Ia bermula dengan satu deringan telefon kira-kira 20 tahun lalu.
Ketika itu telefon bimbit yang boleh masuk poket belum wujud lagi. Yang ada cuma telefon talian tetap rumah dan pejabat. Bagi sesiapa yang di rumah tak ada telefon talian tetap boleh guna public phone berbayar yang banyak didirikan di tepi jalan.
JR ketika itu bekerja di sebuah agensi di Jawi, Seberang Perai Selatan.
Malam minggu itu hujan agak lebat. JR yang masih bujang cuma duduk sendirian di rumah kerana rakan serumah keluar merayau mencari girl friend makan.
Tiba-tiba telefon di rumah berdering. Pasti kawan serumah ajak menemani dia makan agaknya.
"Hello" kata JR.
"Hello...Boleh bercakap dengan M?" sapa suara halus seorang wanita dihujung talian.
"M? M mana ni...di sini tak ada M, J adalah.." jawab JR.
"Sori wrong number...bye.." kata wanita itu sambil meletak telefon.
Belum pun JR sempat duduk, telefon berdering sekali lagi. Haa...ini mesti panggilan kawan serumah ni!
Sebaik JR mengangkat telefon, suara halus tadi bergema lagi: "....M ada di rumah..?"
"Yang call tadi tu kan..? M tak ada di sini, ini J..."
"Oooo, wrong number lagi, sori,sori,sori..." entah berapa kali sori nak dia ucap!
Malam itu mood JR tersangat baik. Maklumlah pagi tadi boss memuji JR di depan pegawai dan staff lain dalam mesyuarat Jabatan kerana JR telah dapat menyelesaikan satu masalah ofis yang sudah bertahun orang lain tak dapat selesaikan.
Dalam keadaan mood yang terlampau baik itu, JR yang bukan peramah sangat ini bertukar menjadi sangat-sangat peramah. Sedar-sedar 30 minit lebih bercakap dengan wanita yang tak dikenali itu. Seperti sudah mengenalinya lebih 10 tahun pula!
Lalu akhirnya si-dia menjadi teman berbual JR yang paling akrab. Selalunya wanita bernama R itu yang menghubungi JR di rumah. Ini kerana agak sukar JR menghubunginya kerana dia masih belajar di sebuah kolej kejururawatan di Pulau Pinang yang cuma ada beberapa public phone yang boleh dihubungi yang biasanya sangat sibuk. Setiap kali dia menghubungi JR, JR akan meminta dia untuk meletakkan telefon dulu kerana JR akan hubunginya balik. Maklumlah dia masih student, kesian pula habiskan duit cuma untuk mendengar suara romantik JR (sori angkat bakul sikit!). Jadi biar JR yang habiskan sedikit duit untuk menghubunginya.
Selepas kira-kira 6 bulan menjadi teman rapat di udara, tanpa sekali pun pernah bertemu akhirnya tibalah saat yang mendebarkan itu.....
"Eh, kita ni berkawan kat telefon aja...apa macam kalau kita bertemu?" ajak JR.
Dia bersetuju untuk bertemu. Tempat pertemuan yang dipersetujui ialah di Stesen Bas Butterworth. Ketika itu Stesen Bas Butterworth terletak di tingkat bawah Terminal Feri Butterworh. Di tingkat atas ada sebuah supermarket dan gerai makanan. (Stesen bas itu kini tiada lagi, sudah dipindahkan selepas berlaku satu kebakaran lebih 10 tahun lalu).
Cuma masalah pertemuan pertama ini ialah kami cuma cam suara masing-masing, tapi tak pernah mengenali wajah. Maklumlah tak pernah bertemu. Jadi bagaimana JR nak mengenali si-dia dan si-dia mengenali JR?
"Kalau macam tu hari tu R pakai jeans biru dan t-shirt putih. J pula pakai..." cadang R.
"OK, kita pakai sedondon lah...saya juga akan pakai jeans biru dan t-shirt putih sama seperti R.." kata JR.
Sebelum pertemuan pertama itu, pelbagai perkara bermain di benak JR. JR sedar JR bukan hensem sangat, nak kata tak hensem langsung pun boleh juga, hahahaha! Kalau lepas jumpa JR tiba-tiba si-dia tak nak jumpa lagi kerana wajah jelik JR bagaimana?
