»

06 October 2013

Dua Tahun Kahwin Tapi Isteriku Masih Anak Dara


Suami saya seorang doktor. Tidak dinafikan selepas dua tahun tinggal sebumbung, hati saya berputik perasaan sayang dan kasihkannya.

Memang suami seorang yang baik dan bertanggung jawab. Seawal pagi selepas sarapan, dia akan keluar bekerja di hospital kerajaan berdekatan. Pada jam 7 malam setiap hari dia sudah pulang dan makan malam di rumah. Dia tidak pernah keluar semula selepas balik kerja dan masanya selalu dihabiskan di rumah.

Cuma ada sesuatu yang saya hairan dengan perangai suami apabila dia tidak membenarkan saya memanggilnya "abang". Dia menyuruh saya menyebutnya sebagai "encik" dan saya hanya dibenarkan tidur di bilik tingkat bawah, manakala suami di tingkat atas. Setiap bulan saya diberikan wang RM500 sebagai upah melakukan kerja rumah. 

Ketika berkahwin, saya berumur 20 tahun dan suami pula berumur 28 tahun. Selepas membaca Majalah Mingguan Wanita, barulah saya tahu yang perkahwinan itu perlukan hubungan kelamin. Saya bertanya suami tapi suami hanya mendiamkan diri. Itulah kali pertama saya bertanya dan selepas itu tidak pernah lagi sebab suami menyuruh saya menghormatinya. 

Komunikasi kami di rumah hanya berkenaan makan, pakai dan keperluan rumah. Sehingga kini suami tidak pernah menyentuh saya sebagai isteri. Suami membuat saya berasakan yang saya ini tidak lebih daripada sekadar orang gajinya. Jika disoal mengenai perasaan, demi ALLAH saya sangat sayangkan suami.

-Nur
Butterworth, Pulau Pinang.

JR membaca tulisan isteri malang ini di dalam kolum "Kisah Rumahtangga" yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini.

Rupanya masih ada suami beragama Islam di Malaysia yang melayan isteri sendiri begitu? Masih ada suami yang selama dua tahun kahwin tergamak membiarkan isterinya menjadi a virgin wife? Dan suami itu bukan seorang pesakit mental, tapi seorang doktor yang hari-hari kerjanya melayan pesakit.

Mengapa begitu? Apa yang tak kena dan di mana yang tak kena dengan perkahwinan itu?

Si-isteri tidak tahu apa jawapannya. Yang tahu jawapan ialah suaminya: encik doktor...

9 comments:

  1. sian plok..
    ntah apa lah masalah encik doktor tu

    ReplyDelete
  2. kes terpencil ni...terus xreti nk komen sbb dh tersentap bewok

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Saya rajin juga baca kisah rumahtangga ni di satu page..setiap hari,ada je masalah rumahtangga yg diajukan oleh isteri tp bukan dr suami..tak taulah kebenarannya atau rekaan semata2...tp sy ada kisah yg seperti di atas yg berlaku pd sahabat yg rapat,en suami ada bilik lain bersama kekasih lelakinya...bkn calang org juga tp seorg ustaz....apa agaknya dah terjadi dgn kita ye...?ramai sgt manusia yg 'sakit' di zaman ini...

    ReplyDelete
  4. 2 th memendam perasaan...kalau saya,2 minggu ja,suami pelik tu..saya dah blah hehe...kut2 la suami berselera songsang...

    ReplyDelete
  5. lor..sanggup tgg sampai 2 thn... sggh buang masa..hahahah....baik berpisah jer...cari suami normal..bahagia ada anak...

    ReplyDelete
  6. owh hangat topik ni .. lama Abee tak jenguk wall JR ni ... kesian isteri malang tu ... ehamm

    ReplyDelete
  7. Dan masih ada rupanya gadis berumur 20 tahun di zaman ini yg tidak tahu di dalam rumahtangga perlukan hubungan kelamin. Lepas baca majalah baru tahu. Biasanya skrg ni budak umur 12 tahun pun dah rosak habis. Memang beruntung suami perempuan tu.

    ReplyDelete
  8. Lama tu dua tahun terabai macam tu. Untung doktor tu dapat isteri yang penyabar macam tu.

    ReplyDelete
  9. Jannahlah tpt isteri yg redha dgn prangai pelik suami yg mcm gitu...adulah...moga Allah beri dia ketenangan jiwa..tpa bkeluh kesah dgn takdirNya yg sbegitu.yg suami plk...kalu rsa xmpu bg nafkah batin lepaskanla isteri tu..mmg menempah neraka namanya tu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....