Semalam ketika menghantar mak mentua ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan rutin kesihatannya, JR tersua dengan seorang kawan lama.
JR sebenarnya kesian dengan kawan lama JR tu. Dah berpuluh tahun kawin tapi masih belum dapat anak. Dulu dia pernah beritau JR, salah satu faktor dia tak dapat anak kerana dia dan isterinya jarang tinggal serumah. Ini kerana perkahwinan mereka ialah perkahwinan jarak jauh.
Korang pasti faham tentang perkahwinan jarak jauh kan?
JR sendiri pernah mengalami perkahwinan jarak jauh ini. Masa mula-mula kahwin, JR bekerja di Pulau Pinang, isteri pula bekerja di Bentong, Pahang. Kami cuma sekali-sekala berjumpa. Itu perkahwinan jarak jauh pertama kami..
Kemudian JR minta kepada majikan untuk bertukar ke KL supaya lebih dekat dengan isteri yang bekerja di Bentong. Akhirnya selepas dua tahun berkahwin, dapatlah juga JR dan isteri tinggal sebumbung.
Tapi JR dan isteri tinggal serumah seperti pasangan normal lain tak lama. Kemudian isteri diarahkan majikannya untuk bertukar tempat kerja ke Alor Setar pula. Lalu isteri berpindah rumah ke Alor Setar. Semua anak dibawanya sekali tinggal dengannya.
Sepinya JR ketika itu. Anak isteri di Alor Setar, JR pula di KL. Setiap malam lepas ofis balik rumah dalam kesunyian, cuma berkawan dengan cicak-cicak di dinding rumah yang sesekali menyapa dengan bahasa yang tak ku fahami. Sepi, sepi dan sepi!!
Setiap hujung minggu JR akan balik ke Alor Setar untuk menjenguk anak isteri. JR tak pernah mungkir janji untuk balik setiap hujung minggu, kecuali jika ada hal-hal yang sangat-sangat tak dapat dielakkan.
Selepas tiga tahun tinggal bersendirian di KL, akhirnya JR ditukarkan ke Perlis. JR tinggal di rumah yang kami beli di Alor Setar. Sekali lagi JR, isteri dan anak-anak dapat tinggal sebumbung lagi. Tapi lepas 3 tahun kerja di Perlis, JR ditukarkan ke KL semula. Sukar nak tolak, sebab naik pangkat!
Sekali lagi JR menjadi weekend husband. Sepi menjenguk lagi bila setiap malam bersendirian di rumah. Dan seperti sebelumnya, setiap hujung minggu JR tak pernah mungkir janji untuk pulang ke Alor Setar menjenguk anak isteri.
Selepas 2 tahun menjadi weekend husband, akhirnya JR dapat bertukar balik kerja di Alor Setar. Tapi itu tak lama, cuma 7 bulan saja kali ini sempat tinggal dengan anak isteri. Lepas itu majikan menukarkan JR ke Perak pula. Dua tahun lebih juga di Taiping, Perak. Dan seperti sejarah terdahulu, JR cuma balik ke Akor Setar pada setiap hujung minggu menjenguk anak isteri.
Selepas 2 tahun lebih di Taiping, JR berpeluang pulang semula ke Alor Setar. Tapi JR cuma dapat tinggal sebumbung dengan isteri selama setahun lebih saja kerana selepas itu isteri pula ditukarkan kerja ke Pulau Pinang selepas naik pangkat. Anak-anak tinggal dengan JR, isteri pula tinggal bersendirian di Pulau Pinang.
Setiap hujung minggu isteri akan pulang ke Alor Setar. Sekali lagi kami menjadi suami isteri hujung minggu!
Selepas setahun setengah di Pulau Pinang, permohonan isteri untuk balik ke Kedah diluluskan majikannya. Dia dihantar bekerja di Langkawi dan bukannya Alor Setar. JR dan anak-anak masih tinggal di Alor Setar.
Setiap hujung minggu isteri akan balik ke Alor Setar dengan menaiki feri Langkawi-Kuala Kedah. Kami menjadi suami isteri hujung minggu lagi untuk ke sekian kalinya. Boring sungguh!
