»

25 October 2013

Tolong....Mesin Basuh Sakit!!


Susah betul bila mesin basuh tak berfungsi! Pada hal zaman budak-budak dulu mak JR basuh pakaian 9 anaknya pakai tangan saja. Masa JR student dulu dan tinggal di asrama juga selalu basuh tangan kerana malas nak hantar ke perkhidmatan dobi yang disediakan di asrama.

Tapi sekarang bila dah berpuluh tahun bermanja dengan mesin basuh, bila mesin buat hal sejak dua hari lepas, memang sakit kepala jugalah. Apa lagi untuk keluarga besar seperti JR, pakaian untuk basuh sentiasa menimbun di hujung minggu.

Masalah mesin basuh di rumah JR ialah ia akan berfungsi untuk kira-kira 20-30 minit saja. Tapi bila tiba masa untuk spin, mesin basuh itu berhenti dan mengeluarkan signal F9.

Masalahnya JR tak faham apa itu F9? Buku panduan mesin basuh yang dibeli kira-kira 4 tahun itu pun entah dah hilang di mana.

Jika ada sesiapa yang mempunyai pengalaman mengenainya, tolonglah beritahu. Kalau dah tak ada jawapannya, mungkin kena panggil juruteknik aje lah. Berdasarkan maklumat dalam internet, kos pembaikan untuk maslah sebegini antara RM85 hingga RM300...

Ini maklumat mengenai mesin basuh JR:

Mesin basuh: Hitachi full automatic 12 Kg
Model: SF-120GJ

Terima kasih pada korang yang sudi membantu...

8 comments:

  1. begitulah bila menjadi senang,kita menjadi semakin malas...termasuk saya..tak sanggup basuh baju guna tgn...tak sanggup guna mesin basuh manual..malas nak tunggu air penuh,buang air dan segala bagai hehe..

    saya abru tukar sblm raya haji baru ni..haha lbh kurang mcm tu jugak masalahnya...mcm mesin tu tak larat nak spin...asyik beppp bepp bepp ja bunyinya..saya maik penukul..ketuk bagai nak rak..last2 langsung tak berfungsi..haha dapatlah mesin basuh yg baru...

    ReplyDelete
  2. F9 .. kalau SPM kuar result cam tu..kena ligan dgn bapak cikda tu..hhehe
    rasanya ada masalah fius tu. fius tpt nak masuk air lepas air dikeringkan pada basuhan pertama.
    cadangan cikda panggil jela technican yg berkelayakan. kalau tidak lagi jahanam nanti.

    ReplyDelete
  3. Mak aih, besarnya mesin basuh. doblas kilo. Mesin basuh saya kecik je. 6.5kg je. Kekeke. JR dah gugel ke? Rasanya elok beli baru je la. Hitachi sendiri pun tak dpt solve problem tu rasanya.

    ReplyDelete
  4. 12 kg..besaq nya..sy gn 7kg je... jenama lain... laa saya pon xtau nak tolong camana..harap bersabar n minta yg ariff betolkan sambil tuu..hjg minggu...buat gotong royong basuh baju...eratkan ikatan anak beranak..hihi...semoga berjaya

    ReplyDelete
  5. kite guna yang manual..jadi memang tak dapat nak menolong..huhuuhu

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan, masalah F9 tu macammana boleh selesaikan

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan, masalah F9 tu macammana boleh selesaikan

    ReplyDelete

  8. Masalah error code F9 ketika proses spin start.Masalah berpunca dari revolution sensor atau clutch gear loose/stuck.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....