»

23 November 2013

Bilal Bangsat!!


JR tak boleh tahan gelak berdekah membaca tulisan wartawan itu. Memang kadang-kadang perbezaan  bahasa dan dailek boleh mengundang kekeliruan. Silap-silap bertumbuk (bagi lelaki) atau bertarik rambut (bagi wanita) pun boleh berlaku kerana kekeliruan itu.

Antara kekeliruan penggunaan bahasa mengikut wartawan itu ialah:

1. Mengikut dailek Perak Tengah (Kuala Kangsar) "awak" bermakna "saya". Jadi jangan kecil hati bila ingat ada orang Perak yang marahkan kita, kerana sebenarnya dia sedang marahkan dirinya sendiri..

2. Mengikut dailek Kuala Kangsar "lampu ade idak, ade idak" ialah "lampu liplap" (lampu berkelip-kelip yang selalu kita pasang masa Raya).

3. Bagi orang Pantai Timur "kopek" bermakna buah dada, di Utara pula "kopek" bermakna dompet wang. Jadi orang Utara kalau pergi Kelantan jangan dok minta wanita pasar Khatijah tunjuk kopek (tunjuk dompet yang dijualnya) nanti penampar singgah ke muka kerana wanita itu menyangka minta dia tunjukkan buah dadanya!

4. Bagi orang Utara "teriak" (atau tereyak) bermakna menangis, sedangkan di tempat lain "teriak" bermakna menjerit.

5. Dalam satu majlis kenduri di Kedah, seorang tetamu dari KL yang sudah sekian lama teringin nak makan acar limau orang Utara, sampai sahaja terus bertanya kepada tuan rumah, 'ayaq acaq ada?".

Tentulah tuan rumah tercengang dengan soalan itu kerana di Utara 'ayaq acaq' bermakna air kumbahan. Acar pula di Utara dipanggil 'acat'.
Sepatutnya tetamu dari KL itu bertanya kepada tuan rumah "Acat ada??"

6. Apabila sampai di tempat orang, jangan memandai-mandai buat kesimpulan sendiri mengenai istilah atau dialek di tempat baru itu. Contohnya orang Utara jangan ubah semua perkataan di KL dari "a" kepada "er". Memang orang KL/tengah Semenenjung sebut "saya" sebagai "sayer", "gila" sebagai "giler", "gembira" sebagai "gembirer". Tapi jangan sampai kerana terlalu nak cakap seperti orang KL, ada orang Utara yang baru tiba di KL mengajak kawannya pergi main "boler" kat Koter Damansarer" (main bola kat Kota Damansara). Itu dah lebih!!

7.  Ada satu kisah benar yang berlaku di sebuah surau di Kedah. Setelah beberapa minit masuk waktu, pak bilal atau muazzin tidak juga muncul, yang ada hanya imam dengan seorang musafir dari Tengah Semenanjung. Lalu imam pun minta tolong kepada si musafir untuk azan dengan kata-kata "minta tolong bang sat..." (maknanya "minta tolong azan sekejap")

Merah padam muka si musafir, "saya tahu saya orang luar tapi janganlah panggil saya bangsat!"

Nak baca selanjutnya tulisan wartawan itu baca di sini....

Lucu juga kan bila bahasa yang sama mempunyai maksud yang berbeza di lokasi yang berbeza. Seperti juga JR yang masa mula-mula berkenalan dengan bahasa Indonesia, kadang-kadang lucu dengan bahasa itu. Bila mereka sebut "butuh" masa mula ingatkan mencarut, rupanya "butuh" maksudnya keperluan. Begitu juga bila disebut "speda", masa mula ingat seluar spender (seluar dalam), rupanya speda bermakna basikal....

8 comments:

  1. hahahaha..

    kami org Johor pulak merujuk KOPEK tu sebagai membuka/membelah...contohnya: tolong kopek buah kelapa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Utara kelapa dipanggil 'nyoq'...

      Delete
  2. Saya ada kawan dari Alor Star, dia selalu cakap segan hendak mandi. Saya terpinga2, nak mandi pun segan. Rupanya segan tu malas bukan malu.

    ReplyDelete
  3. Hahaha..memang klakar perbezaan bahasa nie..memang kena berhati2..
    kalau kat sini dorang guna bhs urdu..kalau bhabi (sebut babi) maknanyer kakak ipar..kalau bubu maknanya kakak..tapi sebut mcm tuh depan orang2 kita takker malu panggil babi?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kakak ipar babi, agaknya abang ipar pula labi2???

      Delete
  4. hihihih.. suka entry ini.. ada org dok tiru bahasa utara... silap sebut sendiri yg merana.. hahah...

    saya dok selangor dah hampir 14 tahun... tapi bahasa gerik n utara tetap dok pakai...

    mmg kalau nak g negeri org atau daerah orang..baik cakap bahasa buku...semua dok faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dailek org Gerik dan Keroh (Pengkalan Hulu) tu kalau tak silap lebih mirip dailek Utara berbanding dailek Perak...

      Delete
  5. hahahahaha....kalau gi lain tempat macam2 salah faham berlaku...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....