Pagi tadi ketika berjoging di Taman Rimba, Alor Setar, JR berselisih dengan seorang lelaki pertengahan umur. Lelaki yang berbadan agak gempal itu merenung JR agak lama. Bibirnya seakan seperti tersenyum. JR mengangkat tangan kepadanya, dia kemudian membalasnya.
Seingat JR, lelaki agak gempal itu tak pernah ditemui berjoging di sini sebelum ini. Bagi joggers tegar yang sering ditemui, kami selalunya memberi salam (bagi yang Islam) atau paling kurang pun mengangkat tangan sebagai tanda persahabatan.
Ketika masuk pusingan ketiga, tersua lagi lelaki yang sama. Seperti sebelumnya JR mengangkat tangan kepadanya dan dia membalasnya.
Seperti pusingan sebelumnya, dia merenung JR agak lama. Mulutnya seperti ingin berkata sesuatu. Tapi akhirnya kami berselisih tanpa kata.
Cuma tiba-tiba JR teringat sesuatu. Di mana aku pernah melihat lelaki itu? Ya lah, seperti pernah melihatnya, tapi tak ingat di mana.
Ketika memasuki pusingan terakhir, tiba-tiba tersua dia lagi.
"J ke???" tiba-tiba tegurnya.
Jadi benarlah dia mengenali aku! Patutlah sejak tadi tersenyum. Tapi siapa dia?
JR merenung tajam wajah lelaki itu. Tapi masih tak ingat siapa dia.
"Ya saya J..." kata JR sambil masih cuba mengingati siapa dia.
"Hang dah tak kenai aku nooo...sampai hati!!" katanya seperti merajuk.
Tapi selepas dia memberi beberapa clue, barulah JR ingat siapa dia: H!
Namanya H. Dulu kami bekerja di bangunan yang sama di Pusat Bandar Damansara. Walaupun berlainan jabatan, tapi kami selalu terjumpa, selalunya di tempat letak kereta, dalam lif atau di kedai makan di tingkat bawah. Dia bukanlah close friend pada mulanya, tapi kerana selalu berjumpa dan kadang-kadang makan semeja, lama-lama rapat jugalah.
Cuma selepas lebih 10 tahun tak jumpa, H yang JR kenali dulu sudah kelihatan berbeza. Rambut sudah diselangi warna putih dan yang lebih kejam fizikalnya 100% berubah. Dulu badannya slim macam papan sekeping, tapi kini alamak....dah masuk kategori heavyweight!
Katanya sekarang dia bekerja di suatu agensi kerajaan Persekutuan di Anak Bukit. Tiap-tiap hari Jumaat dan Sabtu dia ke Taman Rimba. Banyak kali juga katanya dia terlihat JR, tapi JR dengan "wajah sombong buat-buat tak nampak" dia. "Maklumlah aku la ni dah gemuk, patut la pun hang buat-buat tak kenai" katanya macam merajuk.
"Bukan aku buat-buat tak kenai, tapi seriously aku sikit pun tak perasan pun hang, betoii!!" jelas JR.
Dia tanya JR bagaimana badan masih mentain macam dulu? Rasa badan macam terbang di angkasa bila orang puji begitu...
JR cuma gelak kecik. Nak kata mentain macam dulu tak juga. Kadang-kadang badan kita pun ada pasang surut. Kadang-kadang turun sampai 60 kg, kadang-kadang naik sampai dekat-dekat 70 kg. Biasalah delima orang separuh umur!
Tapi apa yang penting aktiviti joging perlu diteruskan. Kalau rasa lemak dah mula nak berkumpul di perut dan paha, kenalah joging keras sikit. Makan pun perlu ikut sunah Nabi, "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang"...
Sebenarnya bukan semua orang suka joging. Tapi bila ia dah jadi aktiviti harian terasa sangat sayang untuk meninggalkannya, walau sehari. Kalau sehari tak joging rasa macam sehari tak mandi...rimas!
Bila hari-hari joging ia dah jadi macam ketagih pula. Kalau setakat hujan renyai-renyai masih terus digagahi juga sampai selesai 6 km. Kalau hujan lebat memang surrenderlah, nanti bila demam mak isteri marah pula!
Ketagih joging ni kadang-kadang sampai ke peringkat melampau juga. Misalnya ketiga bulan puasa apabila ada pegawai perubatan yang menasihatkan tidak perlu buat aktiviti fizikal yang keras takut kehilangan air dalam badan, tapi kerana ketagih tetap turun ke padang juga.
Kawan JR cuma mendengar saja celoteh JR mengenai joging.
"Aku seminggu dua kali saja mai sini. Itu pun cuma berjalan pelan-pelan cara orang tua-tua. Maklumlah nak bawa badan besar ni berlari laju mana la larat. Lain la hang, potong orang tak tengok kiri kanan...' rintih H.
Kesian juga dengan kawan JR tu. Dulu badan bukan main slim, sihat dan tak ada sebarang penyakit. Sekarang katanya gula sudah memasuki sistem darahnya....
Kalau kat univ saya suka jogging. Tapi kalau kat rumah jangan harap lah....
ReplyDeleteOoo kencim manis ke dia. Patut le gemuk. Opps.
ReplyDeleteDasat gak ketagih JR. tapi ketagih ke arah kebaikan bagus apa. Badan sihat otak cerdas.
Memang nak kena jogging cuti ni nak cari kasut baru.
ReplyDeletehahamboi JR . haaa bolat tgh cuti studyweek ni . meh nk p joging ngn JR kt taman rimba
ReplyDeleteita plok langsung tak berjongging..
ReplyDeletesetahun adalah sekali je kot..
hehhhe
Dulu rajin jugak jogging sekarang dah malas...tue yg badan naik mendadak huhuhu
ReplyDelete