»

21 October 2013

Cantiknya Bila Rihanna Berhijab!!


Rihanna....siapa tak kenal Rihanna? Siapa yang tak kenal dengan penyanyi yang suka berpakaian seksi yang terkenal dengan lagu Umbrella, We Found Love dan Diamonds tu?

Rihanna sekarang dalam siri jelajah dunia. Sebelum ini dia berada di Afrika Selatan, mulai Sabtu lepas pula dia berada di Abu Dhabi untuk beberapa hari dan selepas ini ke Israel pula. 

Berbeza dengan imej seksinya sebelum ini, penyanyi popular itu hadir ke Masjid Jamek Sheikh Zayed, Abu Dhabi pada Sabtu lepas untuk sesi penggambaran busana Muslim dengan bertudung litup. Dia tampil dalam sesi penggambaran itu dengan tema hitam dari hujung kaki hingga hujung rambut. Rihanna berbuat demikian sebagai menghormati kod etika pakaian Abu Dhabi di mana kebanyakan wanitanya bertudung.

Bintang pop itu mengulangi sesi berpakaian hijab yang sama pada hari Ahad apabila membuat persembahan di Abu Dhabi's du Arena.




Esok (Selasa) Rihanna akan ke Tel Aviv, Israel untuk persembahan konsert diikuti ke Republik Dominican pada hari Sabtu.

Korang ingat bila tiba di Israel bagaimana pula dengan pakaian Rihanna? Masih bertudung? Atau dia akan kembali dengan imej seksinya kerana imej bertudung di Abu Dhabi cuma untuk cari makan?

Tiba-tiba JR teringat kepada beberapa orang artis wanita kita yang pernah pergi umrah. Di sana mereka bergambar begitu sopan, bertudung litup. Ia seperti isteri Perdana Menteri kita juga semasa pergi ke Mekah ambil haji dulu kelihatan begitu manis dengan imej bertudungnya.

Tapi bila pulang semula ke Malaysia tudung yang mereka pakai entah dah lesap ke mana...agaknya disimpan dalam tudung saji??

Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.....

(Sumber foto: gossipcop)

5 comments:

  1. aurat terjaga,maruah terpelihara...bg yg dah kawen,aurat isteri adalah maruah suami...

    ReplyDelete
  2. laaaa....ingat dia masuk islam....rupa nyer untuk menyanyi je

    ReplyDelete
  3. Semoga dibukakan hati beliau..

    ReplyDelete
  4. Cuma untuk memenihi syarat yang ditetapkan. Moga terbuka pintu hati.

    ReplyDelete
  5. Walau berjilbab,rihanna tetap nmpk seksi..hehe..

    Sekurang2nya mereka itu tahu menghormati tanah suci..moga diberi hidayah olehNYA....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....