Dan kalau dia yang JR bakal temui itu seorang makcik yang menyamar jadi student, rambutnya penuh uban, kakinya pula cuma sebelah, telinga dan matanya juga sebelah atau lubang hidung sebelah...bolehkah JR menerima dia seadanya? Payah juga nih...
Akhirnya petang Sabtu penuh syahdu itu pun tiba. JR sampai di Stesen Bas Butterworth pukul 2.30 petang, tepat seperti masa yang dijanjikan. Namun JR tak pakai seluar jeans biru seperti dijanjikan, tapi berseluar slack hitam pekat. JR juga tak pakai t-shirt putih, tapi memakai kemeja lengan pendek berwarna biru. Nak menyamarlah tu!
Ketika tiba di bangku panjang paling hujung berdekatan tangga Stesen Bas Butterworth seperti yang dijanjikan, JR terlihat seorang gadis berseluar jeans biru dan ber t-shirt putih sedang duduk. Ada juga beberapa lelaki dan wanita lain dekat situ, tapi dialah satu-satunya yang berseluar jeans biru dan ber t-shirt putih.
Tak mungkin dia R...kata hati JR. Tak mungkin dia R..oh tidaaakkkk!
Gadis itu kelihatan terlalu sempurna buat seorang JR yang tidak tampan ini. Dengan kulit putih melepak, rambut panjang mengurai (ketika itu dia belum bertudung dan sebenarnya belum ramai wanita bertudung ketika itu, kecuali berskaf ada juga..), berwajah menawan dan berpinggang ramping 27" (agak-agak JR lah), JR rasa dia bukanlah R yang JR dah kenali suaranya selama 6 bulan ini. Gadis itu sepatutnya jadi peramugari, bukan pelatih jururawat, kata hati JR.
Hati JR berkata mungkin gadis itu orang lain, bukan R tak? Seluar jeans biru dan t-shirt putih bukan satu-satunya pakaian yang ada di dunia ini, orang lain juga boleh memakainya. Jika JR terus menyapanya dan tersilap orang tebal juga muka! Oleh itu lebih baik tunggu dan lihat dulu...
JR duduk penuh sopan betul-betul di sebelah gadis berjeans biru dan bert-shirt putih itu. Dia senyum kepada JR (rasa macam nak meletop jantung menahan debar!). JR pula membalas senyumannya sambil tangan membelek akhbar. Tapi JR tak faham sikit pun apa yang dibaca dalam akhbar, kerana mata asyik menjeling gadis manis di sebelah.
Masa terus berlalu. Gadis di sebelah JR kelihatan agak boring, sekejap-sekejap matanya menatap jam di tangannya. JR pula buat-buat selamba baca akhbar.
Kira-kira jam 3.00 petang gadis itu berdiri menghampiri pondok public phone berdekatan. JR mengekorinya diam-diam. Di belakangnya JR melihat dia mendail nombor telefon..
Betapa berdebarnya hati, kerana nombor yang didailnya itu satu nombor yang sangat ku kenali!
JR kemudian pergi duduk di bangku panjang itu semula. Gadis berseluar jeans biru dan ber t-shirt putih itu juga duduk semula di sebelah JR. Kami berpandangan mata agak lama, tapi masih tanpa suara. JR senyum kepadanya, dia membalas senyuman. Itu saja!
JR cuba mencari idea untuk menegurnya. Tapi entahlah...rasa malu pula untuk menegur gadis secantik itu, sedang aku cuma seorang jejaka yang biasa-biasa aje! Ah, tunggu sekejap lagi, kata hati..
Kira-kira 15 minit kemudian, gadis itu sekali lagi pergi ke public phone yang sama. Sekali lagi JR mengikutinya. Sekali lagi JR cuba mengendap nombor telefon yang didailnya.
Dia mendial nombor telefon rumah JR lagi! Kali ini bukan sekali tapi dua kali dia mendail..
Akhirnya dengan wajah marah kerana rasa tertipu agak suram, gadis itu meninggalkan pondok telefon. Dia menuju ke tangga terminal feri, agaknya dia nak balik ke asramanya di seberang laut..
JR mengejar gadis itu. Misi menyamar sudah selesai!
Ketika berada betul-betul di sebelahnya JR berkata, "R kan?? Dah jumpa ke dengan lelaki berseluar jeans biru dan ber t-shirt putih tu?"
