Bagi peminat gajet Apple korang pasti dah dengar berita gempaq tu kan..versi terbaru iPad yang dinamakan iPad Air telah dilancarkan hari ini di San Francisco, Amerika. Selain iPad Air, Apple juga melancarkan iPad mini baru.
Berikut ialah spesifikasi iPad Air untuk makluman korang:
~ Diperbuat dari aluminium, dengan saiz 240 x 169.5 x 7.5 mm.
~ Mempunyai ketebalan 7.5 mm - ternipis untuk sebuah tablet - menyamai ketebalan iPad Mini 2.
~ Berat cuma 478
gram saja, lebih kurang sama dengan berat iPad Mini 2 (378 gram).
~ Skrin 9.7 inci menggunakan resolusi 2048 x 1536 piksel dilengkapi layar IPS
LCD yang menjadikan layar ini tetap jelas walau dilihat dari
sudut yang senget sekalipun.
~ Selain multi-touch, iPad Air juga
dilengkapi dengan light sensor serta oleophobic coating.
~ Menggunakan dual-core prosesor dengan kelajuan
1.3 Ghz dengan cip 64-bit A7 sama seperti
iPhone 5S.
~ Dilengkapkan dengan kamera 5 megapixels di bahagian belakang dan kamera depan 1.2 megapixels.
~ Harga: $499 (RM1,579) untuk 16 GB, $599 (RM1,895) untuk 32 GB dan
$799 (RM2,528) untuk 128 GB.
iPad baru ini akan mula dijual di 40 negara bermula 1 November nanti. Bagi yang berminat memilikinya tungguuuuuuuuuu....
hanya mampu melihat...
ReplyDeletecantik....
ReplyDeletecikda tak minat..sebab..mahal..hahhaha.. guna samsung lagi best sebab application dia byk yg free.. huhuhu.. tapi buah apple cikda suka.. ngeee....
ReplyDeletetak terkejar gajet2 baru dan canggih manggih ni...
ReplyDelete