»

10 October 2013

Tips Elak Terlanggar Anak Waktu Undur Kereta


Tragedi seperti ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia. Di Malaysia agaknya dah berpuluh kali tragedi sebegini berlaku dan jika di dunia entah kali yang ke berapa ribu agaknya.

Ia bermula apabila enjin kereta dihidupkan. Kemudian tangan kita menggerakkan gear undur. Lepas itu telinga kita tertangkap bunyi satu dentuman diikuti oleh tangisan kuat. Bila keluar dari kereta tangisan sudah berhenti. Yang kelihatan cuma tompokan darah di bawah kereta dan si-comel yang sudah tidak bernyawa lagi.

Tak dapat dinafikan setiap yang berlaku adalah takdir Illahi tapi rasa bersalah itu pasti akan dibawa seumur hidup bagi sesiapa yang mengalaminya.

JR sendiri hampir-hampir melanggar anak sendiri ketika anak sulung berusia setahun lebih. Ketika JR masuk dalam kereta anak sedang leka bermain dengan permainannya di dalam rumah. Tidak menyangka langsung ketika JR menghidupkan enjin kereta dia menyusup keluar rumah.

Ketika sedang mengundur kereta tiba-tiba terlihat di cermin sisi kereta kelibat suatu lembaga kecil melintas diikuti bunyi kereta menyentuh sesuatu - pummmm!

Ketika itu darah sudah menyirap di muka JR. Anakkku!!!

Ketika keluar dari kereta dalam keadaan lutut separuh lemah kerana terkejut,  terlihat anak JR terkekeh-kekeh ketawa sambil memegang lampu belakang kereta. Rupanya bunyi sentuhan tadi bukan kerana terlanggarnya tapi dia menepuk belakang kereta ketika kereta sedang berundur.

Alhamdulillah Tuhan masih sayangkan keluarga kami. Mujur juga ternampak kelibat anak ketika dia sedang bergerak ke belakang kereta. Jika tidak....

JR tumpang sedih dengan tragedi yang menimpa pasangan Mohd Fitri Ngah 40 tahun dan Faziah Yusuf 35 tahun, di Kg Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam. Dalam kejadian itu, Faziah secara tak sengaja telah terlanggar bayi lelakinya berusia 10 bulan ketika si-ibu sedang mengundur kereta Proton Exora mereka. Akibat perlanggaran itu, anak bongsu lelaki mereka telah tersepit di bawah kereta itu dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 


Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan
Mohd Fitri mencium mayat bayinya dalam tragedi yang berlaku di Kuala Terengganu semalam

Sebenarnya kejadian malang seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Malang tak berbau, tapi kita masih ada peluang mencuba mengelakkannya dari berlaku.

Antara tips mengelakkan terlanggar anak waktu undur kereta ialah:

~ Sebelum keluar rumah pastikan semua anak kecil berada  dalam rumah. Jika ada yang terkurang, sila pastikan mereka tidak bermain di luar rumah.

~ Sebelum keluar rumah untuk hidupkan enjin kereta, pastikan semua pintu rumah tertutup. Ia bagi mengelakkan ada anak yang menyelinap keluar ketika kita mengundur kereta.

~ Sebelum undur kereta periksa dahulu bahagian belakang kereta bagi memastikan tiada sesiapa di belakang.

~ Ketika mengundur kereta, mata sentiasa memandang ke kedua-dua belah cermin sisi. Semoga jika ada seseorang di belakang, kita akan mudah melihatnya.

~ Undurlah kereta perlahan-lahan dan jangan tergopoh gapah walaupun ketika itu sedang mengejar masa.

~ Sebelum hidupkan enjin, pastikan car reverse sensor berfungsi dengan baik. Kadang-kadang reverse sensor tidak berfungsi dengan baik jika dimasuki air di musim hujan.

Apa pun, takziah kepada keluarga Mohd Fitri dan Faziah atas kehilangan anak bongsu mereka. Semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah..

12 comments:

  1. mak atau ayah atau kakak memainkan peranan jugak tuk monitor anak2 kecik ms nak gerakkan keta..yg penting tutup grill rumahlah ms nak kuar tuh

    ReplyDelete
  2. nak tambah satu lagi tips, boleh?

    masa nak reverse kereta, sila pastikan tingkap diturunkan. just in case ada jiran atau sesiapa yang ternampak ada benda atau anak atau kucing di belakang atau bawah kereta kita, dan mereka jerit beritahu, kita boleh dengar dan dengan izinNya kita boleh elakkan jika sempat.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sedih dengan berita ini.al fatiha moga mereka akan bahagian di sana.

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Memang ngeri kalau difikirkan..sy ni sampai sekarang trauma bila tgk kereta mengundur sbb pernah kereta yg mengundur laju menghentam kereta yg sy pandu,driver tu siap kata sy yg salah sbb sy di belakang,nasib baik sy nmpk cctv ada di tmpt kejadian...hal mcm ni pun dh trauma,apalagi kalau terlanggar keluarga sendiri...nauzubillah.....

    ReplyDelete
  7. Kena lebih alert dan peka dengan keadaaan di sekeliling. Rasanya tidak rugi jugak kalau laburkan sedikit duit untuk pasang kamera reverse. Boleh nampak keadaan di belakang semasa sedang undur

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar..semoga kita sama2 lebih berhati2, peringatan utk saya yg sentiasa bawa anak ke sini sana

    moga Allah lindungi..

    ReplyDelete
  9. salam...sedih tak terkata hati ibu bapa...al fatihah

    ReplyDelete
  10. al fatihah....mesti sedih kan kehilangan anak kecik..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....