»

21 October 2013

Wajah Comel Yang Menakutkan


Kelmarin ketika hadir satu majlis kahwin rakan kepada isteri JR, mata JR tertarik kepada wajah seorang budak lelaki comel berusia dalam lingkungan 9-10 tahun yang makan di meja sebelah JR dan isteri makan.

Budak lelaki itu sebenarnya bukan comel sebarang comel, tapi comel yang amat comel!!

Kulitnya putih melepak. Pipinya sangat tembam. Lengannya kelihatan begitu besar, lebih 3 kali ganda agaknya lebih besar dari lengan JR yang tak pernah ke gym untuk angkat berat ini. Dan perutnya mengingatkan JR kepada perut isteri yang sedang menghampiri usia 9 bulan mengandung 13 tahun lalu.

JR perhatikan di dalam pinggan budak lelaki itu terdapat 3 ketul ayam, daging dan nasi yang menimbun atas pinggan. Isteri di sebelah JR tersengih melihat cara budak itu makan yang kelihatan agak lahap.

Lepas selesai makan nasi yang menimbun tersebut, budak comel itu pergi ambil bubur pula.

"Dah la tu Boy, sikit-sikit makan dah la!!" jerit ibunya di sebelah "Nanti gula terlebih doktor marah pula macam dulu.  Mama lagi yang kena..."

Ooooo...rupanya budak comel itu ada penyakit kencing manis, patutlah badannya comel semacam. Rupanya budak lelaki itu dalam pengawasan doktor kerana penyakit kencing manisnya itu.

Tapi budak lelaki comel itu bukan satu-satunya budak terlebih comel di Malaysia. Ramai budak-budak sekarang yang JR perhatikan comel montel seperti budak lelaki yang JR terjumpa di tempat kenduri itu. 

Nampaknya ia dah jadi macam tren pula sekarang ini, ramai budak gemuk di sekolah rendah, menengah dan IPT. Di zaman JR sekolah dulu jarang-jarang jumpa budak gemuk dalam kelas mau pun di sekolah. Mungkin masa itu kebanyakan ibu bapa cuma berpendapatan sederhana dan tak mampu nak sumbat macam-macam makanan ke dalam perut anak-anak mereka. Kedai makan juga dulu-dulu tak banyak bercambah seperti sekarang. Di zaman itu juga budak-budak banyak menghabiskan aktiviti di luar rumah, bermain di depan rumah atau di padang atau menolong ibu bapa buat kerja rumah. Zaman itu belum ada game, laptop dan henset seperti sekarang yang menyebabkan punggung kanak-kanak melekat di kerusi.

Dua tiga bulan lepas, JR masih ingat Menteri Kesiahatan ada berkata Malaysia adalah negara orang paling gemuk di Asia Tenggara. Malaysia juga adalah negara yang mempunyai pengidap daibetes tertinggi di Asia Tenggara berdasarkan jumlah penduduk. Di Kalangan negara Asia pula Malaysia adalah negara keenam yang mempunyai penduduk paling gemuk di Asia

JR tak boleh bayangkan apa akan jadi 20 tahun lagi jika tren seperti sekarang berterusan. Mungkin ketika itu orang gemuk akan menjadi majoriti penduduk Malaysia. Hospital ketika itu mungkin penuh dengan pesakit daibetes, darah tinggi dan sakit jantung. Semuanya gara-gara terlebih makan dan malas bersenam...

7 comments:

  1. Anak2 kakcik pun jenis 'bulat' waktu kecil. Syukurlah bila meningkat remaja mereka ambil berat tentang tubuh badan mereka. :)

    ReplyDelete
  2. kanak2 yg chubby mmg comel...tp ketika usia sblm masuk sekolah...jika darjah 1,2...masih tembam..dah hilang kecomelannya...

    ReplyDelete
  3. Sy pernah jumpa budak umur 10bulan beratnya 20kilo...bygkan..maknya dokong lak tuh lg bwk pegi klinik..haru betul kalu sy tak larat..kdg diabetic blh terjd dr ms ngandung lg..sbb tuh baby lahir dahbesar....bkn salah anak2 sbnrnya..

    ReplyDelete
  4. Geram tengok budak-budak yang comel ni, pipi tembam macam nak cubit-cubit ja..

    ReplyDelete
  5. mungkin sebab faktor ubat2an yang diberikan seawal bayi kot. Atau pon supplement yg mama dia makan masa pregnant atau faktor pemakanan mak dia masa pregnant. Tapi kesian gak kalo dia sendiri tak dpt control nafsu makan dia.

    ReplyDelete
  6. sian nyer..kecik2 dah ada penyakit hinggap...

    zama sekarang ni budak2 tak banyak bergerak..asik makan je...tu pasal lah comel semacam je

    ReplyDelete
  7. Semuanya faktor pemakanan...biasanya dgr org tua je yg kena kencing manis,budak 9 thnpun dh kena,sama la mcm sepupu sy,perempuan,tembam sikit je,ms umur 10 thn kena kencing manis sbb setiap hari dia mesti makan keropok durian sampai dua bungkus n jd ketagih....memang menakutkan....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....