Ketika berada betul-betul di sebelahnya JR berkata, "R kan?? Dah jumpa ke dengan lelaki berseluar jeans biru dan ber t-shirt putih tu?"
Dia menatap wajah JR dengan wajah terkejut, "J ke?...Jahatnya!!!"
Jahatnya????
Memang JR jahat, jahat sangat-sangat ketika itu, 45 minit berada di sisinya tanpa menegur sepatahpun, pada hal dalam telefon bukan main ramah lagi!
Ketika itu JR cuma menunggu ada tangan halus akan menampar pipi JR sampai terkeluar gigi taring. Tapi tamparan itu tak tiba. Yang ada cuma sebuah wajah manis di sebelah JR yang seperti tak puas hati dengan lakonan JR yang duduk membatu di sebelahnya selama 45 minit.
"OK lah...R mesti marah sangat-sangat la ni kan? Apa macam jika R sejuk-sejuk kan hati dulu dengan minum tea ais ke, milo ais ke, atau apa-apa saja ais lah..OK setuju?" pujuk JR.
Dia bersetuju. JR membawanya ke gerai makan tepi laut di Pantai Road (sekarang gerai itu dah tak wujud lagi). Kami minum teh ais sambil makan makanan ringan.
Dalam ketawa, dia tak habis-habis mengungkit peristiwa tadi - macam masih merajuk kerana rasa seperti tertipu.
Tapi rasa merajuk itu sekejap saja. Berkat kesejukan teh ais agaknya....
Tapi rasa merajuk itu sekejap saja. Berkat kesejukan teh ais agaknya....
Lepas makan dan minum JR menghantarnya pulang ke asramanya yang terletak tak jauh dari bangunan Hospital Pulau Pinang.
Itulah pertemuan pertama kami. Selepas itu banyak kali lagi bertemu, sekali, dua kali, tiga kali dan berkali-kali.....
Tak sangka pula perkenalan yang melucukan di Stesen Bas Butterworth itu akan berakhir di jinjang pelamin.
Hingga kini kami bahagia dengan 5 putra dan seorang putri yang menyerikan perkahwinan ini.
Walaupun kini keayuannya semakin pudar sejajar dengan pertambahan usia, walaupun pinggangnya tak lagi bersaiz 27" selepas menghadiahkan 6 zuriat untuk JR, tapi dialah satu-satunya isteriku dulu, kini dan selamanya...
Walaupun kini keayuannya semakin pudar sejajar dengan pertambahan usia, walaupun pinggangnya tak lagi bersaiz 27" selepas menghadiahkan 6 zuriat untuk JR, tapi dialah satu-satunya isteriku dulu, kini dan selamanya...
*tepukan gemuruh* wahhhhhh JR.
ReplyDeletebest baca . sweetttttt :D
semoga bahagia hingga akhir hayat .
Membawa sambil ada bling2 love di mata...
ReplyDeleteSemoga kekal hingga ke syurga.
Teena tak berani kenal dgn org yg x dikenali mcm ni, takut tu org jahat.
Banyak tempat dating JR takde lagi dah skrg. Public phone pun dah mcm nak pupus dah skrg. Tp JR tak cerita, siapa M tu>
ReplyDeleteMemang jahat! Duduk lama2 bukannya nak tegur tapi sibuk ukur pinggang pulak! Untung la orang zaman dulu, penuh elemen misteri masa blind date. Kalau sekarang siap tahu lagi ada tahi lalat kat muka sebab ada facebook. Tak surprise langsung...
ReplyDeleteHehe..suwitttt kisahnye...x malu nk dcrite kat anak2 n cucu cicit..msti depa tpegun dgn kisah cinta atok enek depa
ReplyDeleteWahhhhh..so sweet..begitulah kalau suatu perhubungan itu berlandaskan keikhlasan....
ReplyDeletewah..
ReplyDeletebuat telenovela best juga ni..
ehehehehe
Wahh..JR.
ReplyDeleteAlhamdulillah~semoga kekal hingga ke Jannah.
Bset dapat baca novel 'cinta berputik di bas steyen butterworth' ni...
ReplyDeleteTerbaik.. Nasib ending mengembirakan. Tahniah bro JR.
ReplyDeleteso sweet....
ReplyDelete