»

25 October 2013

Bajet 2014, Oh Bajet 2014.....


Malam ni dan esok pasti berita di TV dan akhbar penuh dengan cerita pasal bajet 2014. Pasti semua yang baik-baik belaka yang dicerita. Yang tak baik tak payah cerita nanti ramai yang sakit hati pula.

Banyak juga yang baiknya dengan bajet 2014 ni. Rasanya tak payahlah JR nak copy & paste cerita tentang peruntukan tambahan nak buat projek pembangunan dalam bajet 2014. Itu dah memang tanggung jawab kerajaan kan. 

Ini antara berita baik tentang bajet 2014 tu:

~ BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dinaikkan dari RM500 kepada RM650.
~ BR1M untuk individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dinaikkan dari RM250 ke RM300
~ Isi rumah berpendapatan RM3,000 - RM4,000 sebulan layak mendapat BR1M sebanyak RM450
~ Kakitangan kerajaan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, pesara pula mendapat bonus RM250.
~ Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan bantuan baucer buku RM250 kepada pelajar IPTA diteruskan.

Itu antara yang baik dalam bajet 2014. Terima kasih kepada kerajaan. Yang baik kena puji juga, nanti dikata tak mengenang budi...

Tapi berita tak baik dalam bajet 2014 pun ada. Antaranya:

~ Harga gula akan naik 43 sen mulai esok. Lepas ni siaplah, harga teh tarik, teh ais, milo ais dan minuman lain, kuih dan pelbagai lagi makanan akan naik harga..Untuk mereka yang berdiet baguslah, dapat kurangkan lagi gula dalam darah..
~ Kerajaan akan perkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus. Dr Mahathir yang menjadi pengkritik utama GST tentu kecewa dengan berita ini. Kepada rakyat dengan pengenalan cukai GST lepas ni banyaklah lagi barang naik harga....

Kepada yang mungkin marah jika ada barang yang akan naik harga lepas ni, bersyukurlah kerana hujan masih turun. Hujan tak akan naik sampai bila-bila, ihik....

9 comments:

  1. Saya sokong banyak2 harga gula naik utk kurangkan penyakit kencing manis rakyat Malaysia.

    Demi kepentingan rakyat saya cadangkan kerajaan juga perlu naikkan banyak lagi harga barang lepas ini:

    1- Naikkan harga motor dan kereta untuk kurangkan kemalangan
    2- Naikkan harga minyak masak untuk kurangkan kolestrol dan sakit jantung
    3- Naikkan bil telefon untuk kurangkan barah otak
    4- Naikkan harga ASTRO dan internet untuk kurangkan kes sakit mata.
    5- Naikkan harga bil eletrik untuk kurangkan kes kematian akibat renjatan letrik
    6- Naikkan harga bil air untuk kurangkan kes mati lemas di kolam renang.

    ReplyDelete
  2. Hehe..sengih baca komen en.anon. di atas..ada yg tersurat tu..

    ReplyDelete
  3. en anom komen kat atas tu bernas juga..hiih..

    hahah..mmg kalau hujan naikkk..terbalik lah dunia..hujan turun punyer...

    malas sungguh nak baca pasal bajet nih...asal bajed ada je naiknya....

    ReplyDelete
  4. hehe..mcm2 respon pasal bajet ni

    ReplyDelete
  5. Kat rumah saya kecoh pasal bonus.

    ReplyDelete
  6. Assalam...banyak jugak kebaikkannya budget sekali ni...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. hmmm...pi sekolah lagi la,amik rm100 hehe..2 anak,rm200...

    ReplyDelete
  8. Nanti lepas nie banyaklah harga makanan dinaikkkan..pun begitu kerana cara hidup orng2 kita suka makan diluar..harga naik pun orang tetap beli..

    ReplyDelete
  9. kite tak dapat apa2 faedah pun...
    tetap di takuk yang sama..kena keje jugak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....