghulu segala hari - boleh luangkan lebih masa atas sejadah berdoa dan berzikir kepadaNya.
~ Kalau ada urusan dengan bank, ia boleh dilakukan pada hari Jumaat kerana bank beroperasi pada hari itu. Jadi tak payah tergopoh-gapah curi masa kerja untuk bereskan urusan di bank.
~ Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta dan hari Ahad bercuti, jika ada urusan di pejabat kerajaan (seperti nak bayar cukai pintu dan cukai tanah) ia boleh dilakukan pada hari Ahad kerana pejabat kerajaan bekerja pada hari Ahad.

Ah...sebenarnya banyak lagilah kebaikan cuti pada hari Jumaat ni, kalau JR nak tulis one by one takut pula korang boring membacanya....

Keburukan cuti hari Jumaat? Kalau nak cari keburukan sesuatu perkara tentu akan jumpa. Mungkin keburukan yang sengaja diperbesar-besarkan.....

13 comments:

  1. Cuti hari jumaat dapat mendekatkan diri dgn masjid kan.
    Saya baru perasan header baru ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumaat penghulu hari utk org Islam. Ahad penghulu hari utk org Kristian. Sabtu penghulu hari utk org Yahudi. Kita boleh pilih nak jadikan yg mana satu penghulu hari bagi negara kita....

      Delete
  2. seeloknya tuk muslim jumaatlah bercuti..tgk kaum yahudi dl disuruh berehat hari sabtu namun tamak n ingkar sampai kena uji ade yg disumpah jadi monyet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti hari Jumaat sejak dulu, tak bawa kesan buruk apa pun...Johor dan Perlis juga dulu cuti Jumaat, kemudian ditukar kpd Ahad...

      Delete
  3. Kalau Jumaat itu hari bekerja, bagi IM mudah untuk pi sembahyang Jumaat. Guna bas kompeni. Hari Ahad cuti umum kita ada banyak masa untuk selesaikan urusan peribadi tanpa perlu terkocoh-kocoh bila tengahari kena luangkan masa 2-3 jam mencari masjid untuk berJumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua majikan sediakan bas utk staffnya. Pengalaman saya yg selalu terkocoh2 pd hari Jumaat utk ke masjid kerana Jumaat bekerja menyebabkan saya lebih prefer cuti hari Jumaat, tak tension utk ke masjid...

      Delete
  4. dulu2, zaman saya sekolah rendah di johor memang cuti jumaat. zaman muhyiddin rasanya cuti mingguan ke ahad. alhamdulillah..terima kasih kepada keprihatinan Sultan Johor. saya ni yg gigit jari. dari kedah bertukar pula ke perak..dah ternampak2 pula kepayahan anak2 p masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah best nya cuti Jumaat, tak perlu kalut2 utk ke masjid, boleh ambik masa sendiri....

      Delete
  5. kat tganu memang cuti jumaat sabtu...

    ReplyDelete
  6. Saya asal johor, zaman sekolah memang merasa bercuti hari jumaat sabtu. Yang bestnya hari jumaat, lepas solat ambik kesempatan merayau. Pukul 3:30 baru sampai rumah!

    ReplyDelete
  7. tapi negeri yang cuti nya hujung minggu nya sabtu dan ahad tak kekeok ke bila ke negeri2 yang cutinya jumaat...dapat hari cuti kalu gitu...

    ReplyDelete
  8. bekerja pada hari jumaat pun satu bentuk ibadah,,,

    ReplyDelete
  9. nak merayau hari sabtu pun boleh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....