JR tak malu mengakui JR masih primitif dalam beberapa gaya kehidupan moden. Contoh paling jelas ialah pemilikan henfon. Tak payah pergi jauh, lihat di sekitar keluarga JR sendiri:
i) Isteri memiliki telefon Sony Xperia dan Nokia Lumia. Tak lama lagi isteri dah berkira-kira nak beli Samsung Galaxy Tab 3 pula..
ii) Anak no.1 - memiliki telefon Samsung Galaxy S3 dan tablet yang entah apa namanya..
iii) Anak no.2 - memiliki iPhone 5 dan Alcatel Onetouch
iv) Anak no.3, 4 dan 5 - masing-masing memiliki telefon Sony Xperia
v) Anak no.6 - Walau baru Tingkatan 2 dah memiliki telefon Samsung Galaxy S4. Seperti abang-abangnya yang lain semua henset itu dibeli dengan wang simpanan sendiri (kebanyakannya duit Raya..)
Dan JR?
Tak perlu malu untuk mengakui, JR cuma memiliki sebuah henset yang harganya paling murah di dunia rumah kami:
Yea....Nokia Asha 501.
Mengapa JR hanya memiliki Nokia Asha 501 yang harganya cuma RM280?
Anak-anak kata JR terlalu obess dengan Nokia kerana telefon pertama JR jenis Nokia 3310, diikuti siri-siri Nokia 6600, Nokia 761, Nokia Xpress Music dan lain-lain. Semuanya Nokia! Anak-anak selalu kata teknologi Nokia dah ketinggalan zaman, banyak application tak boleh masuk, tak ada teknologi android...
Ye ke JR obess dengan Nokia? Rasanya tidak juga....
Agaknya kerana JR seperti kebanyakan mereka yang usia memasuki setengah abad yang lain cuma memerlukan perkara yang paling asas saja dalam pemilikan henfon:
i) Boleh buat panggilan
ii) Boleh hantar SMS
iii) Bateri tahan lama
iv) Alarm kuat (kerana takut terlepas solat Subuh)
v) Ada wifi (masa dulu-dulu ini bukan keperluan asas..)
iv) Alarm kuat (kerana takut terlepas solat Subuh)
v) Ada wifi (masa dulu-dulu ini bukan keperluan asas..)
Applikasi lain seperti untuk main game, dengar lagu atau tonton movie tak penting untuk JR. Kalau nak tengok movie misalnya duduk saja di rumah, sambil kunyah kacang boleh tonton macam-macam movie yang dah di download dalam smart TV LG 42" . Dengar lagu dan main game? Bukan nak berlagak tapi JR memang tak ada masa untuk itu!
Telefon yang dilengkapi dengan kamera berkapisiti tinggi - 8 MP, 12 MP, malah 80 MP juga bukan keutamaan JR kerana JR bukan minat sangat nak ambil gambar. Kalau nak ambil gambar bermutu tinggi pinjam saja kamera DSLR Nikon milik isteri yang berharga +RM3,000 itu.
Yang paling JR suka tentang Nokia Asha 501 ini walaupun berkapisiti cuma 8GB (boleh diupgrade hingga 32GB) dan cuma dilengkapi dengan kamera 3.2 MP tapi baterinya sangat tahan lama. Mengikut spec Nokia, model Asha 501 ini baterinya boleh tahan hingga 48 hari! Bukan tersilap taip beb, bukan 48 jam tapi 48 HARI! Tapi 48 hari tu maximum standby time lah, maknanya on tapi tak pakai. Kalau cuma pakai untuk bercakap, SMS dan wifi, berdasarkan pengalaman JR baterinya boleh tahan selama 8 hingga 10 hari. Lepas 10 hari pun masih ada sedikit baki bateri, JR tak pernah tunggu sampai habis, agaknya kalau tunggu boleh tahan hingga 14 hari kot? Agaknyalah....
Agaknya untuk orang dewasa separuh usia macam JR inilah antara telefon terbaik untuk kami...Biar pun anak-anak memandang Nokia sebagai telefon lekeh, telefon ketinggalan zaman tapi tak apalah....hehehehhe....
Nota Mutakhir: Semalam Nokia melancarkan tablet Nokia Lumia 2520. Tablet terbaru Nokia ini dilengkapi skrin 10.1 inci 1080p dilindungi oleh Gorilla
Glass 2, pemproses quad core Snapdragon 800 2.2 GHz, kamera utama 6.7MP
dengan lensa Carl Zeiss dan kamera hadapan 2MP. Dari segi rangkaian, ia
juga menyokong rangkaian 4G LTE, Bluetooth, NFC , HDMI, port USB 3.0 dan
WiFi. Terdapat juga slot Micro SD untuk menambahkan ruang storan. Harganya CUMA RM1,600...hehehe..
Walaupun obsess dengan Nokia, memiliki tablet terbaru Nokia ini rasanya bukan keutamaan JR. Dengan RM1,600 tu JR boleh beli hampir 6 henset Nokia Asha 501!!
Walaupun obsess dengan Nokia, memiliki tablet terbaru Nokia ini rasanya bukan keutamaan JR. Dengan RM1,600 tu JR boleh beli hampir 6 henset Nokia Asha 501!!
hehehe.. cikda pulak kalau hpone takde games..alamat cikda asik terlupa mana cikda letak hphone.. apa taknya.. nak call baru nak carik hphone.. tapi cikda pun bukan kaki tukar2 hphone..guna sampai jahanam or hilang or masuk mesin basuh..
ReplyDeleteSaya plak obses dgn sony. Tapi skrg terpaksa guna blekberi husband punya sebab tak mampu nak beli henfon paling latest sony. heheh.
ReplyDeleteJR, ada wifi tu bukan keperluan asa sebuah henfon dah. Keperluan asas tu hanya boleh call, sms dan bateri lama je. Tapi bateri asha tu mmg lama le. hebat.
sy pun sama..kalau nak tukar henpon mesti nak carik nokia gak..rsnya sbb dah biasa ngan ke'user friendly'nyer tuh....kalau asben mmg pentingkan ciri2 mcm JR lah jgk.cukuplah ade yg basic kegunaan sudah..:)
ReplyDeletebiar betul bang, form 2 dah pakai S4... apa pun, dalam keluarga nokia, saya paling suka butterfly.
ReplyDeletehp saya cuma utk call dan sms ja..lain2 aplikasi canggih tak digunakan pun...so saya cuma pakai C2 ja hehe...
ReplyDeleteita plok guna nokia 1200 dan samsung galaxy y....tu pun dapat hadiah hari jadi....hanya guna untuk main game..lebih suka guna nokia 1200...senang nak guna..bateri kadang tu tahan 4 hari...janji kredit ada..leh col..leh sms..beressss...
ReplyDeleteSaya ada phone tapi macam takde jer sebabtak guna sangat. Kalau ada smart phone tu kira extra lah.
ReplyDelete