Istilah perubatan kata mereka 'sakit jiwa'. Tapi kita orang-orang biasa pula kata mereka 'gila'.
Orang gila atau sakit jiwa ini ada di mana-mana. Lebih mudah mengenali orang gila yang dari penampilannya memang dah nampak gila - berpakaian compang camping, rambut kusut masai dan bercakap sorang-sorang.
Yang bahayanya ialah orang yang nampak macam air sungai yang tenang. Dalam tenang-tenang tu tiba-tiba dia macam buaya "ngapppp..." lalu ada yang terluka atau lebih malang jadi mayat.
10 hari lepas JR ada baca kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata masalah kesihatan mental di kalangan penduduk Malaysia
semakin meningkat sejak 10 tahun lepas. Katanya antara faktor utama
yang dikesan menjadi punca seseorang individu sakit mental adalah masalah kewangan, masalah keluarga dan penagihan
dadah.
Semalam Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh
seorang pengawal keselamatan. Insiden itu telah dimuat naik di laman YouTube. Lelaki itu kelihatan melakukan jenayah dengan selamba, tembak pegawai bank dan kemudian mengaut duit yang dirompak.
Hari ini pula seorang lelaki yang mungkin juga ada masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi
berasingan sekitar Taman Melati dan Gombak.
Mula-mula suspek yang bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok pergi hantar rokok ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak. Tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau rambo dan menikam wanita pemilik kedai dan pembantunya.
Suspek lepas itu menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudian menikam hingga mati seorang lelaki di Jalan Persiaran Pertahanan. Lepas itu suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan menikam mati seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman Wangsa Maju.
Mengikut seorang saksi kejadian, suspek kelihatan menjerit-jerit dan melaung takbir berkata dia dapat utusan dari Nabi Muhamad untuk membunuh mereka.

Isunya mengapa ramai sangat orang gila di Malaysia ini? Kes tembak orang berlaku hampir setiap minggu. Senang saja bunuh orang sekarang ni, macam bunuh nyamuk saja...
Hari ini kita baca dalam akhbar orang gila mengamuk dan orang lain menjadi mangsanya.
Esok lusa mungkin orang lain pula baca tentang orang gila mengamuk dan kita atau saudara kita yang menjadi mangsa....semoga dijauhkan Allah..
Kan, orang lain yang gila, orang yang tak bersalah pula yg jadi mangsa.
ReplyDeleteorg yg bermasalah dgn mentalnya tp takmenunjukkan tanda2..itu yg bahaya..mula2 murung...tp tak mau mendapatkan rawatan...malu nak mengaku...
ReplyDelete"Mental disebabkan masalah kewangan kata menteri terbabit" Itu memang betul..harga barang semua naik, cukai pun nak dinaikkan tapi gaji tak naik-naik! macam mana rakyat tak stress..itu yg boleh sampai jadi gila..
ReplyDeletetulah....kesian orang yang tak berdosa jadi mangsa....
ReplyDeletegeram betol lah