Tapi sekarang dah tiga tahun isteri bertukar semula ke Alor Setar. Sekarang kami tidak menjadi suami isteri hujung minggu lagi. Hari-hari JR boleh menatap wajah manis isteri dan melayan kerenah anak-anak. Harap-harap lepas ini tak ada lagi yang akan bertukar kerja ke tempat lain.
Tapi dalam dok sibuk-sibuk menjadi suami isteri jarak jauh, sempat juga isteri melahirkan 6 orang anak, 3 darinya lahir 3 tahun berturut-turut!!!
Sebab itu bila kawan yang JR jumpa semalam memberi alasan isterinya sukar mengandung kerana perkahwinan jarak jauh, dalam hati kecil JR tak bersetuju dengan pandangannya.
Sebenarnya kalau Allah hendak memberi zuriat, jarak jauh bukan penghalang. Kena percaya kepada ketentuan Allah, kun fayakun (bila Dia berkata jadi, maka jadilah)...
JR dan isteri bersyukur kerana Allah menghadiahkan kami 6 zuriat walaupun kebanyakan sejarah perkahwinan kami, kami tidak tinggal sebumbung. Campur tolak, campur tolak lebih 10 tahun juga kami tak tinggal sebumbung dalam perkahwinan jarak jauh ini.
JR dan isteri bersyukur kerana Allah menghadiahkan kami 6 zuriat walaupun kebanyakan sejarah perkahwinan kami, kami tidak tinggal sebumbung. Campur tolak, campur tolak lebih 10 tahun juga kami tak tinggal sebumbung dalam perkahwinan jarak jauh ini.
Korang tau apa yang seronoknya perkahwinan jarak jauh? Yang seronoknya ialah apabila suami isteri jarang-jarang bertemu, mereka akan sangat menghargai masa ketika mereka dapat bersama yang sangat singkat itu. Tiada pergaduhan, tiada bermasam muka, tiada konflik sepanjang pertemuan singkat di hujung minggu, kerana masing-masing ingin memberi kualiti terbaik untuk kuantiti masa yang sangat terhad bila sekali sekala bertemu....
Tapi tipulah jika JR berkata perkahwinan jarak jauh tak ada masalah langsung. Ada juga yang tak seronoknya. Jika ada masa JR akan menceritakan yang tak seronok itu, reserve dulu untuk entri akan datang....
Lama juga tu ye tp tetap setia sbb tu indah...kalau sebaliknya tu yg susah..hehe
ReplyDeletehehe...ada jugak suami yg seronok dgn perkahwinan jarak jauh..yg nakal2 tu...
ReplyDeleteRamai teman saya yg mengalami perkahwinan jarak jauh berpisah akhirnya kerana tidak setia.
ReplyDeletesetuju sangat JR..arra plak 4tahun PJJ ni..lepas ni xtaulah..hihi..
ReplyDeletedah pencen nanti bru duk skali..:P
Semoga lepas ni tak perlu ber-PJJ lagi..
ReplyDeletexbest lansung kalau jauh ngan suami...hahahah
ReplyDeleteBerbeza dengan bunda...setelah 2 minggu usia pernikahan bunda dengan arwah suami(awal 80an), kami terus berpindah keKucing Serawak, kerana suami seorang angkatan tentera. Selama 8 tahun kami disana...hingga mendapat 2 orang cahaya mata.
ReplyDeleteSusah senang kami melahir dan membesarkan anak2 sendiri tanpa bantuan dari ibu bapa dan adik beradik kedua pihak...itulah salah satu sebabnya meski pun sentiasa bersama , kasih sayang kami tetap utuh..masing2 jauh mak bapak...
Ada yg berpendapat kalau sekali2 bertemu tu mengerat lagi kasih sayang, yang dok selalu depan mata ni, selalu lah pulak bercekau...
ntah lah, masing2 punya pendapat..
Wah, asyik bertukar tempat kerja, kalau saya, rasa macam nak berhenti kerja jer. Tak sanggup nak berjauhan dengan keluarga.
ReplyDeleteDan rezeki Itu milik Allah, kalau Dia nak beri, senang jer tapi kena usaha dulu.
baca pun dah lelah rasa nyer..asik ulang alik je....
ReplyDeletesy pun sedih jgk...perkahwinan jarak jauh mencabar kesabaran..tambah2 lagi bile pk psl ank..mgkin pjj ni salah satu penyebab susah nk dpt ank :(
ReplyDelete